Kesihatan anak merupakan perkara paling penting sepanjang tempoh tumbesaran anak. Saya ingin kongsikan tanda-tanda anak kita sihat dan cergas, agar kita boleh memantau progress perkembangan anak kita. 


Perkembangan anak sangat penting dalam tempoh pembesaran mereka dan zat yang cukup wajar di penuhi agar anak sihat, ceria dan jarang sakit sepanjang tempoh 1 hingga 6 tahun. 
Kanak-kanak sedang membesar memerlukan nutrien penting bagi membantu tumbesaran yang sihat dan cergas.  Jom kita pastikan nutrien berikut dapat kita penuhi dalam menu harian mereka agar anak kita tidak tergolong dalam kelompok kanak-kanak yang tidak sihat.

1. Kalsium
Dia perlukan kalsium kerana ia sangat penting untuk tumbesaran tulang dan giginya. Sumber kalsium boleh anda peroleh daripada produk tenusu, brokoli, kekacang dan jus oren segar.

2. Vitamin A
Vitamin ini diperlukan untuk kesihatan matanya. Ia membolehkan mata berfungsi dengan baik terutamanya apabila berubah daripada keadaan gelap – terang atau sebaliknya. Vitamin A juga berperanan membantu perkembangan sel dan tisu tubuhnya serta meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan jangkitan. Jadi beri anak anda makan telur, lobak merah dan keledek.

3. Zat besi
Anak anda perlukan zat besi untuk membantu darah mengangkut oksigen ke dalam sel tubuh dan pada masa yang sama memastikan sistem imunisasi berfungsi dengan baik, Kekurangan zat besi boleh mengakibatkannya kurang darah dan mudah letih. Ia boleh didapati daripada makanan seperti daging merah, ayam, ikan dan kekacang.

4. Serat
Serat sangat penting dalam membantu usus si kecil berfungsi dengan sempurna selain daripada mengelakkannya daripada menghidap diabetes. Sumber makanan yang mengandungi serat adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan oat.

5. Vitamin C
Vitamin C diperlukan kerana ia bahan antioksidan yang dapat meningkatkan keupayaan salur darah, menyembuhkan luka dan melawan jangkitan. Ia turut membantu memendekkan jangka masa serengan selesema. Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan sitrus dan strawberi.

Jika ibu masih mencari pemakanan tambahan untuk anak, boleh cuba set vitamin untuk anak cergas dan pintar ini. 


Mari kita lihat testimoni seorang ibu yang memberikan Mealshakes dan Omegaguard pada anaknya

"Zura, anak i sejak amik OMEGA n MEALSHAKE best laa tgok perkembangan dia.. yang abang kat sekolah pun cikgu kata makin beri tumpuan.. xde dah dok lari2 dalam kelas.. Selera makan pun makin ok. I yang pening nak masak apa.. hahahaha.. adik pun dah jarang demam selsema.. lelah dia pun dah makin ok.. thanks tau. nanti sebelum promo habis i nak amik lagi satu set.. tp tunggu gaji ok.. "


Apabila tubuh badan sihat, mudah anak-anak mengikuti pembelajaran di taska dan sekolah. Kita juga dapat melaksanakan aktiviti harian tanpa kerisauan dan tenang kerana anak sihat dan cergas!