Setiap hari, saya akan pastikan pengambilan ostematrix 4 biji setiap hari. Penting sangat kalsium ni dalam badan kita, nak tahu tak mengapa?

Tahukah anda bahawa Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.
SIAPA YANG PERLUKAN KALSIUM

 Ibu mengandung sangat penting untuk bayi didalam kandungan; bagi pertumbuhan jantung yang sihat serta tulang dan otot yang kuat. Kekurangan pengambilan kalsium oleh ibu mengandung boleh menyebabkan bayi terpaksa menyerap sumber kalsium dari dalam tubuh si ibu, dan akhirnya boleh menjejaskankesihatan, kekuatan serta sistem imuniti ibu di kemudian hari.

 Ibu yang menyusukan anaknya – sangat penting kerana bayi yang menyusu mendapat kesemua sumber vitamin,karbohidrat, protein dan kalsiumnya semata mata daripada susu ibu. Jadi ibu perlu mengambil pemakanan seimbang yang lengkap demi kebaikan ibu dan anak.

 Wanita yang pernah melahirkan anak

Mereka yang mempunyai masalah allergy terhadap pengambilan bahan-bahan tenusu seperti susu.

Mereka yang selalu mengalami sakit-sakit kaki, sakit-sakit sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk-cucuk dengan jarum.

Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang –membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.

Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.

 Mereka yang mempunyai masalah pecah-pecah ditelapak kaki dan rekahan di tumit kaki. Mereka yang mengalami yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiapkali datang bulan.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Antara faedah-faedah yang boleh didapati daripada pengambilan Pil Kalsium Ostematrix Shaklee adalah :

1) Membina tulang dan gigi yang kuat.
2) Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
3) Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
4) Membantu mengurangkan simptom-simptom senggugut (PMS) seperti perut kembung (Bloating), kekejangan (Cramps), retensi air(water retention), mudah meradang(irritability) dan kemurungan(moodiness).
5) Membantu proses penyimpanan dan pelepasan  sesetengah hormon.
6) Membantu perkembangan tubuh badan normal.
7) Merendahkan kandungan fosfat bagi mereka yang mengidap penyakit buah pinggan kronik

Shaklee Ostematrix Membekalkan :

1) 1000mg (100% Pengambilan Harian) unsur Kalsium  daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
2) 400mg (100% Pengambilan Harian) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3) 400IU (100% Pengambilan Harian ) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com
      Ramai antara kita yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan menurut kajian, Malaysia adalah diantara negara yang mempunyai ramai rakyat yang obes.  Masalah perut buncit merupakan masalah global yang dialami oleh ramai orang, lelaki mahupun perempuan. Lelaki yang mengalami masalah perut buncit ini biasanya berada di pertengahan umur dan wanita pula disebabkan oleh kehamilan yang biasanya berat badan naik mendadak dan selepas bersalin pun perut yang buncit tidak juga kembali kempis.


      Mesti runsingkan kalau perut buncit? Selepas bersalin, saya pastikan saya berpantang sungguh-sungguh supaya perut kembali kempis dengan mengamalkan set berpantang Shaklee yang best tu. Untuk dapatkan perut yang ramping macam mana ye? Ok, saya kongsikan cara supaya dapat kurangkan perut buncit dan kembali boleh kancingkan seluar jeans anda.

CARA KEMPISKAN PERUT YANG BUNCIT

1. Minum air limau
Minum segelas air limau setiap kali bangun dan sebelum tidur berkesan untuk mengempiskan perut jika diamalkan secara konsisten

2. Minum Teh halia
Meminum teh halia dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan menjadikan pembakaran lemak lebih efisyen

3. Makan Ikan Salmon
Amalkan makan salmon sekurang-kurangnya  dua kali  minggu dan lihat  kesannya terhadap ukur lilit perut anda. Ikan Salmon yang kaya dengan Omega 3 dapat membantu memecahkan  lemak perut dan terbukti dapat mengurangkan penyimpanan lemak dibahagian perut.

4. Jangan minum minuman manis
 Sayangnya minuman manis kalorinya tinggi.Kalau diminum cukup banyak akan meningkatkan berat badan. Kes obesiti terjadi kerana pengambilan air manis yang berkalori tinggi sejak  kecil.

