Susu Ibu Jadikan Anak lebih Bijak

Assalammualaikum

Pagi tadi sahabat saya Emalin Mohamad berkongsi satu artikel. Artikel tersebut bertajuk "Susu ibu menjadikan anak lebih bijak.

Saya kongsikan artikel tersebut di sini.

Susu ibu

Tahniah buat ibu-ibu yang cekal menyusukan bayi mereka.

 Tentu ibu-ibu tahu bahawa susu ibu merupakan yang terbaik untuk bayi  sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik sahaja selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan akan keluar. Ia dikenali sebagai kolostrum yang mempunyai khasiat amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Susu ibu juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Tentu ibu-ibu perasan anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya jarang terkena jangkitan penyakit kerana imunitinya mereka kuat.

   Susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang menyusu susu badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu.
   Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.Jadi susukan anak kita sehingga mereka berumur2 tahun kerana susu ibu adalah hak anak kita.





0 comments:

Post a Comment