Pantang Larang Untuk Ibu Selepas Bersalin.

Alhamdulillah. Ramai ibu-ibu yang memilih Set Berpantang Shaklee. Walaupun kita berpantang tanpa memakan jamu  ( kerana khuatir anak terkena jaundice) ibu- ibu masih perlu menjaga pergerakan, berurut, bertangas, memakai stokin , mandi herba demi memastikan badan benar- benar pulih ya.

       Saya ingin kongsikan rules of "pantang" yang boleh diikuti agar ibu sihat dan cergas selepas tempoh berpantang.

    Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (pantang dengan suami perlulah 100 hari). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi.

Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:

1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti anggur, aiskrim, air kelapa, teh dan lain-lain.

3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu.

4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.

5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.

6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

PANTANG LARANG LAIN

Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.

*Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.

*Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.

*Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan ibu.

1 comment:

  1. I all the time usеd to reаd post
    іn neωs papеrs but now as I am a uѕeг of
    internet so from nоw I am using net for ρosts, thanks to wеb.


    My page ... payday loans

    ReplyDelete