Gastrik merupakan masalah yang sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

   Lazimnya  apabila orang mengatakan merek ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencernakan makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

    Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

TANDA-TANDA GASTRIK


Description: GASTRIK

Tanda-tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tanda-tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

SIAPA YANG BERISIKO MENGIDAP GASTRIK?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

1-Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

2-Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)

3-Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
4-Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

 5 -Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

BAGAIMANAKAH UNTUK MENGELAKKAN GASTRIK?

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing


ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK GASTRIK?

Berikut merupakan vitamin-vitamin yang boleh diambil untuk mengatasi masalah Gastrik tanpa ubat-ubatan, 

Ostematrix
  • vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
  • kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
B Complex
  • bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. 
  • melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
  • berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.
Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. 
  • nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan 
Untuk membuat tempahan/menjadi ahli Shaklee (RM65 shj) dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :
KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

Assalamualaikum...
Saya terjumpa satu artikel ini di sebuah blog yang mempromosikan kesihatan.
Sangat menarik artikel ni sebab kita boleh kaitkan sistem badan kita dengan bandar.

Struktur Badan Manusia Seumpama Sebuah Bandar 

Tubuh Manusia

 

  1. Sel - Badan kita terbentuk daripada beratus-ratus juta sel yang mempunyai fungsi masing-masing. Peranannya sama seperti penduduk yang tolong-menolong di antara satu sama lain.
  2. Sistem Pernafasan - Seperti kemudahan peralihan udara dalam bandar.
  3. Buah Pinggang, Hati, Sistem Perkumuhan - Seperti sistem kumbahan.
  4. Saluran Saraf - Berfungsi sebagai sistem telekomunikasi.
  5. Saluran Darah dan Saluran Limpa - Seperti lebuhraya sejauh beratus-ratus juta kilometer.
  6. Organ Dalaman dan Nodus Limpa - Seperti pasaraya dan kilang-kilang.
  7. Usus, Perut dan Limpa - Seperti tempat pengurusan sampah dan unit bekalan tenaga.
Jadi apabila  sistem badan kita bermasalah, kesihatan kita juga akan terganggu.
  1. Sakit Jantung, Masalah Salur Darah - Kesesakan lalu lintas, berlaku blockage.
  2. Uraemia - Saluran air bawah tanah tersumbat.
  3. Pendarahan - Perpecahan saluran.
  4. Penyakit Saraf - Sistem telekomunikasi terganggu.
  5. Penyakit Paru-paru, Asma, Resdung - Sistem pengudaraan terganggu.
  6. Kanser - Penduduk melakukan jenayah. 
Benarkah? Saya kira menjadi tanggungjawab kita memastikan kesihatan jasad tubuh yang di pinjamkan ini. Seumpama menjaga keharmonian sebuah bandar, :-)
     Huh, terlampau sungguh tajuk ini. Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Allah. Tapi kita kenalah jaga jasad yang di pinjamkan kepada  kita supaya sihat, kan?

      Semasa "browsing" di internet saya jumpa satu fakta ni. Benarkah Vitamin C Shaklee memanjang umur. Betul ke? Pandai aje Redcomel ni kata makan vitamin C ni panjangkan umur. Hihi. Bukan saya yang katala. Pada tahun 1992 satu  kajian telah dijalankan  oleh University of California Los Angeles, dan mereka  mendapati bahawa 800 mg vitamin C tambahan setiap hari meningkatkan  jangka hayat manusia purata selama enam tahun.( Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg vitamin C dan sebiji vitamin sama khasiatnya dengan 7 biji buah oren.)   Kiwi dan strawberi mengandungi hampir dua kali lebih banyak vitamin C seperti buah oren. Vitamin C tidak boleh dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh manusia, walaupun ia adalah pada haiwan lain seperti kucing dan anjing. Macam manusia,tikus guinea tidak menghasilkan vitamin C semula jadi, itulah sebabnya mereka telah digunakan untuk mengkaji kesan vitamin C pada manusia. Vitamin C juga dikenali dengan nama asid askorbik, yang diterjemahkan kepada "tiada skurvi." Kegunaan yang asal Vitamin C  adalah untuk merawat dan mencegah skurvi, penyakit yang menyebabkan pendarahan gusi, sakit sendi, gigi longgar, mereput daging dan bintik-bintik merah pada kulit.



 Vitamin C Shaklee, siapa yang tak tahu khasiatnya? Ianya membantu:

1. Menyokong Sistem Imun yang kuat untuk tubuh badan kita

2. Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C Shaklee setiap hari mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

3. Vitamin C Shaklee melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4. Vitamin C  Shaklee melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari. Bagus untuk perokok juga Vitamin C chewable ini, setiap kunyahan boleh menggantikan 100mg Vitamin C yang hilang.

