Tahukah anda, Vitamin E sangat tinggi khasiatnya ? Ambil sebiji kapsul Vitamin E Shaklee yang diperkaya dengan Grape seed Extract, dan sapukan ke wajah anda untuk 20 minit sebelum anda tidur. Cuci bersih selepas 20 minit dibiarkan ke atas wajah anda ataupun mana-mana bahagian kulit yang bermasalah. Amalkan setiap hari dan lihatlah hasilnya. 
Hari ini saya nak kongsikan kebaikan Vitamin E kepada kulit. Selain untuk di telan, Vitamin E juga boleh dipecahkan dan dikeluarkan pati minyaknya untuk disapu kebahagian kulit yang bermasalah. Jika diamalkan secara konsisten, ia memberikan anda kulit yang berseri dan bersinar.

Dari segi kesihatan kulit dan penjagaan kulit, manfaat vitamin E sangat banyak. Malah,di dalam  produk-produk penjagaan kulit, vitamin e telah menjadi bahagian ramuan paling penting dalam penjagaan kulit yang sihat.

Antioksidan
Pertama sekali, kerana aktiviti antioksidannya, vitamin e adalah penting dalam melindungi sel-sel kulit dari sinar ultra violet, pencemaran, dadah, dan daripada elemen radikal bebas

Pengatur untuk Vitamin A
Manfaat e vitamin untuk penjagaan kulit yang sihat juga termasuk kemampuan untuk mengawal vitamin A dalam badan, yang mana Vitamin A juga adalah penting untuk kulit yang sihat.

Manfaat Vitamin E sebagai Anti-Penuaan
Vitamin e yang ditambah kepada losyen, krim, dan lain-lain produk penjagaan kulit, serta diambil secara lisan, memainkan peranan dalam anti-penuaan kulit. Ia membantu kulit kelihatan lebih muda dengan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan. Juga, radikal bebas dipercayai memainkan peranan penting dalam penuaan kulit dan oleh itu aktiviti antioksidan cukup berharga untuk masalah kulit ini.

Rawatan Penyakit Kulit
Vitamin e dapat membantu dalam rawatan pelbagai penyakit kulit atau keadaan kulit. Aplikasi topikal seperti yang digunakan untuk merawat psoriasis adalah salah satu manfaat vitamin e. Vitamin E juga boleh membantu merawat erythema (keradangan kulit yang menyebabkan kemerahan, menyakitkan, dan tender ketulan).

Vitamin E Mencegah Kanser Kulit
Salah satu manfaat yang paling penting vitamin e adalah pencegahan kanser kulit. Ini berlaku kerana kualiti perlindungan matahari dan ciri-ciri antioksidannya yang kuat, Vitamin E membantu mengurangkan atau mencegah kerosakan yang di sebabkan pancaran matahari.


Terdapat pelbagai manfaat lain vitamin E untuk penjagaan kulit:


  • vitamin e membantu mengurangkan kemunculan kesan regangan ( Stretch Mark )
  • vitamin e boleh membantu mencegah kemunculan tompok umur
  • ia membantu mengekalkan keseimbangan minyak kulit semasa proses pembersihan
  • ia mengurangkan kehilangan air transepidermal dari kulit dan mengekalkan lembapan kulit.
Vitamin E Complex
Faedah Menyusukan Anak dengan Susu Ibu


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.

Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).

Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

4.Mencegah dari penyakit rabun malam.

5.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

6.Menggelakkan penyakit taun.

7.Menggelakkan jangkitan telinga.

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan atau susu formula.



Set Penyusuan Tripple M yang menjadi pilihan ibu-ibu
Pernahkah anda mengalami sakit sendi yang keterlaluan? Sukar bergerak dan membengkokkan lutut? Susah nak solat? Sendi-sendi seluruh badan terasa sakit? 

Mungkin anda sedang menderita penyakit GOUT.




ARTHRITIS ADALAH PENYAKIT RADANG PADA SENDI atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit arthritis.Arthritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang BERPUNCA DARIPADA PEMUSNAHAN TISU RAWAN PADA SENDI.

Artritis gout lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga.