5. Rehat yang cukup
 Kebanyakan kita menganggap bahawa dengan kurang tidur dapat menguruskan badan, tetapi kajian terkini menunjukkan sebaliknya di mana orang yang mempunyai habit tidur malam kurang dari 7 jam mempunyai berat badan berlebihan atau obes. Ini kerana kurang tidur menyebabkan hormon dalam badan tidak seimbang yang mempengaruhi selera makan. Ini kerana pengeluaran hormon ghrelin dan leptin yang diperlukan bagi mengawal selera makan akan terganggu kerana kurang tidur. Ini menjadikan seseorang itu mempunyai selera makan yang sukar dikawal.

6. Minum Teh Hijau
 Teh hijau merupakan   salah satu bahan makanan yang paling sihat di dunia juga efektif sebagai cara mengempiskan perut secara semulajadi. Jenis teh ini  sangat digemari oleh masyarakat di Jepun dan China.

7. Tingkatkan Metabolisme dengan bersenam
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%.Metabolisme yang tinggi akan membantu pembakaran lemak dan mengurangkan pengumpulan lemak diperut.

8.Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Boleh amalkan tips-tips di atas untuk mengempiskan perut yang buncit, ya.



TOWARDS BEAUTIFUL AND HEALTHIER LIFESTYLE

KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

         Sememangnya kecantikan itu subjektif. Ada yang suka pasangan yang "berisi", ada yg suka yang kurus. Ada yang selesa bentuk badan yang bulat walaupun apa orang disekeling kata. Hakikatnya jika tubuh badan kita gemuk, ia mengundang banyak penyakit yang merbahaya. 

        Tahukah anda? Jumlah rakyat yang menghadapi masalah obesiti meningkat tiga kali ganda iaitu daripada 4.4 peratus pada tahun  2006  kepada hampir lebih 15 peratus tahun lalu.

         Gaya hidup rakyat Malaysia yang sangat sukakan makanan sedap tetapi  kurang bersenam dan kegilaan generasi muda kepada permainan video dan asyik menonton televisyen, menjadikan masyarakat kita terdedah kepada pelbagai penyakit. 


        Seorang doktor pakar mengatakan  tentang peningkatan penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung di kalangan rakyat Malaysia. Rakyat yang sihat adalah aset dalam pembinaan negara. Untuk apa menjadi negara maju jika sejumlah besar rakyat Malaysia berpenyakit? 

       Bagi menangani ancaman obesiti dan kegemukan  ia menuntut keazaman, kesedaran dan kesabaran daripada individu itu sendiri, itu pun jika mahu berjaya.

Kawal berat badan dan BMI. Ia kunci kesihatan 


 

Jika anda tergolong dalam golongan yang berbadan besar dan dalam usaha menurunkan berat badan, supplemen Shaklee boleh membantu.


Jika anda mengalami masalah berat badan dan sedang mencari penyelesaian yang berkesan dan ekonomi, boleh mencuba program diet sihat bersama Shaklee. Antara cadangan suplemen untuk program diet ini ialah CINCH, iaitu Cinch Shake dan Cinch Tea Mix.


APAKAH Itu CINCH?

Cinch dikuasakan dengan Leucine, ia berfungsi untuk:

*Menjaga otot
*Membakar lemak
*Menurunkan berat badan dengan mengurangkan lemak

Apakah Leucine ini? 

*Ia merupakan sejenis asid amino
*Memberikan rasa kenyang
*Memberi isyarat kepada tubuh untuk mengekalkan dan membina otot
*Menyokong kadar metabolik dengan memelihara otot dan kemudian otot akan membantu pembakaran kalori

Kenapa Cinch Shaklee?

Tahukah anda bahawa Cinch dihasilkan oleh doktor-doktor, nutritionist dan saintis Shaklee. Program Cinch adalah berdasarkan lebih dari 100 jurnal yang diterbitkan dan laporan klinikal untuk setiap bahan-bahannya.

Data Klinikal dari Pilot Study yang dijalankan selama 12 minggu:

Peserta kehilangan berat badan sebanyak 15.4 pound (dalam 7kg)
Saiz pinggang turun hingga 4.1 inci
Jisim otot kekal.

Menarik bukan?  Ianya terbukti berkesan bukan hanya bersandarkan testimoni, tetapi juga berdasarkan kajian klinikal.



 




Untuk program Weight Management, produk- produk yang disarankan adalah:

Lecithin
Herblax/Alfalfa
Omegaguard
Cinch Tea
Cinch Shake ( Vanila/Coklat/Cafe Latte)
ESP ( Buat Ibu yang breastfeeding)

*Semua produk selamat diambil oleh ibu yang sedang menyusukan bayi.


