7 CARA NAK PILIH SUPPLEMEN BERMUTU TINGGI


Ini antara soalan-soalan yang perlu kita tanya sebelum membuat keputusan untuk mengambil supplemen.


1. Adakah produk nutrisi yang anda ambil menjalankan ujian kualiti ke atas bahan-bahan mereka?


✔Supplimen terbaik akan mempunyai sebanyak 300 ujian kualiti ke setiap salah satu produk suppliment mereka

.

2. Adakah produk supplimen yang anda gunakan diperbuat daripada bahan semula jadi atau sintetik?


✔Produk yang berkualiti tinggi adalah yang mengandungi 100% bahan semula jadi

.

3. Adakah produk pemakanan mempunyai tarikh luput di cop pada botol?


✔Produk yang baik mempunyai cop tarikh luput pada botol

.

4. Adakah produk supplimen yang anda consume melepasi kelulusan "ujian air"?


✔Macam mana nak tahu lepas ke tidak ujian ini? Ujian air di gunakan untuk memastikan kadar penyerapan berlaku dan tidak ada unsur pengikat tiruan dan pewarna.


✔Anda ambil pil sampel daripada produk supplemen dan letakkam dalam segelas air. Pil harus larut menjadi longgokan serbuk dalam tempoh 20 minit.


✔Jika ia mengambil masa lebih lama, terdapat kebarangkalian yang sangat tinggi bahawa badan anda tidak akan dapat memecahkan dan menyerap produk tersebut. So boleh la cuba di rumah ekprerimen ni nanti.

.

5. Adakah pengeluar supplemen mempunyai bajet penyelidikan bagi produk suppliment mereka?


✔ Produk yang baik seharusnya mempunyai paling kurang 100 Juta setahun bagi penyelidikan untuk membangunkan dan menguji tahap keberkesanan produk

.

6. Adakah supplemen yang anda makan mempunyai ujian klinikal pada produk supplimen?


✔Supplemen yang berkualiti tinggi harus melakukan ujian klinikal ke atas produk. Sebaiknya ujian dilakukan oleh institusi luar supaya semua keputusan dan metodologi adalah lebih saksama dan tidak berat sebelah

.

7. Adakah pengilang supplimen menerbitkan penemuan klinikal test dalam jurnal jurnal ulasan sains?


✔Pengeluar supplimen bukan sahaja perlu melakukan ujian klinikal,  bahkan mereka perlu buktikan kan dalam bentuk jurnal. Supaya para saintis dan ahli sains boleh menilai kerberkesanannya. 

Teknologi Yang Digunakan oleh Shaklee menghasilkan vitamin yang mempunyai kadar penyerapan tinggi.

Jadi sebelum nak pilih sesuatu jenis supplimen, boleh kemukakan soalan ini supaya anda consume supplimen yang berkualiti tinggi seperti Shaklee.

Eat Healthy, Eat the Right Supplement and Live Amazing!

Dapatkan produk Shaklee anda dengan menghubungi www.wasap.my/60196154956

Tahu tak bahawa Vivix ni adalah 'the one & only such supplement' kat dunia ni? Tidak ada supplemen lain yg sama atau seumpanya tau. Buktinya? Vivix TELAH DIPATENKAN. Apa-apa benda/barang/perkara yg telah dipatenkan tu maksudnya ia unik, ia yg pertama dihasilkan & tidak ada lain yg boleh sama dengannya.


Ada yg belum pernah dengar atau tahu tentang Vivix?


APA HEBATNYA VIVIX?

Vivix; minuman botani yg kaya dengan antioksida dengan kebaikan 10x ganda berbanding resveratrol mampu membantu:

.

๐Ÿ‡ Melambatkan penuaan di peringkat selular & menjadikan anda kelihatan 25 tahun lebih muda & bertenaga.

๐Ÿ‡ Sebagai antioksida terbaik untuk menyahkan radikal bebas yg mengganggu kelancaran sistem tubuh.

๐Ÿ‡ Memperbaiki sel & DNA yg rosak akibat penyakit, penuaan & pencemaran harian.

๐Ÿ‡ Memberikan tenaga kepada sel-sel badan agar aktif & tidak melemahkan badan.

๐Ÿ‡ Mengecutkan & menghalang perebakan sel kanser.

๐Ÿ‡ Mengawal paras gula dalam darah.

