Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts



        Jika ibu berasa stress dan keletihan melampau,  pada masa yang sama menyusukan baby tersayang dan bertungkus lumus menyiapkan urusan kerja dan rumah tangga, ibu harus menimbangkan pengambilan supplemen supaya dapat membantu memenuhi lohong-lohong zat dan mengurangkan keletihan melampau. Vitamin yang di cadangkan untuk menyusu ini bukan semata-mata bertujuan untuk menambah stok susu ibu, malahan ianya bertindak seperti serampang 2 mata, menyihatkan tubuh badan ibu agar ibu dapat mengekalkan stamina untuk menjalani aktiviti harian, apabila ibu sihat dan cergas, masalah stress akan berkurang, dan Insya Allah, ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyimpan stok EBM untuk si manja tersayang. Bukan setakat 1-2 botol, malah sehingga penuh freezer  ibu dengan stok EBM!


Berikut adalah vitamin untuk ibu menyusu yang di syorkan serta kepentingan setiap vitamin tersebut.

♥ Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi :

Multivitamin ini sangat diperlukan untuk memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting.

♥ B complex :

B Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

♥ Vitamin C :

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh yang rosak akibat radikal bebas. Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

♥ Alfalfa :
Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.

** Untuk hasil lebih optimum, anda boleh memilih untuk menambah Ostematrix dan/atau ESP (Energizing Soy Protein)

♥ OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag):

Dalam susuibu, antara kompisisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk penghasilan darah, tulang,dan gigi dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium sangat penting kerana kita kehilangan kalsium setiap hari dan pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan. Ada segelitir ibu yang apabila datang haid susunya akan merundum disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah.

Berikut adalah kelebihan Kalsium Shaklee :

- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
- Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah keradang dan kemurungan.

♥ Energizing Soy Protein (ESP):
Kompisisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protien. Protien adalah makanan sel.Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu.Ia juga mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien.

Protien sangat sensitif dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Jadi apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. Pengambilan ESP adalah alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan protien dalam badan.BONUS! Kulit cantik, parut-parut hilang, kulit cerah berseri, :-)

Full Set Penyusuan Shaklee
Set Pentusuan Budget Shaklee juaga availabale


Ibu ini mengambil Set Penyusuan Untuk Bayi beliau yang pramatang. Ternyata, beliau sangat berpuas hati dengan Set Penyusuan Shaklee. Jemput tonton video ini hingga habis ya.



Saya kongsikan di sini TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE





BELI SET VITAMIN PENYUSUAN IBU
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b05d4080611fca7960d66263f2b29fa5
Salam sayang;

Khairani Bahaudin
Shaklee Id 866293
019-6154956

Assalammualaikum

Pagi tadi sahabat saya Emalin Mohamad berkongsi satu artikel. Artikel tersebut bertajuk "Susu ibu menjadikan anak lebih bijak.

Saya kongsikan artikel tersebut di sini.

Susu ibu

Tahniah buat ibu-ibu yang cekal menyusukan bayi mereka.

 Tentu ibu-ibu tahu bahawa susu ibu merupakan yang terbaik untuk bayi  sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik sahaja selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan akan keluar. Ia dikenali sebagai kolostrum yang mempunyai khasiat amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Susu ibu juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Tentu ibu-ibu perasan anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya jarang terkena jangkitan penyakit kerana imunitinya mereka kuat.

   Susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang menyusu susu badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu.
   Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.Jadi susukan anak kita sehingga mereka berumur2 tahun kerana susu ibu adalah hak anak kita.





Faedah Menyusukan Anak dengan Susu Ibu


Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.

Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu.

Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi.

Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi.

Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu).

Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.

4.Mencegah dari penyakit rabun malam.

5.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

6.Menggelakkan penyakit taun.

7.Menggelakkan jangkitan telinga.

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan atau susu formula.



Set Penyusuan Tripple M yang menjadi pilihan ibu-ibu

   Set Vitamin Penyusuan Shaklee. Soalan yang kerap diterima "Comfirm ke Set Penyusuan ni boleh banyakkan susu?"

