Showing posts with label Hot Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Hot Tips Kecantikan. Show all posts
 Assalammualaikum dan Salam sejahtera.



           Masalah jerawat merupakan masalah yang sering berlaku terutama sekali remaja.Semasa baligh, peri menopaus dan menopaus, sebum (minyak) kelenjar kulit  menjadi lebih aktif. Liang  roma boleh menjadi tersumbat dengan sebum, bakteria dan keadaan kulit yang kering , menyebabkan jerawat dan tompokan merah muncul. Jerawat biasanya muncul di muka, bahu, kepala, lengan atas dan kaki, bahagian atas dada dan belakang. Lebih daripada 40 peratus daripada remaja mendapatkan rawatan dari pakar untuk keadaan jerawat mereka.

              Hormon jerawat cenderung untuk berlaku semasa ovulasi atau minggu sebelum haid. Di kalangan wanita, jerawat boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon.Apabila ini berlaku, androgen (hormon lelaki) yang dirembeskan berlebihan,  jerawat di sekitar garis rambut, dagu dan dada dan belakang. Untuk membetulkan jerawat disebabkan hormon, ramai doktor menetapkan pil kawalan kelahiran untuk menghentikan ovulasi. Supplemen  tambahan seperti GLA COMPLEX juga boleh menormalkan ovulasi dan menghapuskan masalah jerawat disebakan ketidakstabilan hormon.

              Walaupun pilihan makanan telah hangat dibahaskan sebagai penyebab jerawat selama bertahun-tahun, penyelidikan daripada Universiti Colorado mengesahkan bahawa diet yang tinggi dalam karbohidrat akan meningkatkan insulin dan ini menggalakkan pertumbuhan jerawat. Menurut Dr Loren Cordain, mengalami tahap insulin yang tinggi meningkatkan tahap hormon, merangsang pengeluaran minyak yang membawa kepada liang tersumbat, pertumbuhan bakteria dan jerawat. Makanan  tinggi glisemik seperti  roti, kek, gula dan soda adalah penyebab utama dalam jerawat. 


Tahukah anda?? di New Guinea dan Amazon mana diet mereka memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran gejala jerawat tidak pernah muncul dalam masyarat mereka. Mereka yang  mengalami masalah jerawat harus sedar pilihan makanan yang salah memburukkan lagi keadaan. Jerawat juga dikaitkan dengan keasidan perut yang rendah,  ketidakseimbangan dalam saluran penghadaman.
Apakah tips perawatan wajah yang sesuai untuk mengatasi jerawat?

1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. 

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E, B Complex dan Vitamin C .

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


5. Melaburlah untuk Produk Penjagaan Wajah yang Baik.
Pastikan produk penjagaan wajah yang anda gunakan bebas kimia dan paraben, bebas daripada bahan merbahaya. 
Adakah supplemen Shaklee yang boleh membantu mengatasi jerawat dan untuk perawatan wajah supaya kulit wajah halus mulus menjadi milik kita ? Ada. :-)


  • Vitamin C
  • Vitamin B Complex
  • Vitamin E
  • Collagen Powder
  • Nutriwhite 
  • GLA Complex



SET VITAMIN KULIT (SET D)
Vitamin C- untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,


Vitamin B Complex ( B for Beauty)- menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.


Vitamin E- yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

SET SKIN CARE SHAKLEE : NUTRIWHITE.

Saya sangat sukakan set skin care ini, sangat sesuai untuk kulit sensitif, apabila saya sapukan di wajah meresap terus diwajah tanpa rasa melekit. Bagi saya ia setanding SKII. ( kerana sebelum ini saya pengguna tegar SKII) Ia diperbuat dari 16 jenis ramuan semulajadi seperti bunga rosemary,Aloe vera, Daul Mulbery.Ianya mampu milik dan berbaloi memilikinya. Kenapa? kerana ianya selamat, tanpa Paraben yang boleh menyebabkan kanser kulit.

*Menghilangkan kulit wajah kusam
*Mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa pengelupasan
*Selamat dan berkesan
*Kulit Muka tidak berminyak
*Tona wajah sekata dan cerah
*Tiada pewangi tiruan yang boleh menyebabkan iritasi kulit
*Menjadikan kulit lebih licin, cerah dan berseri

Fungsi-fungsi Kolagen

♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

♥ Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

♥ Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

♥ Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

♥ Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.



