Ketahui Signal Apabila Si Manja Lapar.

Assalammualaikum dan hai.. ^_^

      Pastinya kehadiran cahayamata amat bermakna buat pasangan suami isteri terutamanya buat Si Ibu.Tahniah pada ibu yang baru melahirkan. Kalau saya yang dah beranak 4 ni, setiap kali selepas melahirkan, mesti pada malamnya saya tak tidur kerana membelek baby saya. :-) 

      Buat ibu yang dah ada pengalaman, maksud saya yang dah mempunyai ramai anak, mesti tahu bila mana anak itu berasa lapar. Namun mungkin perkara ini tak semudah buat ibu yang melahirkan anak sulung, mesti keliru jika anak tiba-tiba menangis dan terus menerus menangis. Jadi mungkin saya boleh kongsikan serba sedikit tanda-tanda bayi sudah lapar.

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat kita perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika kita tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda awal si manja lapar
Tanda akhir bayi
mahu menyusu

    Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

    Susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet dan merajuk. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi. 

   Semoga ibu-ibu mendapat manfaat daripada entry ini. Selamat datang ke Dunia Keibuan. 

0 comments:

Post a Comment