    Jawapannya, ya jika ibu menyusukan bayi atau pam setiap 2-3 jam sekali. Namun, jika ibu  tidak pam dan tidak pula menyusukan bayi kerana bekerja, susu tidak akan banyak dengan hanya mengambil suplement sahaja. Ianya akan menyihatkan tubuh badan ibu, namun jika ibu tidak disiplin mengepam 3-4 kali sehari, susu tidak akan masuk ke dalam botol dengan sendiri. 

   Jadi buat semua ibu menyusu yang mahu menyimpan stok banyak, terutamanya ibu bekerja.Tiada jalan singkat ya. Ibu mesti juga pam walau sesibuk mana ibu bekerja. Jika ambil suplement tapi tak pam,  mungkin tak dapat hasil seperti yang diharapkan.Kerana  Konsep "Demand and Supply" wajib di patuhi.

   Namun jika ibu  ambil suplement penyusuan, pam dengan kerap dan konsisten, serta mengambil air kosong 3-4L sehari, insyaAllah, stok susu yang banyak akan dapat dikumpul demi anak tersayang.
Ia akan jadi banyak begini, Insya Allah.



Set 3M
         SET 3M merupakan set yang paling laris, teman baik ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ia memastikan tubuh badan ibu sihat dan cergas di samping itu susu untuk simanja juga meriah. 

Set 3M ni, ia sebenarnya terdiri daripada:

Vitalea (Multivitamin)
Vit C
B complex
Alfalfa
Ostematrix
ESP


Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.


Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.


Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum, ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.


Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.


Untuk Tempahan Vitamin Anda:
Khairani Bahaudin 866293
www.redcomelmall.blogspot.com
PM: www.facebook.com/messages/Redcomel
Pn. Ani 019-6154956
Tahukah Ibu- ibu yang penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari?
Ya, benar. Berita yang mengembirakan kan? ^_^

Ibu-ibu yang baru melahirkan bayi pasti mahu menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan. Ada ibu yang risau kala- kalau tak dapat mengurangkan berat badan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu berlangsung. Alasannya, mereka mahu terus menyusukan bayi namun tidak mahu sebarang masalah timbul akibat terlalu obses dengan keinginan mengecilkan pertambahan saiz pada bahagian-bahagian tubuh tertentu, takut jika mengambil produk diet sembarangan yang boleh memudaratkan bayi.

Jangan khuatir lagi ibu! Dengan pembakaran lebih daripada 600 kalori sewaktu menyusukan bayi, anda seolah-olah melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Pakar Pemakanan Amerika mendedahkan penyusuan susu ibu berupaya membakar lemak di sekitar pinggul dan punggung dengan berkesan. Apatah lagi kalau di tambah dengan pengambilan Lecithin yang mengemulsikan lemak dan Omega3 yang berfungsi membakar lemak perut anda. Bonus, Omega3 turut membantu perkembangan otak bayi yang disusukan.

Kini ibu tidak perlu khuatir lagi. Matlamat ibu dapat dipenuhi dengan menyusukan bayi secara eksklusif dan dengan mengambil produk melangsingkan badan Shaklee yang ternyata selamat untuk baby dan ibu.Sewaktu hamil dahulu, ibu menambah berat untuk menyimpan tenaga bagi menghasilkan susu ibu. Kini, sudah tiba masanya untukmenggunakan simpanan lemak itu dengan menyusukan bayi tersayang.

Jika ibu mencari supplemen yang boleh menyihatkan badan, mengurangkan stress dan memperkayakan nutrisi susu ibu untuk si manja anda di samping menjadikan cepat langsing dan menawan, hubungi saya untuk konsultasi. :-)

Assalammualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan satu artikel mengenai kebaikan penyusuan ibu yang meningkatkan IQ Si Manja anda. :-)




SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.

Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.
"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya

sumber

Begitu banyak kebaikan susu ibu. Jika ibu ingin mencari Vitamin Ibu menyusu, boleh menghubungi saya dan saya akan memberikan konsultasi dan cara-cara makan vitamin ibu ya..Jika Ibu mempunyai kekangan kewangan, kami mempunyai set low budget yang pasti mampu di milik oleh semua orang.