Untuk tempahan vitamin anda:
Pn. Ani 019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com
Tahukah anda hormon estrogen yang dihasilkan oleh tubuh badan wanita adalah Fountain of Youth? Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilah hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan menyerlah, dan ia membentuk tubuh badan wanita mempunyai bentuk badan yang indah dan hormon ini juga yang menyebabkan datang haid setiap bulan.Wanita yang kekurangan hormon estrogen akan mula mengalami  simptom kekedutan dan kekeringan dipermukaan kulit. 


Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:

1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama  [ Dingin ]
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah



GLA COMPLEX membantu menstabilkan hormon dan membantu membetulkan semula kitaran haid yang tidak teratur. Jadi apabila haid kembali teratur, hormon estrogen yang dirembeskan kembali dalam keadaan optimum dalam badan. Kesannya, kesuburan meningkat, kulit semakin cantik, jeragat hilang, tubuh badan menjadi semakin cantik ( the right curve at the right place) ^^. Sangat sesuai untuk di hadiahkan pada isteri, ibu dan mereka yang mementingkan kecantikan inside out. 

Salam. 

Saya ada seorang ibu saudara yang punya anak 5....4 perempuan dan seorang anak lelaki bongsu.  Umurnya saya kira mencecah hujung empat puluhan. Tapi bila dia berdiri di samping anak-anak daranya, kalau orang tak kenal mesti ingat dia kakak yang sulung. Sebab beliau nampak sangat remaja.Orangnya genit  dan cantik tanpa perlu sebarang solekan tebal.  Bila diperkenalkan sebagai ibu kepada 5 anak ini ramai yang tak percaya dengan usia beliau. Anak-anaknya gemar menyakat " Alah, ibu perasan la tu.." ^^ 

Saya mengorek-mengorek rahsia beliau...kata beliau mengamalkan  supplemen dan jamu sejak muda.  Owh, the secret is NO SECRET.Memang patutla..^^ Semua orang tahu untuk mengekalkan keremajaan, selain menjaga aspek kesihatan luaran, yang paling penting adalah menjaga kesihatan dalaman dengan mengamalkan pemakanan yang kaya dengan Vitamin A, C, E, Vitamin B Compleks, zink, selenium, zat besi dan sebagai.

Jadi saya mahu kongsi tips awet muda yg saya ekstract dari Mommy Hadha


  • Mengamalkan pengambilan suplemen~ Amalkan suplemen Shaklee secara konsisten
  • Teruskan amalan suka beriadah. 
  • Hubungan baik dengan suami dan orang di sekeliling, sebab kalau suka bergaduh dan mengumpat orang , muka sure masam 24 jam. Menggalakkan proses kedutan.[TAK MAU!]
  • Ceria dan positif selalu.
  • Lalui hidup dengan relax.
  • Hubungan dengan ALLAH kena jaga.
  • Diet yang tepat
  • Rajin bersosial dan berdiskusi untuk minda yang sentiasa hidup dan muda
  • Rajin membaca
  • Rajin mengaji

 Ok, itu untuk tips awet muda. 

Saya mahu memperkenalkan GLA Complex, antara supplemen untuk anti penuaan yang famous dikalangan pengguna Shaklee.



 Tahukah anda tentang kebaikan GLA ini? GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.


Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopous
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangani ekzema
  • Menghilangkan jeragat
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.




Saya ada berikan mak  GLA Complex untuk beliau makan. Mak mertua saya yang dah masuk usia lima puluhan dan melalui proses menopous selalu mengadu susah tidur malam (insomnia), mengalami hot flushes, resah, kadang-kadang rasa sedih tak semena-mena...mood swings. Saya jelaskan pada mak yang itu simptom biasa apabila menopous. Jadi saya beri mak GLA Complex supaya dapat bantu mak  tangani hormon yang tak stabil dalam badan. Jadi setelah seminggu mak ambil GLA Complex, feed back dari mak sangat menggembirakan saya. Mak kata mak mudah tidur, pukul sepuluh mata mak dah mengantuk. Mood ok, hot flushes dah berkurang. Dia rasa serasi sangat dengan GLA complex ni. Tambahan pula mak ada diabetes, sesuai sangatla GLA complex yang berfungsi untuk kawal penyakit itu. Saya akan update lagi tentang mak bila saya jumpa dengan beliau Ahad ni ya. ^^