PENYAKIT GOUT IALAH SALAH SATU BENTUK ARTHRITIS yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki.

Gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam

Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan. KERADANGAN TISU-TISU DI SEKELILING SENDI juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.

Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit ini  juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti tumit, kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang.

Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pencegahan:

Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina , seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta VITAMIN B KOMPLEKS dan VITAMIN C.

ADVANCED JOINT TABLET juga adalah alternatif untuk mereka yang ada masalah sendi.
Mengapakah saya cadangkan Advance Joint Tablet ini?
kerana setiap  tablet mengandungi:

Ekstrak BOSWELLIA
Merupakan AGEN ANTI RADANG SEMULAJADI. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak JAGUNG
Merupakan kompenen penting dalam PEMBINAAN BLOK UTAMA TULANG RAWANG dan bendalir sinovial. Ia juga membekalkan pelincir dan kusyen antara sendi-sendi.

VITAMIN C, Zink, Tembaga dan Mangan
Vitamin C - nutrien penting dalam sintesis kolagen
Zink, Tembaga dan Mangan - co faktor bagi enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan (komponen tisu penyambung)

JOM TENGOK TESTIMONI SET GOUT 


 




Jika ada diantara anda yang mengidap sakit-sakit sendi ini supplemen yang cadangkan adalah

1. Alfalfa Complex- Membuang asid urik dalam badan selain memberikan 1001 manfaat kesihatan yang lain
2.Advance Joint Tablet- Memelihara kesihatan tulang rawan dan memudahkan pergerakan.
3. Omegaguard- Minyak ikan ini selain anti inflamasi yang sangat baik untuk kelinciran sendi, ia juga sangat baik untuk mengawal kolesterol dan menjaga kesihatan jantung.
4. Osteomatrix-Menjaga ketumpatan, kekuatan dan kesihatan tulang.

Untuk tempahan "SET SAYANGKAN SENDI ANDA" dan konsultasi percuma,
Hubungi 
Pn.Ani 019-6154956
Pm/Live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com
         Energizing Soy Protien Shaklee ataupun lebih glamour dengan singkatan nama ESP, merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

KENAPA IBU HAMIL PERLU AMBIL ESP? APA KEBAIKANNYA?

Kebaikan ESP untuk ibu-ibu yang mengandung,

1) ESP adalah supplemen terbaik untuk penyediaan badan ibu ke arah proses penyusuan bayi setelah ibu melahirkan nanti. Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang mengalami masalh tiada susu, jadi, ini dia adalah satu alternatif yang boleh diusahakan supaya hasrat ibu untuk menyusukan bayi tercapai. (Ibu harus mengaplikasikan konsep Demand vs Supply)
2) Membantu ibu-ibu sihat dan cergas sepanjang kehamilan.
3) Meningkatkan sistem imun badan ibu, ibu merasa lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit.
4) Ibu hamil yang pernah mengambil ESP mengatakan berat mereka lebih mudah/cepat turun selepas bersalin.
5) Kulit ibu lebih halus dan gebu
6) Boleh diminum berterusan sehingga walaupun di dalam pantang bagi memulihkan luka dalaman dan menurunkan berat badan.


KEBAIKAN ESP UNTUK BAYI ANDA

1) Protein yang berasaskan soya NON-GMO yang sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk daripada protein) selain dari untuk tenaga berterusan.
2) Baik utk kulit bayi
3) Protein membantu membekalkan asid amino yg bertindak membentuk otot & organ bayi.
4) Keperluan protein yg cukup ketika hamil bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu.
5) Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi pertumbuhan fetus




Energizing Soy Protien


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda pada harga istimewa
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Assalammualaikum .

Hari  ni saya nak kongsikan tentang penyakit Gout yang sering menyerang bahagian sendi seperti kaki dan lutut.

Apakah penyakit Gout? 

     Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.

Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-

* Serangan akut (tiba-tiba).
* Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.

2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.

3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

Makanan yang patut di elakkan ialah:-

* Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
* Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
* Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
* Daging merah.
* Cendawan.
* Yis (roti putih, roti manis).





Cadangan Supplemen untuk Gout

1.Alfalfa
2.Omegaguard
3.Advanced Joint Tablet
4. Osteomatrix
5. Energizing Soy Protien.


