INFOGRAFIK: CARA ATASI KELETIHAN DAN KELESUAN

Salam Hormat. Terima kasih kerana sudi singgah ke Redcomelmall. :-)

Hari ini saya ingin kongsikan infografik tentang cara atasi keletihan dan kelesuan badan. Kita fikir keletihan ini cuma biasa-biasa sahaja. Sebenarnya ia berpunca badan yang terlampau penat dan di ikuti pula dengan kekurangan nutrisi dan menjadikan tubuh badan kita tak mampu memulihkan sistem badan kita.

Kombinasi supplemen seperti Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP boleh membantu tubuh kembali sihat kerana ia memberikan tubuh badan kita nutrisi yang tubuh badan kita perlukan.

Semoga bermanfaat.


letih

KALSIUM: SIAPA YANG PERLUKANNYA?


Setiap hari, saya akan pastikan pengambilan ostematrix 4 biji setiap hari. Penting sangat kalsium ni dalam badan kita, nak tahu tak mengapa?

Tahukah anda bahawa Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.
SIAPA YANG PERLUKAN KALSIUM

 Ibu mengandung sangat penting untuk bayi didalam kandungan; bagi pertumbuhan jantung yang sihat serta tulang dan otot yang kuat. Kekurangan pengambilan kalsium oleh ibu mengandung boleh menyebabkan bayi terpaksa menyerap sumber kalsium dari dalam tubuh si ibu, dan akhirnya boleh menjejaskankesihatan, kekuatan serta sistem imuniti ibu di kemudian hari.

 Ibu yang menyusukan anaknya – sangat penting kerana bayi yang menyusu mendapat kesemua sumber vitamin,karbohidrat, protein dan kalsiumnya semata mata daripada susu ibu. Jadi ibu perlu mengambil pemakanan seimbang yang lengkap demi kebaikan ibu dan anak.

 Wanita yang pernah melahirkan anak

Mereka yang mempunyai masalah allergy terhadap pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.

Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.

Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang –membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

 Mereka yang mempunyai masalah pecah-pecah ditelapak kaki dan rekahan di tumit kaki. Mereka yang mengalami yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiapkali datang bulan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Cara Mengempiskan Perut Buncit

      Ramai antara kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai ramai rakyat yang obes.  Masalah perut buncit merupakan masalah global yang dialami oleh ramai orang, lelaki mahupun perempuan. Lelaki yang mengalami masalah perut buncit ini biasanya berada di pertengahan umur dan wanita pula disebabkan oleh kehamilan yang biasanya berat badan naik mendadak dan selepas bersalin pun perut yang buncit tidak juga kembali kempis.


      Mesti runsingkan kalau perut buncit? Selepas bersalin, saya pastikan saya berpantang sungguh-sungguh supaya perut kembali kempis dengan mengamalkan set berpantang Shaklee yang best tu. Untuk dapatkan perut yang ramping macam mana ye? Ok, saya kongsikan cara supaya dapat kurangkan perut buncit dan kembali boleh kancingkan seluar jeans anda.

CARA KEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT

1. Minum air limau
Minum segelas air limau setiap kali bangun dan sebelum tidur berkesan untuk mengempiskan perut jika diamalkan secara konsisten

2. Minum Teh halia
Meminum teh halia dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan menjadikan pembakaran lemak lebih efisyen

3. Makan Ikan Salmon
Amalkan makan salmon sekurang-kurangnya  dua kali  minggu dan lihat  kesannya terhadap ukur lilit perut anda. Ikan Salmon yang kaya dengan Omega 3 dapat membantu memecahkan  lemak perut dan terbukti dapat mengurangkan penyimpanan lemak dibahagian perut.

4. Jangan minum minuman manis
 Sayangnya minuman manis kalorinya tinggi.Kalau diminum cukup banyak akan meningkatkan berat badan. Kes obesiti terjadi kerana pengambilan air manis yang berkalori tinggi sejak  kecil.