Jadi untuk anda yg mahu kelihatan cantik dan berseri.. apa kata cuba Euphoria Skin Set D (mengandungi B Complex, Vitamin C dan Vitamin E  Shaklee) +GLA (1 botol)  .Jika anda berminat, sila dapatkan konsultasi dari saya cara pengambilan yang betul dan saya berikan konsultasuntuk keberkesanan pengambilan vitamin terutama mereka yang impikan kulit wajah yang bersih dan berseri. Jangan segan-segan untuk hubungi saya jika mahu bertanya mahupun membuat pesanan. Take care and have a nice day!


xXRedcomelXx



Assalammualaikum dan Hi Everyone.

Hari ni saya nak berkongsi fakta tentang Vitamin E.



Kebaikan Vitamin E 

Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan.Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.


Salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Pembunuh no satu wanita adalah kanser payudara dan yang kedua adalah kanser serviks. Mencegah lebih baik daripada merawat.
Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" (PMS) dan penyakit fibrocystic buah dada. Bagi mereka yang sering menghidapi senggugut yang teruk, sehingga berguling-guling disebabkan sakit perut, bolehlah mencuba Vitamin E.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan.
Luka cepat bercantum dengan pengambilan Vitamin E. Jika anak-anak terjatuh dan luka berdarah, boleh disapu Vitamin E ia akan sembuh dengan cepat sekali.


Mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan.



Mengurangkan tekanan darah.


Membantu dalam pencegahan penyakit katarak.


Vitamin E boleh meningkatkankesuburan, bukan sahaja wanita malah ia juga menambah pengeluaran air mani  lelaki. Membantu mereka yang mempunyai masalah Low count sperm.


Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, cantik dan lebat


Membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
Vitamin E  juga dikenali sebagai Vitamin cinta kerana membantu merawat  masalah kedinginan suami isteri.


SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.


KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
Penuaan kulit sebelum masa.
Rambut gugur
Anemia.

Vita E Complex Sebotol hanya RM 149 untuk 4 bulan
Vita E Complex 30 caps only RM37- Trial pack untuk sebulan 

Pasti ramai yang bertanya mengapa Vit E Shaklee? Saya boleh beli di farmasi shj  brand yang lain kan?
Vitamin E Complex Shaklee mengandungi Selenium sejenis mineral yang bertindak sebagai antioksidan terutama bila bersatu dengan Vitamin E. Boleh baca tentang selenium di sini.

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di ikon ORDER NOW atau sms kan kepada saya 0196154956. Boleh email saya di admin@redcomelmall.com untuk konsultasi. TQ ^^
Assalamualaikum dan hi everyone.

Banyak yang kita tahu pasal air.Jadi hari ni just nak share info tentang air.[credit to LadyNoe.]Ni pasal air mineral tau, bukan teh tarik atau sirap bandung.:) Harap kita dapat banyak manfaat dari info nie ^^


1. Minum Air seawal sebaik sahaja bangun tidur di waktu pagi. Air MESTILAH suam - di dahulukan dengan salawat nabi atau kalau taknak salawat, terpulang lah. Haba mampu menggembangkan bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Air suam di waktu pagi mampu menyediakan peti suara, usus, saluran peranakan, saliran darah dan utk kesihatan kaum lelaki.

2. Minum 2 gelas air sebelum memulakan sarapan pagi. Sarapan sangat penting untuk kesihatan dan usus. MESTI sarapan sebelum jam 10 pagi untuk 'mengejutkan' usus supaya ia bekerja lah. Dan sarapan MESTI lah sarapan ringan seperti OAT misalnya. Saya cadangkan makan OAT, tabur kismis secukup rasa dan campur susu low fat. Saya dah amalkan makan sarapan macam tu sejak selepas pantang, alhamdulillah, saya kenyang sampai ke tengahari. Kalau tak suka oat, boleh cuba Kellog's K atau Salad. Buang tabiat nasik lemak, mihun goreng dan nasik kerabu atau apa apa sahajalah yang berat. Kesian perut.