Untuk tempahan vitamin anda:
Pn. Ani 019-6154956
Pm/livechat: www.facebook.com/messages/Redcomel
Blog:www.redcomelmall.blogspot.com

Assalammualaikum dearest all.

Alhamdulillah, masih diberikan umur dan kesihatan yang baik untuk berkongsi ilmu tentang vitamin dan nutrisi di blog kesayangan saya ini. 

Hari ini saya nak kongsikan tentang khasiat Vitamin E.

 


Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji capsule Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
1 kilogram gandum
500ml minyak safflower
8kg badam
500g badam
Inilah khasiat-khasiat yang terkandung dalam sebiji kapsul Vitamin E Complex Shaklee.

Ada juga yang membezakan antara Vitamin E yang berada di pasaran, dengan Vitamin E Complex Shaklee.

   Vitamin E Shaklee di peribuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yg kaya dgn vitamin E, d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Ianya adalah vitamin E yg paling lengkap dipasaran. Mengandungi 10mg selenium semualjadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin E,memelihara membran sel-sel,sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya  penyahtoksik semulajadi logam berat sepertt raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.

Sila baca label Vitamin E anda di rumah anda jika bukan jenama Shaklee adakah nama saintifiknya  d-alpha tocopherol ? Jika di awal pangkal bukan huruf 'd' berhati-hatilah kerana ia mungkin vitamin sintetik.

[Jadi berhati-hati apabila memilih vitamin dan lihat label, biasanya ia dilabelkan dengan huru "l" bagi vitamin sintetik yang membahayakan tubuh badan, berbanding huruf "d" bagi  vitamin semulajadi.]



KHASIAT VITAMIN E

-Menjadikan anda tampak lebih muda, melindungi kulit daripada sinaran UV, kedutan dan jeragat  dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas serta pencemaran alam sekitar.
-Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
-Meningkatkan imuniti tubuh badan dengan menguatkan kuasa sel-T untuk melawan penyakit.
-Meningkatkan libido ( menghangatkan semula hubungan suami isteri)
-Anti oksidan.
-Membekalkan oksigen ke sel-sel badan.
-Melegakan kesakitan arthritis dan inflamasi sendi.
-Mengurangkan risiko kanser prostat bagi lelaki.
-Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
-Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
-Menyelesaikan masalah kelesuan.
-Mengurangkan risiko parut yang besar.
-Merendahkan kadar kolesterol.
-Membantu mencegah kanser.
-Merendahkan risiko katarak.
-Sesuai utk semua golongan usia : remaja, ibu menyusu,semasa berpantang,suami isteri, warga emas

Untuk Para Suami yang mempunyai Masalah "Low Count Sperm"
~ Tambahan Selenium yang terdapat dalam vitamin E Complex Shaklee boleh meningkatkan kualiti air mani & mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan,terutamanya pada motilitas sperma.


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com
Pernahkah anda mengalami sakit sendi yang keterlaluan? Sukar bergerak dan membengkokkan lutut? Susah nak solat? Sendi-sendi seluruh badan terasa sakit? 

Mungkin anda sedang menderita penyakit GOUT.




ARTHRITIS ADALAH PENYAKIT RADANG PADA SENDI atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit arthritis.Arthritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang BERPUNCA DARIPADA PEMUSNAHAN TISU RAWAN PADA SENDI.

Artritis gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.

PENYAKIT GOUT IALAH SALAH SATU BENTUK ARTHRITIS yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan. KERADANGAN TISU-TISU DI SEKELILING SENDI juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit ini  juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti tumit, kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pencegahan:

Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina , seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta VITAMIN B KOMPLEKS dan VITAMIN C.

ADVANCED JOINT TABLET juga adalah alternatif untuk mereka yang ada masalah sendi.
Mengapakah saya cadangkan Advance Joint Tablet ini?
kerana setiap  tablet mengandungi:

Ekstrak BOSWELLIA
Merupakan AGEN ANTI RADANG SEMULAJADI. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak JAGUNG
Merupakan kompenen penting dalam PEMBINAAN BLOK UTAMA TULANG RAWANG dan bendalir sinovial. Ia juga membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi.

