Dr. Linus Pauling, seorang penerima hadiah nobel, mengatakan bahawa Vitamin C merupakan penyembuh kepada selsema dan batuk. Vitamin C juga merupakan antioksidan yang larut air. Vitamin C tidak boleh di hasilkan oleh badan manusia dan harus di perolehi melalui makanan ataupun supplemen tambahan. Vitamin C adalah sangat penting untuk sistem imun manusia. Satu kajian University California mendapati mereka yang mengamalkan suplemen hidup lebih lama dan lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil supplemen Vitamin C.
FUNGSI-FUNGSI VITAMIN C
1. Membantu tumbesaran kanak – kanak.
2. Memelihara kesihatan kulit, gigi dan gusi.
3. Membantu penyerapan ferum.
4. Pembinaan tius perantaraan ( kolagen), pembentukan hemoglobin dan endapan ferum dalam
hati.
5. Menguatkan dinding saluran darah.
6. Menguatkan sistem pertahanan tubuh dan mempercepatkan pemulihan luka serta serangan penyakit.
7. Antioksidan yang sangat baik untuk sistem imun dan mencegah penyakit kronik.
KESAN KEKURANGAN VITAMIN C
1. Penyakit skurvi.
2. Kulit kering, kasar, gigi longgar dan gusi berdarah.
3. Kapilari darah di bawah kulit pecah.
4. Luka, lebam dan penyakit kulit lambat sembuh.
5. Kurang daya tahan.
6. Wajah nampak lebih tua berbanding usia
7. Mudah tertekan
8.Mudah mendapat demam dan selsema
Mengapakah Pesakit Kencing Manis Perlukan Lebih Vitamin C?
Ini kerana glukos dan Vitamin C memasuki sel melalui saluran yang sama, ia memberikan implikasi yang besar pada pesakit kencing manis. Apabila kandungan glukos yang tinggi dalam darah, glukos dan vitamin terpaksa bersaing untuk memasuki sel dan glukos akan menang kerana kandungannya yang banyak dalam darah. Ini akan menjadikan sel kekurangan vitamin C dan apabila proses ini berulang dan berterusan, ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C muncul. Hati-hati, apabila luka tidak boleh sembuh ini menyebabkan bahagian itu terpaksa di potong.
Amputasi berlaku apabila luka yang dihidapi oleh pesakit kencing manis susah sembuh, ini mengakibatkan bahagian anggota badan itu terpaksa di potong. |
Info dalam artikel ni padat dan tepat berkenaan kencing manis. Thanks.
ReplyDeletetq Luke. :-)
ReplyDeletewow.. best info
ReplyDeletethanks for sharing. vitamin c amat bagus untuk kesihatan kita. lemon dan limau mengandungi banyak vitamin c. ia bagus untuk kulit kita. shaklee ada supplement vitamin c
ReplyDelete