5. Rehat yang cukup
 Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

6. Minum Teh Hijau
 Teh hijau merupakan   salah satu bahan makanan yang paling sihat di dunia juga efektif sebagai cara mengempiskan perut secara semulajadi. Jenis teh ini  sangat digemari oleh masyarakat di Jepun dan China.

7. Tingkatkan Metabolisme dengan bersenam
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.Metabolisme yang tinggi akan membantu pembakaran lemak dan mengurangkan pengumpulan lemak diperut.

8.Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Boleh amalkan tips-tips di atas untuk mengempiskan perut yang buncit, ya.



TOWARDS BEAUTIFUL AND HEALTHIER LIFESTYLE

KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

Obesiti Mengancam Kesihatan


         Sememangnya kecantikan itu subjektif. Ada yang suka pasangan yang "berisi", ada yg suka yang kurus. Ada yang selesa bentuk badan yang bulat walaupun apa orang disekeling kata. Hakikatnya jika tubuh badan kita gemuk, ia mengundang banyak penyakit yang merbahaya. 

        Tahukah anda? Jumlah rakyat yang menghadapi masalah obesiti meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada tahun  2006  kepada hampir lebih 15 peratus tahun lalu.

         Gaya hidup rakyat Malaysia yang sangat sukakan makanan sedap tetapi  kurang bersenam dan kegilaan generasi muda kepada permainan video dan asyik menonton televisyen, menjadikan masyarakat kita terdedah kepada pelbagai penyakit. 


        Seorang doktor pakar mengatakan  tentang peningkatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung di kalangan rakyat Malaysia. Rakyat yang sihat adalah aset dalam pembinaan negara. Untuk apa menjadi negara maju jika sejumlah besar rakyat Malaysia berpenyakit? 

       Bagi menangani ancaman obesiti dan kegemukan  ia menuntut keazaman, kesedaran dan kesabaran daripada individu itu sendiri, itu pun jika mahu berjaya.

Kawal berat badan dan BMI. Ia kunci kesihatan 


 

Jika anda tergolong dalam golongan yang berbadan besar dan dalam usaha menurunkan berat badan, supplemen Shaklee boleh membantu.


Jika anda mengalami masalah berat badan dan sedang mencari penyelesaian yang berkesan dan ekonomi, boleh mencuba program diet sihat bersama Shaklee. Antara cadangan suplemen untuk program diet ini ialah CINCH, iaitu Cinch Shake dan Cinch Tea Mix.


APAKAH Itu CINCH?

Cinch dikuasakan dengan Leucine, ia berfungsi untuk:

*Menjaga otot
*Membakar lemak
*Menurunkan berat badan dengan mengurangkan lemak

Apakah Leucine ini? 

*Ia merupakan sejenis asid amino
*Memberikan rasa kenyang
*Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
*Menyokong kadar metabolik dengan memelihara otot dan kemudian otot akan membantu pembakaran kalori

Kenapa Cinch Shaklee?

Tahukah anda bahawa Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, nutritionist dan saintis Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu:

Peserta kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
Jisim otot kekal.

Menarik bukan?  Ianya terbukti berkesan bukan hanya bersandarkan testimoni, tetapi juga berdasarkan kajian klinikal.



 




Untuk program Weight Management, produk- produk yang disarankan adalah:

Lecithin
Herblax/Alfalfa
Omegaguard
Cinch Tea
Cinch Shake ( Vanila/Coklat/Cafe Latte)
ESP ( Buat Ibu yang breastfeeding)

*Semua produk selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan bayi.


Untuk tempahan vitamin anda:
Pn. Ani 019-6154956
Pm/livechat: www.facebook.com/messages/Redcomel
Blog:www.redcomelmall.blogspot.com

Khasiat VITAMIN E COMPLEX Shaklee

Assalammualaikum dearest all.

Alhamdulillah, masih diberikan umur dan kesihatan yang baik untuk berkongsi ilmu tentang vitamin dan nutrisi di blog kesayangan saya ini. 

