PETUA MENGHILANGKAN LENDIR PADA BAYI


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya. Blog yang yang menjadi wadah untuk saya kongsikan info-info kesihatan dan kecantikan, agar menjadikan kita masyarakat yang lebih cergas dan bijaksana.

Saya sentiasa berusaha untuk mengumpulkan info-info kesihatan agar dapat kita jadikan panduan bersama. Dan ketika melayari Facebook, saya baca satu artikel menarik daripada Dr. Zubaidi bagaimana caranya untuk menghilangkan lendir pada bayi.

Jadi saya repost semula di sini.



Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doctor?
Puan boleh melakukan perkara di bawah :  

• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.
• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula. 
• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.
• Jika anak puan mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.
• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.
• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.

credit 



Tips apabila anak selsema

Apa punca selesema?

Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. 

Lazimnya  selesema merebak apabila seseorang yang menghidapi selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Ia juga boleh disebarkan melalui kontak tangan, jadi elok jika anda sentiasa membasuh tangan anda selepas menghembus hidung anda. 

Kecenderungan bayi-bayi  dijangkiti selesema dengan kerap sebab mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. 

Bolehkah saya mencegah bayi saya dari selesema?

Menyusukan adaah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja dan bayi boleh sembuh dengan cepat kerana imuniti badannya yang kuat.

Anda juga boleh cuba melindungi bayi anda dengan menjauhkan dia dari mereka yang sakit dan dengan meminta semua ahli keluarga yang sakit untuk membasuh tangan mereka sebelum menyentuh bayi anda atau barang-barangnya. 

Jika anda atau suami anda merokok, berhentilah dan elakkan dari membawa bayi anda ke tempat-tempat merokok. Kanak-kanak yang tinggal bersama perokok akan menghidapi lebih banyak kali selesema dan ia berlarutan lebih lama berbanding bayi lain yang tidak terdedah kepada asap rokok. 

Salah satu cara meningkatkan imuniti adalah dengan meningkatkan nutrisi dalam diet ibu ( dengan mengambil supplemen Penyusuan Ibu) dan memastikan kekuatan imuniti ibu pada tahap optimum. Apabila ibu sihat, Insya Allah anak juga sihat. 


Selesema adalah sebahagian daripada kehidupan. Setelah anda berjaya mengharungi selesema bayi anda buat kali pertama, anda akan tahu apa yang perlu dilakukan jika ia dijangkiti lagi. 



1 comment: