Assalammualaikum dan salam sejahtera. :-) Jika mama sedang hamil dan masih belum mengetahui apakah jantina bayi mama, mungkin boleh perhatikan perilaku kita semasa sedang hamil. Saya petik entry ini daripada rakan Fb saya, Mamasofea. Saya akui walaupun tiada hujah jitu yang menyokong, tetapi melalui pengalaman saya yang mengandungkan 4 anak lelaki ini, ianya amat tepat sekali. Bagaimana dengan anda? Jom baca ^_^
TANDA HAMIL BAYI LELAKI
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala
TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN
• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur
Mengenali Jantina Bayi Anda Semasa Anda Hamil
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
Salam perkenalan..Ummi bru folo sini:)Byk tips kat sini rupanya..hehe
ReplyDeleteUmmi ada tanda2 di atas.. Tp campur2..huhu..confuse.. Ummi dah dpt gegurl...Nk boboy lak...Cmner mama dpt 4 boboy..hehee..