Hari ini saya nak kongsikan tentang khasiat Vitamin E.

 


Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam
Inilah khasiat-khasiat yang terkandung dalam sebiji kapsul Vitamin E Complex Shaklee.

Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.

   Vitamin E Shaklee di peribuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn vitamin E, d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semualjadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya  penyahtoksik semulajadi logam berat sepertt raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Sila baca label Vitamin E anda di rumah anda jika bukan jenama Shaklee adakah nama saintifiknya  d-alpha tocopherol ? Jika di awal pangkal bukan huruf 'd' berhati-hatilah kerana ia mungkin vitamin sintetik.

[Jadi berhati-hati apabila memilih vitamin dan lihat label, biasanya ia dilabelkan dengan huru "l" bagi vitamin sintetik yang membahayakan tubuh badan, berbanding huruf "d" bagi  vitamin semulajadi.]



KHASIAT VITAMIN E

-Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.
-Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
-Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
-Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
-Anti oksidan.
-Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
-Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
-Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
-Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
-Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
-Menyelesaikan masalah kelesuan.
-Mengurangkan risiko parut yang besar.
-Merendahkan kadar kolesterol.
-Membantu mencegah kanser.
-Merendahkan risiko katarak.
-Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

Untuk Para Suami yang mempunyai Masalah "Low Count Sperm"
~ Tambahan Selenium yang terdapat dalam vitamin E Complex Shaklee boleh meningkatkan kualiti air mani & mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

GLA Complex Shaklee Untuk Kecantikan Luaran dan Dalaman

Saya pasti ramai yang tahu tentang Evening Primrose oil atau lebih dikenali dengan EPO. Ia terkenal dikalangan wanita kerana khasiatnya. Namun tahukah anda apa yang terkandung di dalam EPO ini? EPO kaya dengan Asid Gamma-linelonik.


Asid gamma-linolenik adalah sejenis asid lemak yang kaya dengan manfaat kesihatan. Didapati mampu mengatasi keradangan, asid gamma-linolenik biasanya diperoleh daripada bahan-bahan sumber-sumber semulajadi seperti Minyak evening primrose, minyak biji borage, dan minyak anggur hitam.

Di dalam tubuh manusia, asid gamma-linolenik digunakan untuk menghasilkan prostaglandin (hormon seperti bahan-bahan yang membantu untuk mengawal selia sistem imun). Ia diklasifikasikan sebagai asid omega-6 lemak.Asid gamma-linolenik juga digunakan untuk merawat atau mencegah pelbagai masalah kesihatan.

Dalam rangkaian supplemen Shaklee, terdapat supplemen asid gamma-linolenik yang dikenali sebagai GLA Complex. GLA Complex merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Apa kelebihan GLA Complex Shaklee berbanding EPO biasa di pasaran? GLA Shaklee diekstrak dari minyak borage di mana ia mengandungi 2 kali ganda jumlah GLA dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO biasa. Keunikkan GLA Complex yang digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E meningkatkan lagi penyerapan dan keberkesanannya. EPO yang terdapat di pasaran cuma ada GLA sahaja kepekatannya rendah. Tetapi dengan GLA Complex Shaklee, nyata berbeza.

Khasiat GLA Complex Shaklee

1.GLA Complex menguatkan kuku dan rambut
2.GLA Complex menjadikan kulit cantik, sihat dan berseri (jika diamalkan berterusan kulit kelihatan gebu)
3.GLA Complex membantu menangani ekzema
4.GLA Complex membantu melegakan simptom artritis reumatoid
5.GLA Complex seimbangkan hormon untuk melancarkan kitaran haid
6.GLA Complex membantu meningkatkan kesuburan dengan cara membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan dan membantu wanita dalam menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan
7.GLA Complex melegakan simptom PMS
8.GLA Complex membantu mengatasi masalah menopouse
9.GLA Complex menguatkan sistem imun badan
10.GLA Complex bersifat anti-oksidan untuk memperlahankan proses penuaan
11.GLA Complex mengurangkan blood clot yang mengakibatkan arteri tersumbat dan serangan jantung
12.GLA Complex mengawal kencing manis dan darah tinggi
13.GLA Complex mengawal kolesterol dan membakar lemak
14.GLA Complex membantu fungsi saraf
15.GLA Complex melambatkan proses osteoporosis
16.GLA Complex mencegah pembentukan sel-sel kanser
17.GLA Complex mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
18.GLA Complex membantu membaiki simptom berkaitan masalah kencing manis seperti peningkatan sensitiviti terhadap kesakitan dan menghilangkan kebas pada bahagian bawah badan.

Kajian membuktikan pengambilan 480mg setiap hari GLA Complex boleh mencegah kemerosotan dan mengurangkan masalah kencing manis dengan membaiki kadar insulin dan kolesterol.


Siapa yang perlukan GLA Complex?

*Mereka yang pentingkan kesihatan dan kecantikan
*Ibu-ibu yang sedang berpantang
*Pengidap Kencing Manis
*Pengidap Arthritis
*Payudara fibrocystic
*Osteoporosis
*Individu yang selalu mengalami ulcer di dalam mulut
*Menopous- Mengurangkan simptom hot flushes dan mood swing
*Kanser
*Attention Deficit / Hyperactivity Disorder (ADHD)
*Ketagihan alkohol
*PMS


Siapa Tidak Perlukan Supplement GLA
*GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.

*Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.

Apa kata mereka yang konsisten dengan GLA Complex?







Penawar Gout: Set Gout Shaklee

Pernahkah anda mengalami sakit sendi yang keterlaluan? Sukar bergerak dan membengkokkan lutut? Susah nak solat? Sendi-sendi seluruh badan terasa sakit? 

Mungkin anda sedang menderita penyakit GOUT.




ARTHRITIS ADALAH PENYAKIT RADANG PADA SENDI atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit arthritis.Arthritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang BERPUNCA DARIPADA PEMUSNAHAN TISU RAWAN PADA SENDI.

Artritis gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.

PENYAKIT GOUT IALAH SALAH SATU BENTUK ARTHRITIS yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan. KERADANGAN TISU-TISU DI SEKELILING SENDI juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit ini  juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti tumit, kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pencegahan:

Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina , seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta VITAMIN B KOMPLEKS dan VITAMIN C.

ADVANCED JOINT TABLET juga adalah alternatif untuk mereka yang ada masalah sendi.
Mengapakah saya cadangkan Advance Joint Tablet ini?
kerana setiap  tablet mengandungi:

Ekstrak BOSWELLIA
Merupakan AGEN ANTI RADANG SEMULAJADI. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak JAGUNG
Merupakan kompenen penting dalam PEMBINAAN BLOK UTAMA TULANG RAWANG dan bendalir sinovial. Ia juga membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi.

VITAMIN C, Zink, Tembaga dan Mangan
Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen
Zink, Tembaga dan Mangan - co faktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan (komponen tisu penyambung)

JOM TENGOK TESTIMONI SET GOUT 




Jika ada diantara anda yang mengidap sakit-sakit sendi ini supplemen yang cadangkan adalah

1. Alfalfa Complex- Membuang asid urik dalam badan selain memberikan 1001 manfaat kesihatan yang lain
2.Advance Joint Tablet- Memelihara kesihatan tulang rawan dan memudahkan pergerakan.
3. Omegaguard- Minyak ikan ini selain anti inflamasi yang sangat baik untuk kelinciran sendi, ia juga sangat baik untuk mengawal kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
4. Osteomatrix-Menjaga ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.

Untuk tempahan "SET SAYANGKAN SENDI ANDA" dan konsultasi percuma,
Hubungi 
Pn.Ani 019-6154956
Pm/Live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...