Cadangan Vitamin Ibu Menyusu. ^_^



JEMPUT KE REDCOMELMALL

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, ternyata Shaklee menjadi pilihan utama apabila ibu-ibu mencari Vitamin Ibu Menyusu. Ini kerana vitamin- vitamin ini tak sama seperti milkbooster lain yang ada di pasaran, yang semata- mata membanyakkan susu ibu. Vitamin Ibu menyusu Shaklee melengkapkan nutrisi dalam badan ibu, menjadikan ibu cergas, mood ceria dan cantik berseri.

Jika ibu- ibu tidak tahu set vitamin yang mana yang sesuai, bolehlah ibu- ibu membaca penerangan di bawah ya! ^_^

1.[ Vitamin Ibu Menyusu Set B]


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplemen ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


2.[Vitamin Ibu Menyusu Eu-Four Pack]

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


3.[Vitamin Ibu Menyusu Set E]

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster


4.[Vitamin Ibu Menyusu Set 3M]
Mengandungi Set B, kalsium dan ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set ini set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusukan anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap dan stimulasi yang berterusan untuk menggalakkan pengeluaran susu. InsyaAllah, pasti tidak menghampakan.
Ini merupakan testimoni seorang ibu yang gembira setelah berjaya mengumpul stok yang banyak.  Contoh set yang beliau ambil. ^_^ FANTASTIC MOMMY!


Assalammualaikum dan Salam sejahtera. 



   Mendapat cahaya mata merupakan satu anugerah yang paling bernilai. Dan ramai ibu-ibu yang menyedari faedah menyusukan bayi kerana tahu khasiat susu ibu yang banyak. Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

      Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif.  Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.

ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.

iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.

iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.

v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

          Susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optimum khasiat susu ibu sangat banyak. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Khasiat susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

        Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.   Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga untuk menjimatkan wang.





Salam. 
Tiada apa yang boleh menandingi susu ibu. Ianya kaya khasiat, penuh dengan kasih sayang dari ibu untuk anak.

Dalam Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.
Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.
Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.
Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.
Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.
Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘
‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics selama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.
Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu.  Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.

Salam...
Ramai kawan-kawan saya baru melahirkan  cahaya mata. Happy for you. ^_^ Bak kata kawan saya, it's the beginning of your sleepless nights. Ya, memang betul. Jadi ibu-ibu jangan lupa pakai cream mata ( eye treatment cream) supaya keesokkan paginya puan-puan tidak bermata panda ke ofis. ^_~
Bila baby kita baru lahir, segalanya berubah, Semuanya on demand. kena check lampin selalu, tengok dia selesa atau tak.. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.
Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui
Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Kita mungkin berasa tertekan sekiranya bayi  menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, seharusnya mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius pada otak. 
Semoga dengan kelahiran bayi tersayang menjadikan kita insan yang lebih baik, penyayang dan bertanggungjawab. Enjoy and cherished the moment. Love, Redcomel.

      Tahniah mama kerana memilih untuk meyusukan bayi. Saya sendiri mempunyai 4 orang anak lelaki yang semuanya breastfeeding sehingga usia mereka 2 tahun. Namun saya pasti, buat ibu-ibu muda yang baru melangkah ke alam penyusuan ibu pasti ada banyak soal jawab yang bermain di fikiran. :-) Tak apa, percayalah, perjalanan menjadi ibu yang menyusukan anak memang indah, pasti ibu-ibu akan merinduinya tatkala anak-anak sudah membesar nanti.

Hari ini saya kongsikan teknik penyusuan ibu yang betul, semoga ia banyak membawa manfaat pada ibu-ibu
[source]
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.



Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.

  •        Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi



Ramai ibu yang mencari petua bagaimana nak banyakkan production susukan? Ibu- ibu bolehla ikuti cara yang Red kongsikan ini agar production susu meriah dan Si Manja happy ^_^

Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, bolehlah mencuba mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Cara yang jarang di cuba tapi hasilnya cukup bagus!

Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Longan kering ini mudah didapati di pasaraya ataupun di kedai sensei Cina.

Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

Susu
Ibu-ibu digalakkan untuk banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.

Ini adalah tips pemakanan yang di sarankan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi. Semoga ibu- ibu terutama sekali ibu- ibu muda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Love, Red.