5. Vitamin C Shaklee berperanan besar dalam penghasilan kolagen. Mahu kulit cantik dan sihat? Vitamin C yang perlu anda ambil. ^_^

6. Vitamin C
Shaklee   adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat.

7.Tahukah anda racun labah- labah hitam yang berbisa dapat di tawarkan dengan dos vitamin C yang sangat tinggi? ^_^

8. Vitamin C
Shaklee melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

9. Di Perancis, Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids digunakan secara meluas untuk merawat Sakit Puan. Kandungan Flavone mampu menggantikan hormon yang dapat memulihkan masalah period tidak teratur. Ia juga di katakan dapat mencegah keguguran di kalangan ibu mengandung.(*sumber Nutrion Almanac)


Khasiat Vitamin C Shaklee
VITAMIN C SHAKLEE

 
 KLIK SINI UNTUK ORDER VITAMIN C ANDA
Assalammualaikum dearest all.

     Ramai yang ambil mudah tentang pengambilan kalsium. Ramai yang tak sedar betapa pentingnya kalsium dalam kehidupan kita. Jadi hari ni kita kupas tentang kalsium ok?

    Kalsium adalah mineral yang terdapat dalam kebanyakan makanan kita . Badan kita memerlukan kalsium untuk mengekalkan tulang yang kuat dan juga untuk menjalankan banyak fungsi-fungsi lain di dalam tubuh manusia.  Hampir semua kalsium disimpan dalam tulang dan gigi, dimana struktur tubuh badan kita disokong.


    Tubuh memerlukan kalsium untuk otot untuk bergerak dan untuk saraf untuk menjalankan mesej di antara otak dan setiap bahagian badan. Di samping itu, kalsium digunakan untuk membantu saluran darah bergerak darah di seluruh badan dan untuk membantu melepaskan hormon dan enzim yang memberi kesan kepada hampir setiap fungsi dalam tubuh manusia.


Kalsium penting untuk 

1.Menstabilkan degupan jantung kita, 
2.Mengelakkan penggumpalan darah dalam badan, 
3.Mengurangkan kepekatan asid fosfat untuk pengidap penyakit ginjal yang kronik.
4.Mmencegah osteoperosis
5. Sebagai antidote keracunan magnesium''
6. Mencegah kekejangan kaki dan otot
7. Mengurang darah tinggi
8. Mencegah kanser kolon
9. Mengurangkan asid perut dan bertindak sebagai antacid
10. Tumbesaran yang sihat ( untuk anak-anak)
11. Membina tulang dan gigi yang sihat
12. Membantu mengurangkan Toxemia dikalangan ibu mengandung
13. Membantu mengurangkan berat badan



Cuba perhatikan, ada tak tanda-tanda kekurangan kalsium pada tubuh kita?
  1. Sengal pada punggung atau pinggang
  2. Tulang  mengalami keretakan
  3. Kuku rapuh
  4. Sering sakit gigi atau gigi berlubang
  5. Sering kejang di bahagian kaki
  6. Sakit kepala
  7. Degup jantung menjadi lebih cepat
  8. Tekanan darah tinggi
  9. Insomnia
  10. Sengal pada sendi
  11. Gugup, cemas, mudah marah
  12. Sementara khusus wanita, tempoh menstruasinya lebih lama
SIAPA YANG PERLUKAN KALSIUM?

1. Mereka yang tidak suka minum susu
2. Mereka yang allergik terhadap semua produk tenusu
3.Mereka yang berumur 55 tahun ke atas
4. Wanita dewasa, terutamanya yang mengandung dan juga ibu menyusu.
5. Mereka yang pernah terlibat dengan "dadah" ataupun " alkohol"
6. Mereka yang berkerja dalam suasana stress 
7. Mereka yang patah tulang
8. Mereka yang mahu meredakan migrain, sakit belakang, period pain, kebas2/kekejangan
9. Mereka yang mengidap insomnia. Beri tidur yang lena, mengekalkan kecergasan tubuh bila
    bangun  pagi, mengurangkan kelesuan tubuh
10.Penting untuk ibu hamil, ibu menyusu, berpantang
11.Penting untuk orang tua, ahli-ahli sukan, wanita dan lelaki yang pentingkan kesihatan


Saya perkenalkan kalsium keluaran Shaklee, OSTEMATRIX.
Ianya Lebih daripada Sekadar Kalsium
 
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

OsteMatrix Membekalkan:

-1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
-400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
-400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
-Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.


Apa yang best sangat tentang ostematrix ni?
Khasiat Ostematrix
OSTEMATRIX YANG BEST


HATI-HATI! TAHUKAH ANDA
TERLEBIH KALSIUM, APA KESANNYA?



Kalsium berlebihan boleh memberi kesan kepada buah pinggang seperti terjadinya batu karang / batu dalam hempedu.

Ini terjadi apabila jurang nisbah kalsium-magnesium sangat besar dimana kekurangan magnesium akan menyebabkan kalsium tidak dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh, lalu buah pinggang menjadi toksik.

Sebab itu apabila membeli supplemen kalsium, anda wajib meneliti kandungan magnesium dan vitamin D ada bersama kerana kedua-dua perlu untuk membantu penyerapan maksimum kalsium. Ostematrix Shaklee lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Macam saya, dah tentulah pilihan saya Ostematrix Shaklee.

KHASIAT DAN KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Mengurangkan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.
 
KLIK SINI UNTUK ORDER OSTEMATRIX ANDA