♥ Untuk mendapatkan Produk Shaklee anda
Hubungi Pn. Ani
019-6154956
Pm/live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
Saya percaya ramai yang telah dengar tentang kehebatan Vivix, Tonik Shaklee yang tinggi dengan kandungan polyphenols yang sangat kaya dengan khasiat untuk kesihatan.

Tahukah anda apakah khasiat yang anda perolehi?

Apabila anda mengambil polyphenols secara tetap, anda menjadi lebih sihat dalam beberapa cara. Kesannya tidak datang serta merta, tetapi lama-kelamaan radikal bebas di dalam badan anda akan mula dihapuskan dan anda akan mula berasa lebih kukuh dan sihat. Anda juga boleh melihat peningkatan dalam tenaga anda.

Tetapi manfaat yang paling penting yang terdapat di dalam makanan yang tinggi polyphenols termasuk:

Anti-Radang: Kebanyakan polifenol mempunyai ciri-ciri anti-radang. Ini adalah berita baik untuk sesiapa yang mengalami artritis atau mana-mana keadaan lain di mana keradangan adalah masalah.

Kesihatan Jantung: Pengambilan jenis makanan yang boleh mempunyai manfaat yang besar ke atas sistem kardiovaskular, dan benar-benar boleh membantu untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mencegah Kanser: Banyak kajian telah menunjukkan bahawa polifenol mengandungi sifat-sifat anti-tumor dan anti-karsinogen. Ini adalah berita baik untuk sesiapa sahaja yang mungkin genetik terdedah kepada kanser.

Mencegah Penyakit Jantung: Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa polifenol yang terdapat dalam wain merah boleh membantu untuk memastikan penyakit jantung terkawal.

Anti-Penuaan: Ramai pakar percaya bahawa polyphenols, di makan ataupun disapu ke waja, boleh mengurangkan kesan-kesan penuaan.

Hubungi PN. Ani untuk Vivix anda.
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Tahukah anda yang kalsium tidak boleh di hasil secara semulajadi di dalam badan kita. Jadi sangat menjadi kewajipan kita untuk ambil susu or suplement utk kuatkan tulang dan gigi kerana terutamanya ibu yang menyusukan bayi dan ibu hamil kerana jika keperluan kalsium yang dibekalkan kepada anak yang disusukan dan bayi yang dikandung tidak mencukupi, kalsium akan diambil daripada tubuh badan ibu.


Sumber kalsium tubuh kita boleh di perolehi melalui 2 cara

1. Daripada makanan yang kita makan
2. Dari dalam tubuh kita sendiri apabila bekalan kalsium tidak mencukupi

Ramai yg pandang remeh tentang kekurangan kalsium daripada pengambilan makanan harian, akibatnya badan akan mengambil kalsium yg disimpan di tulang dan gigi utk kegunaan badan.

Jadi tidak hairan jika ramai ibu- ibu yg menyusukan anak mereka mengadu yang mereka mengalami kerosakkan gigi, rasa sakit pinggang, sakit sendi, lenguh-lenguh. Jika anda mengalami simptom-simptom ini berhati-hatilah kerana anda mungkin sedang menggunakan kalsium simpanan hari tua anda.

Menurut artikel yang ditulis oleh Harvard Health Publication

Nota 1: "Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium".Ini kerana

==> Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
==> Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
==> Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
==> Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
==> Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

Nota 2:"Jangan lupa, lengkapilah calcium supplement anda dengan vit D. Ini kerana
==> Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
==> Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

Nota 3:"Carilah supplemen Kalsium dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi."

Osteomatrix merupakan sumber kalsium yang mengandungi magnesium, vitamin D dan dihasilkan daripada calsium citrate yang memenuhi ciri-ciri supplemen kalsium yan baik. Ambillah 4 biji sebelum tidur untuk merasakan perubahan yang ketara apabila anda bangun tidur. Anda pasti rasa lebih cergas, sihat dan bertenaga dan bersedia untuk menjalani aktiviti harian anda!

Hubungi saya untuk mendapatkan Osteomatrix Anda

Pn. Ani
019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com
www.facebook.com/messages/Redcomel