PENAWAR MASALAH SEMBELIT


 

Tahukah anda? Sembelit berpanjangan yang tidak diatasi dengan sempurna boleh menyebabkan kanser kolon/usus.

Masalah sembelit mungkin biasa dialami oleh kebanyakkan kita, tetapi kalau dibiar berpanjangan, akan mengundang masalah. 

Sembelit adalah disebabkan laluan atau pergerakan yang sukar di dalam usus.Anda mungkin mengalami sembelit jika anda  membuang air besar kurang  daripada 3 kali seminggu  dan jika buang air besarpun najisnya kering dan keras. Ramai penghidap sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut.Sembelit menyebabkan penghidap berasa tidak puas buang air besar, perut membuncit atau sakit perut.Sering sembelit dan mengalaminya secara berpanjangan menyebabkan bahan bertoksin mengitari seluruh tubuh.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

BAHAYA SEMBELIT!!!
Sering sembelit boleh menimbulkan  beberapa simptom seperti  bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Bahan bertoksik berkumpul didalam badan jika sembelit tidak di rawat.

           Jangan ambil mudah tau kalau sering sembelit.  Kalau tidak diatasi betul-betul boleh menghalang penyerapan nutrien daripada makanan.Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.Detoksifkasi yang tidak cekap menyebabkan sel bersifat asid. Ia menyebabkan berlaku kekurangan oksigen di dalam sel di mana keadaan ini amat kondusif untuk pertumbuhan sel-sel kanser.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

PUNCA-PUNCA SEMBELIT
  • Apabila seseorang sering mengabaikan isyarat membuang air besar. Ia berlaku kerana terlalu sibuk melakukan sesuatu kerja atau memang sudah menjadi kebiasaan.
  • Kurang minum air dan makanan tinggi fiber juga boleh menyebabkan sembelit.
  • Mereka yang mengalami hipotiroidism juga mudah mengalami sembelit.Hipotiroidism biasanya dialami individu obes (bukan semua).
  • Selain itu perokok tegar dan mereka yang mengalami tekanan emosi berpanjangan juga mudah mengalami sembelit.

 

ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE YANG BOLEH MEMBANTU?

  1. ALFALFA
  2. HERBLAX
  3. OSTEMATRIX





MAHUKAN DISKAUN 15%-20%? JADILAH AHLI SHAKLEE, HANYA PERLU MENDAFTARKAN DIRI SEUMUR DENGAN MENGHUBUNGI PN. ANI DI 019-6154956  DAN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN MEMBELI SHAKLEE PADA HARGA ISTIMEWA.


KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
 PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
 Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment