Salam semua. Buat pengetahuan semua Vitamin C Shaklee sangat hot stuff sampai tak sampai 2 minggu dah kehabisan stok di HQ Shaklee. Phew..
Saya kongsikan sedikit tentang kebaikan Vitamin C yang menjadi kegemaran ramai ini.
Vitamin C tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, ia bermakna kita perlu diambil setiap hari kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari.
Tahu tak yang binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka? Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri jadi kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita. :-) Tapi dahulu mengikut kajian sebiji limau mampu membekalkan kita 100 mg vitamin C, tetapi sekarang sebiji limau belum tentu dapat memberikan 15 mg Vitamin C kerana pestisid, cuaca dan sebagainya. Solusi? Supplemen pasti membantu.
KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C?
Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.
Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, Vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit nampak lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.
Jika kita makan vitamin C secara konsisten, ia dapat melambatkan proses penuaan, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.
Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Mudah selesema atau bersin
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi
Jadi, kitala yang paling tahu bila diri kita perlukan supplemen. Tepuk dada, tanya diri. ^_^
Take care everyone, have a nice day!
Kebaikan Vitamin C
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
0 comments:
Post a Comment