3. Minum sekurang kurangnya 3 teguk air setiap 30 minit.Sebelum sampai waktu makan tengahari, pastikan kamu dah habis minum sekurng-kurangnya 4 gelas air.Periksa warna air kencing. Kalau kuning, selepas kencing minum air satu gelas besar. Minum air bersih lah ya.

4.Periksa kesihatan usus. Kalau pagi-pagi, selepas minum air, dalam masa 1 jam, tak rasa nak berak, maknanya usus ada masalah. Sila lah pergi buat detox untuk buang toksin. Bagi yang nak
tahu kenapa walaupun tak makan sebulan tapi berat badan masih sebegitu rupa, atau dah makan Mcdonald satu lori tapi badan pun sebegitu rupa, itu maknanya badan banyak toksin. Sila lah buat detox buang toksin. Selepas buat detox, sila minum banyak air untuk singkirkan toksin dengan cepat.

5. Selepas bersenam di gim atau berjogging, minum 2 gelas air. Barulah kalori yang terbakar di dalam badan boleh tersingkir melalui air kencing.Sebelum masuk sauna minum 2 gelas air dan selepas sauna, lagi segelas.

6.Minum air untuk maintain kegebuan/kebersihan kulit.

7.Minum air untuk menjaga suara

8.Minum air untuk menjaga organ dalaman badan

9.Minum air untuk memberi tenaga. Penting untuk orang yang hamil. Ehem.

10.Minum air untuk mengelakkan mengantuk.

11.Minum air dengan CARA YANG PERLAHAN untuk mengelakkan jantung jadi tertekan. Lebih kurang macam tu la ayat Dr. Wan Hassan tu. Saya faham maksud dia. Sebab kadang-kadang saya minum laju-laju, senak jugak dada.

12.Selepas minum air manis seperti teh tarik, teh o, kopi o tarik, milo tabur, sprite, pepsi
dan sebagainya, cover balik dengan 1 atau 2 gelas air.

13.Pastikan kamu sudah pun habis minum SEKURANG-KURANGNYA 3000ml air sebelum jam 8 malam.
Kalau lebih, lagi bagus. Rujuk warna air kencing kamu. Kalau perlu 4000ml, tak salah pun. Tapi mesti habiskan sebelum 8 malam.Oh. Dilarang pula minum 3000ml sekali gus pada jam 7 malam.
Selepas 8 malam, minum 1 gelas air sahaja. Seelok-eloknya, selepas sudah makan malam (dalam jam 6 -8 pm) dan satu gelas setengah sebelum masuk tidur.

14.Jangan mengumpat, mencarut, mengata, mengutuk di depan air. AIR ADALAH BENDA HIDUP. Ia dengar, rakam dan transfer balik. Jadi tak hairan lah kenapa sesetengah perangai buruk kita warisi dari turun temurun. Ini saya rujuk kepada kelemahan saya sendiri ^^" Saya rasa fakta ni menarik. Wajar kongsi. Merujuk kepada fakta di atas, baru lah saya faham fenomena penggunaan air yassin dan holy water. Ia dengar, rakam dan transfer balik. So peminum memang akan terkena effect-nya.

15. Modal sebenar mesin air Bio-Aura hanyalah RM78. Mereka gunakan psikologi manusia yang tak suka minum air, cerita kan tentang kebaikan mesin tu, pancing dengan harga RM2000. ( saya la yang beli bio aura Rm 2000...emm..pasrah je) Dah beli RM2000 mesti la nak minum air selalu kan. Padahal yang meningkatkan sistem tubuh hanyalah air yang boleh didapati di tempat lain selain mesin tersebut. Ini pun wajar kongsi.

16.Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

17.Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

18. Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari

19. Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air.


So itulah cerita tentang Air. Sekian.:)


Jom jeling-jeling tentang supplemen Shaklee

Kulit Cantik~Euphoria Skin Care set (30 tabs of B com, Vitamin C and Vitamin E)

Detox dan Langsing ~ Lecithin & Herb Lax 60's caps dan Energizing Soy protin

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di ikon ORDER NOW atau sms kan kepada saya 0196154956