If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam. Ekceli saya buat poster ni utk FB pages saya REDCOMELMALL.COM tentang set 3M. Jadi saya nak Compilekan di sini poster-poster yang saya buat, memudahkan kawan-kawan tengok apa yang ada dalam Set 3M nie. memang banyak juga vitamin yang ada set 3M ni, begitu juga faedah serta kebaikannya.

Vitamin C – Berupaya meningkatkan sistem imun ibu dan baby, di mana badan ibu dan baby lebih kuat dan sukar dijangkiti penyakit. Jika demam sekalipun, akan cepat sembuh. Sangat penting untuk membentuk kolagen, menganjalkan kulit.

Vitamin B – “B for Beauty”. Vitamin ini menjadikan kulit anda berseri dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelega stress dan menstabilkan emosi pemakannya.Ianya mengandungi Biotin, yang membezakan B complex Shaklee dengan jenama lain.

Vitalea dengan Iron – Multivitamin terbaik yang mampu memberi tenaga kepada ibu, mengurangkan masalah cepat letih dan lesu, dan menjadikan ibu segar bertenaga sepanjang hari. Serta memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

Alfalfa – adalah galactagogue yg turut membantu menggalakkan penghasilan susu ibu secara natural dan alfalfa juga berfungsi utk keintiman wanita.Ianya sangat bagus dalam menyelesaikan banyak masalah wanita termasuk keputihan,”kering” ketika bersama, mampu melawaskan dan juga membuang toksin dalam tubuh, serta membantu mengurangkan eczema

Kalsium – Juga bertindak sebagai milk booster, dimana ia baik untuk tulang dan gigi ibu dan bayi, serta mampu mengurangkan sakit belakang dan lenguh-lenguh sendi yang dialami oleh ibu.

Energizing Soy Protein (ESP) – Merupakan protein soya yang sangat penting untuk setiap sel badan, bertindak sebagai milk-booster terbaik, mampu mencantikkan kulit, megatasi eczema, menganjalkan payudara yang kendur serta meningkatkan sistem pertahanan badan ibu dan bayi itu sendiri. Ianya juga melangsingkan tubuh ibu dengan cepat dengan diet yang betul.

Pesanan dan pertanyaan tentang set penyusuan yang sesuai, sila hubungi saya :-)

I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Ingin saya kongsikan kebaikan susu ibu dan manfaat yang dapat diberikan buat bayi kita.
Semoga di bulan yang baik ini ibu-ibu akan terus bersemangat dan untuk menyusukan Si Manja. Chaiyo!^_^

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang di bulan Ramadan ini. Berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk si Manja; susu ibu. Saya ingin kongsikan doa yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu supaya susu badan sentiasa ada untuk di berikan pada anak tersayang.




Minggu lepas amat mengembirakan buat saya apabila seorang teman saya, Dina, ( Nama sebenar ibu comel cantik ini adalah Hanida Ismail) ^_^ Beliau memberikan feedback yang sangat mengembirakan saya setelah beliau  mengambil set supplemen SET TOTAL WELLNESS, Osteomatrix, Alfalfa dan add on Vit E.


Jom kita tengok apa yang ada dalam Set2 ni ya?


  • Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

  • B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

  • Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

  • ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



 
 
  • Vitamin E: Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari




  • Kalsium@ Ostematrix : Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.
  • Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.


Dina juga beritahu saya yang beliau lebih bertenaga dan cergas setelah mengambil supplemen Shaklee. Ya, I feel the same also, sebab berpuasa sambil menyusukan anak or mengepam susu memang mencabar tubuh badan ibu kerana jika water intake yang cukup ataupun tidak cukup sihat, ibu boleh mengalami dehidrasi dan susu juga boleh berkurang . Ianya cukup jelas sehingga ada hadis menyatakan  ibu yang menyusukan anak di bolehkan berbuka puasa jika tidak mampu untuk berpuasa

Jadi buat ibu-ibu, pastikan water intake cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter, waktu berpuasa cuba cukupkan pengambilan air antara waktu berbuka dan bersahur, sentiasa disiplin dengan jadual makan supplemen. Insya Allah. Selamat berjuang!