Assalammualaikum dan Salam sejahtera.
Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.
Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :
i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.
ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.
iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.
iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.
v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
- Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
- Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
- Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
- Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
- Komposisi zat makanan yang mencukupi
- Penghadaman yang mudah
Susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum khasiat susu ibu sangat banyak. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Khasiat susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.
Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
- Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
- Kurang risiko kanser payudara dan ovari
- Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
- Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
- Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
- Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
- Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
- Menjimatkan masa dan wang
Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga untuk menjimatkan wang.
0 comments:
Post a Comment