CARA NAK KURUSKAN BADAN II : DIET APPLE HIJAU

Hi :D Saya tak tahula samaada saya ni orang yang bertauliah nak bercerita pasal diet ni; sebab saya bukan medical doctor ataupun ahli terapi pelangsingan badan. Tapi kalau cakap pasal diet yo yo ohohoho... saya la orang yang selalu mengalaminya.Jom main teka teki, Kejap flat kejap buncit, tahukah anda apakah dia? Perut.Especially utk mereka yang dah menjadi ibu seperti saya, kembung perut selepas makan adalah perkara biasa, ha.. bukan baby aje yang boleh kembung perut.

Mungkin ini perkara biasa dialami oleh semua orang. Dan ada macam-macam diet ada di pasaran. Yang paling biasa dengar, Diet detox. Yang paling jarang dengar Diet Sonoma. Diet Protien pun ada. Diet orang Jepun? Emm.. pernah terbaca tentang itu juga.

Diet Detox: Saya paling tak
boleh pergi dengan diet ini. Saya tak tahu lah orang lain, tapi ikut pengalaman saya, setelah mengeksperimenkan diet ini, saya akan end up lesu dan marah-marah sebab asyik kena pegi toilet buang air. Dan laparnya Tuhan je yang tahu. Saya akan end up makan lebih banyak dan end up jadi lebih chubby. Dan hubby saya akan mula panggil saya dengan nama manja, " Buncitku sayang." Tension tak? Secara saintifiknya diet detox akan buat hati dan ginjal bekerja 2 kali ganda sebab nak stabilizekan glucose dalam darah. Sebab teh atau jus yang kita minum very high in toxin dan otak akan signal hati dgn ginjal kerja kuat. Jadi tak baik guna diet macam gini. Biasanya bila stop minum teh/jus tu, kita akan jadi lebih lapar dan lebih mengidam dan end up jadi lebih gemuk.. Oh TIDAK!!!


Diet Protien: Bancuh serbuk protien bersama susu atau jus. Atau makan sumber protien sahaja seperti ayam dan ikan. NOT Daging merah okay? Daging merah banyak lemak. Seriously mmg berkesan utk mereka yang disiplin tinggi. Tapi utk mereka yang tak biasa seperti saya akan end up makan ikan dan ayam banyak2. :P Sama ajer, tak gemuk, tapi berat tak turun.

DIET EPAL HIJAU
Ini yang saya sedang praktiskan sekarang, dan saya dah turun banyak kilo dengan diet ini. 4 kg. ( Lepas raya memang gemuk gila. Hahaha pecah rahsia )

SARAPAN: Kellogs R dan Low Fat Milk, Vitamin Supplement

Snek 10.00 pagi: Jus Epal Hijau, buah-buahan

Lunch: Sup sayur & Fish ball, Jus Epal Hijau

Snek Pukul 3: Jus Epal Hijau/biskut Oatmeal

Makan Malam 6.30 ptg: Protien ( 1 pcs of Ikan/ Ayam )
Sup Sayur
Nasi (sikit je tau)

10 malam sebelum tido:Jus Epal Hijau

* Minum air masak al least 3 liter satu hari. Anda akan mengalami penurunan 2kg seminggu.


Jus epal ni harus di buat sendiri, bukan yang dibeli di super market. Yang jus dah siap tu tinggi kandungan gulanya. Minum dengan terus setelah di blend, tak perlu tapis sebab fibernya yang akan buat kita rasa kenyang.Kalau kata kerje di ofis, takkan nak bawa blender kan? So bawa ajerla epal hijau. Jangan lupa minum air banyak-banyak. Emm.. Cubalah... Murah dan berkesan. Saya suka beli epal hijau banyak2 di Tecso. Selalu beli supply untuk seminggu, tak lebih RM 20 pun. Kalau nak beli jus diet mahal2, 10 paket sampai beratus-ratus.And then tak kurus lepas tu marah2. hihihi

Ya, berkesan utk sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan. Sesiapa yang salahkan facebook badan dia jadi gemuk, ya, sila la bawa epal hijau ke opis anda dan gantikan snek-snek kentang@twisties dengan epal hijau. :-P.


5 comments:

  1. tips yg bagus untuk semua hehe... like :)

    ReplyDelete
  2. sis....epal hijau ye??? ianya membantu??? saya pun nak cuba...

    betul ani, saya diet protein, tp saya tak makan nasi cuma bedal protein byk2 sbb konon nak cover perut lapar kan...aduhai...

    arghhh...tension bila mengingatkan segalanya tentang gemuk.

    ReplyDelete
  3. Ani, kalau kita tak buat jus tp kita makan epal hijau tu ok tak?

    ReplyDelete
  4. Amina..actually apple hijau tu best utk buat jus..tapi kalau nak makan beli apple merah je..effectnya sama..tapi yang penting minum air kena banyak..at leat2 litre sehari..paling baik tiga litre.. sbb apple hijau makan byk2 tak elok jugak, sbb masam..nnt cepat pelupa..:)

    ReplyDelete
  5. terima kasih Ani :) lega saya dengar epal merah elok utk makan...itula..epal hijau makan byk2 tak sedap pula..rasa kelat2 dkt lidah.

    ReplyDelete