Tips Mengatasi Keletihan dan Kelesuan.


     Terima kasih kerana menyokong blog ini dan saya banyak menerima email dan pm di Facebook bertanyakan supplemen yang sesuai untuk kehidupan di era millenium yang serba pantas dan mencabar ini. Saya ingin kongsikan satu isu kesihatan yang paling biasa tapi tak boleh di ambil remeh.

Email yang saya terima berbunyi begini:

Soalan:  Saya seorang lelaki yang berusia lewat 30-an. Saya ingin bertanya  mengapa saya selalu berasa letih dan lesu, sering merasa keletihan melampau dan tak bermaya.Apakah puncanya sedangkan saya makan  seperti biasa dan aktiviti yang saya lalui adalah rutin sehari-hari. Boleh saya tahu supplemen Shaklee yang mana  boleh saya ambil supaya saya dapat perbaiki keadaan ini.
Ini adalah gambar hiasan, bukan gambar pengirim email. 

Jawapan: 

       Encik yang di hormati, " Fatigue" atau rasa penat yang selalu di alami oleh sebahagian daripada kita telah di anggap sebagai salah satu fenomena yang biasa. Keadaan letih lesu yang sudah mencapai tahap kronik selalunya diikuti dengan sakit kepala,sakit tulang belakang,makanan yang kurang hadam,dan selsema. Ia juga faktor penyebab yang membuat kita cepat marah dan sensitif.

Penyebab badan lemah dan lesu:

  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Anemia atau kekurangan sel darah merah dalam darah merupakan satu sebab kenapa kita cepat letih. Anemia berpunca daripada keadaan di mana darah kekurangan  sel darah merah yang sihat yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.Setiap kelompok usia memiliki nilai normal hemoglobin dalam tubuh. Menurut WHO, anak usia kurang dari enam tahun lelaki 13g/dL.


Punca Anemia
1. Kekurangan Zat Besi
2. Kekurangan Vitamin B12
3. Kekurangan Zat Mineral yang lain seperti asid folik,Vitamin B6 dan lain-lain
4. Ketidakseimbangan Hormon
5  Sakit Kronik
6. Kehilangan darah

      No 1 hingga 3 merupakan punca yang paling lazim dan sebab paling UTAMA yang menjadi penyumbang pada keadaan letih lesu ini.


Adakah Vitamin Shaklee dapat memperbaiki keadaan keletihan  ini?

Jika mengalami masalah ini, saya mencadangkan supplemen Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP .

Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. 
Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

Vita-C 500mg Sustained Released

Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. 
Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren

B Complex

Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. 
Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. 
Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.


ESP


  • ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.

  • APA yg BEST tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

  • Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

  • Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .Senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)



  • 2 comments:

    1. Great info. Syabas!

      ReplyDelete

    2. Artikel yang menarik. Selain itu, badan juga boleh berasa lesu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal. Tubuh berasa lesu yang disebabkan oleh faktor ini jarang kita dengari namun ia merupakan antara faktor utama kepada gejala keletihan badan. Untuk menghidarinya, pengambilan vitamin seperti CoQ10 , Vitamin C dan B Complex sangat digalakkan. 

      ReplyDelete