VITAMIN C, Zink, Tembaga dan Mangan
Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen
Zink, Tembaga dan Mangan - co faktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan (komponen tisu penyambung)

JOM TENGOK TESTIMONI SET GOUT 




Jika ada diantara anda yang mengidap sakit-sakit sendi ini supplemen yang cadangkan adalah

1. Alfalfa Complex- Membuang asid urik dalam badan selain memberikan 1001 manfaat kesihatan yang lain
2.Advance Joint Tablet- Memelihara kesihatan tulang rawan dan memudahkan pergerakan.
3. Omegaguard- Minyak ikan ini selain anti inflamasi yang sangat baik untuk kelinciran sendi, ia juga sangat baik untuk mengawal kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
4. Osteomatrix-Menjaga ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.

Untuk tempahan "SET SAYANGKAN SENDI ANDA" dan konsultasi percuma,
Hubungi 
Pn.Ani 019-6154956
Pm/Live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

    Assalammualaikum dan salam sejahtera. terima kasih kerana sudi berkunjung ke Redcomelmall.blogspot.com. Hari ini saya ingin kongsikan tentang kepentingan protien dalam tubuh badan kita.

    Tahukah anda bahawa protien merupakan  elemen yang di perlukan untuk blok binaan badan ( untuk bina dan pulihkan) supaya badan lebih kuat dan lebih sihat. Selain air, protien adalah bahan yang paling banyak dalam badan kita. Protien juga sangat penting untuk setiap fungsi badan. Setiap sel dalam badan kita mengandungi protien, dari kulit, otot, rambut, kuku, tisu-tisu penghubung ke organ penting seperti jantung, hati dan otak.

PROTIEN UNTUK LANGSING
Saya pasti ramai juga yang mengambil protien semasa proses menurunkan berat badan. Ini kerana diet tinggi protien meningkatkan jisim otot pejal, merangsangkan pembakaran lemak dan mengurangkan penyimpanan lemak baru untuk memastikan tiada kesan yo-yo semasa proses menurunkan berat badan.
ESP~Energizing Soy Protien
PROTIEN UNTUK WANITA
Semasa hamil dan menyusukan bayi, keperluan wanita terhadap protien kerana protien membekalkan nutrien kepada fetus untuk perkembangannya.  Protien juga merupakan komponen yang penting dalam susu ibu, pengambilan protien akan membantu memaksimakan bekalan susu yang seterusnya mengoptimakan pertumbuhan bayi tersayang.

PROTIEN UNTUK WARGA TUA

Walaupun Daging kaya dengan protien tetapi ia juga tinggi dengan lemak dan kolesterol serta mengandungi antibiotik, hormon tumbesaran yang biasa digunakan semasa proses penternakan. Warga tua juga biasanya tidak dapat memperolehi protien yang cukup kerana di usia tua mungkin sukar mengunyah yang disebabkan oleh masalah gigi, tubuh badan yang tidah lagi mampu menyerap dan mencerna dengan baik, hilang selera makan dan komplikasi daripada penggunaan pelbagai ubat-ubatan.

   Serbuk protien yang berkualiti baik seperti ESP adalah cara ideal untuk menambahkan protien ke dalam diet kita. Hubungi saya untuk mendapat satu canister ESP anda hari ini.


Assalamualaikum.

Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya dan tak pernah jemu membaca artikel yang saya kongsikan. mengambil supplemen kini merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan kita. Tapi tahukan anda mengapa kita PERLU mengambil supplemen makanan tambahan ini?


Saya kongsikan hari ini 24 sebab kenapa kita perlu mengambil  supplemen makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.


1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak efisyen akan menghadkan penyerapan vitamin  ke usus anda. Sebab lain mungkin anda tidak mengunyah secara sempurna dan makan terlalu laju. Ini akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang besar. Anda yang mempunyai masalah gigi juga  menghadapi keadaan ini, berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.

2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut air  ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan sederhana lebih digalakkan.

3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E. Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total, yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya sangat kurang.

4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.

5.Tekanan/Stress
Tekanan emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit degenaratif yang  disebabkan oleh tekanan stress itu tadi.

6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.

7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan  kalsium meningkat untuk proses penyembuhan. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan adalah amat perlu.

8.Remaja/Teenagers
Jika anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16 tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang dicadangkan (USRDA).

9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat. Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.

10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih, memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.

11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan, tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.

12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan sumber haiwan.

13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.

14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera, lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.

15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin B6, C, zink dan riboflavin.

16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.

17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung , kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.

18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh berbagai keadaan dan suasana sekarang.

19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori seseorang.

20.Kekurangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.

21.Ahli sukan/Athletes
Ahli sukan  memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral tertentu berkurangan dengan banyak.

22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat suka kepada  minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.

23.Merokok/Smoking
Seperti yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin antioksida.

24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik. Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan mineral.