๐Ÿ‡ Menggalakkan pertumbuhan sel baru yg lebih sihat & elok.

๐Ÿ‡ Menjadikan warga emas lebih bertenaga & cergas.

๐Ÿ‡ Mengurangkan kesakitan pada otot, sendi & tulang warga emas.

๐Ÿ‡ Membantu pesakit stoke pulih & berjalan semula.

๐Ÿ‡ Mengurangkan kesakitan arthritis & rheumatoid arthritis.

๐Ÿ‡ Mengurangkan kesan serangan auto-immune pesakit SLE.

๐Ÿ‡ Mengurangkan kesan & menstabilkan rembesan hormon pesakit thyroid.

.

Vivix bukan ubat. Kesan pengambilan pada setiap individu mungkin berbeza. Tapi, sangat ramai yg telah merasai hebatnya kesan Vivix ni; terutamanya yg mencari jalan alternatif untuk penyakit yg telah lama dihidapi.


Tak salah kan kalau kita berusaha untuk kesembuhan & kesihatan? Kalau nak tahu lebih lagi tentang Vivix yg hebat ni, boleh contact saya ye. Kita sembang-sembang sampai jadi. ๐Ÿ˜‰

ORDER DISINI

Kenapa Perlu Konsisten Makan Shaklee?


“Apa yang perlu diberi perhatian ialah kita hendaklah mengambil makanan tambahan secara bijak”- Dr. Bruce Daggy (Keratan akhbar Utusan Malaysia, Selasa 28.03.2017)


Shaklee adalah suplemen yang terdiri dari zat-zat nutrien yg sepatutnya kita boleh dapat dari makanan kita. Tapi sayang sangat sebab zat makanan kita makin hari makin berkurangan. Dari satu Landmark Study yang dijalankan oleh University of Texas yg diterbitkan pada tahun 2004 membuktikan bahawa zat-zat daripada buah dan sayur semakin berkurangan.


Sudahlah zat asalnya sudah kurang, bila dipetik dan disimpan ia makin kurang, apa lagi bila dimasak. Akhirnya, apa yang tinggal kalau bukan hampas?


Apabila tubuh kurang nutrisi, kita mungkin nampak sihat dari segi luaran tapi badan sebenarnya dalam kondusi yang “rapuh”. Lagi-lagi jika kita mengamalkan gaya hidup tidak sihat (seperti memilih makanan fast food atau merokok). Kita mudah diserang sakit, elergik, stress, depressi, semangat selalu “down” dan sebagainya.


Jadi di sinilah peranan supplement Shaklee untuk menutupi lopong-lopong nutrisi tadi, dengan syarat:-


1. Mengamalkan pemakanan sihat.

2. Mesti bersenam atau melakukan aktiviti fizikal

3. Menjaga hubungan dgn Tuhan


Shaklee tidak dicipta dari bahan-bahan yg diwujudkan di lab, sebaliknya semua supplement shaklee adalah dari bahan-bahan semulajadi dari alam. Ia membawa tenaga dan semangat alam ke dalam diri kita. Bezanya Shaklee dgn sayur ialah Shaklee terdiri dari nutrien yang pekat dan padat untuk keperluan tubuh (namun anda semua masih wajib makan sayur dalam bentuk asal ye!).


Jadi bila kita makan Shaklee, fikirkanlah ia adalah buahan dan sayuran yang telah dipermudahkan bentuknya untuk ditelan. Kalau tidak, sanggupkah kita makan 9 mangkuk sayur untuk makan tengahari? Itu belum lagi 7 biji oren, 5 ekor ikan dan sebagainya. Of course kita pun tak mampu nak makan banyak sangat. Malah dalam kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh para saintis Shaklee, kita perlu makan 50 biji sehari hanya untuk menampung 500mg vitamin C harian. Adakah kita mampu? Tepuk dada tanya hati.

Oleh itu kita makan secukup sekadar kenyang, dan kita topup nutrisi dengan Shaklee. Kembalikan segalanya pada Allah, atas usaha kita jaga kesihatan mudah-mudahan kita makin sihat, kuat dan cantik.

 

 

Punca Penyakit Jantung - Adakah Kolesterol?

        Penyakit jantung; seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. 

       Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolesterol yang tinggi merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa punca penyakit jantung adalah kolesterol.


Kolesterol dan Penyakit Jantung

            Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Namun ianya akan dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk mendapat penyakit jantung.

        Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya. 

        Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol bagi menurunkan risiko mendapat penyakit jantung.


Penyebab Sebenar Penyakit Jantung

         Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab utama penyakit jantung. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. 

       Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol, anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

       Kolesterol LDL bukanlah penyebab masalah radang pembuluh darah. Punca utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. 

        Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. 

      Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.


Homosistein dan Penyakit Jantung

       Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. 

     Di dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). 

    Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian.


Pencegahan Penyakit Jantung

       Sebelum ini dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, tetapi kajian-kajian yang dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein juga merupakan puncanya. Untuk mencegah daripada mendapat penyakit jantung, kita dinasihatkan untuk mengubah gaya hidup. 

  Pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal dapat membantu tubuh kita mendapat HDL (kolesterol baik)( Omegaguard) , anti-oksidan ( Vivix) , asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 ( B Complex ) yang cukup, yang akan melindungi kita daripada penyakit jantung.



Tahu tak?

Fakta menarik tentang Jantung.

1. Saiz jantung sama besar dengan satu penumbuk gengaman tangan untuk kanak-kanak, kalau untuk orang dewasa pula sama besar dengan 2 genggaman tangan.

2. Jantung kita mengepam kira-kira 1 juta tong darah untuk seumur hidup kita.

3.Bersenam merupakan kunci kesihatan jantung.

4.Bunyi jantung terhasil daripada 4 injap yang terdapat pada jantung kita.

5. Jantung janin mula berdegup pada minggu ke empat setelah persenyawaan berlaku.

6. Kegembiraan dan rasa bahagia mengurangksn risiko serangan jantung.

7. Paus biru mempunyai jantung paling besar dan beratnya ialah 680 kg.

8. Di katakan semakin tinggi tahap pendidikan seseorang, semakin rendah risiko individu itu mengidap penyakit jantung.

Sumber: Institut Jantung Negara

Khairani Bahaudin
Beauty and Health Coach
019-6154956
 
 
"Susahnya nak kempiskan perut!!"
       Antara kerisauan yang sering mengganggu para wanita selepas bersalin adalah masalah perut buncit dan menggeleber.Terasa hilang keyakinan diri tatkala memerhatikan perut yang banyak meninggalkan parut rekahan dan bentuk yang semakin menggeleber.

      Sebenarnya ada banyak cara yang ibu boleh lakukan untuk mendapatkan kembali perut kempis bak anak dara atau sekurang-kurangnya tidak buncit seperti wanita hamil tiga bulan. Misi mendapatkan kembali perut kempis boleh direalisasikan asal sahaja ibu ada kemahuan dan berdisiplin. Nak tahu apa caranya? Perhatikan senarai berikut. Nampak macam senang tetapi ia memerlukan disiplin yang tinggi.



    1.Menyusukan bayi sepenuhnya

Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.

    2.Berbengkung dalam pantang

Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis.

Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.

    3.Bertungku dan bertangas

Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim.  Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.

    4.Jaga makan

Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati.

Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber.

Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.

    5.Jangan lupa bersenam


Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut.

Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.

    6.Hati-hati dengan postur badan

Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.

    7.Jom detoks

Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.


Bukan tak pernah cuba skin care lain.
Dah macam-macam cuba...

Nutriwhite ni cukup serasi dengan saya.
Anda pun teringin nak cuba?
Nak tahu tak apa yang wajib anda beli for newbie? Satu Set Nutriwhite Skin Care ni, hihi


Ala, kalau budget gitu?
Deep foaming cleanser Shaklee. Teksturnya halus, membersih jauh ke dalam pori-pori wajahmu yang mulus itu.

Yang mana satu paling saya suka? SEMUA. Satu set๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Cara jaga kulit wajah saya mudah sahaja, pastikan muka bersih sebelum tidur. Walaupun saya tak guna make-up sebab saya kerja dari rumah, saya pastikan wajah bersih dari segala kotoran dengan menggunakan Make-up Remover Nutriwhite. Yang bestnya guna make up remover ni, segala blackhead dengan whitehead pun dia buang. Best ke best?

Yang penting tiada bahan kimia yang merbahaya macam merkuri, paraben, dan apa jugalah yang mengancam nyawa. Eh motto Shaklee kan gitu, Always safe, always works, always natural.










Khairani Bahaudin
Meh la order Nutriwhite๐Ÿ‘ธ 0196154956