Berpantang Bersalin Cara Moden? Jamu atau Supplemen.

Saya harap janganla saya dikecam hebat oleh para pengamal cara pantang tradisional selepas anda membaca entry ini. Basicly, ianya 100% daripada pengalaman saya yang telah beranak 5 dan ianyanya sekadar untuk perkongsian dari pengalaman.

Semasa berpantang, ibu yang jaga saya. Berurut dan everything, regime biasa orang dalam pantang memang tak tinggal.. Sebab ibu memang strict, dan terima kasih ibu, saya dapat maintain berat badan saya walaupun pinggang tak ramping macam kerengga macam zaman anak dara dan kadang-kadang perut kembung after makan lamb chop. |:-P| [ Uiks, dalam pantang tak boleh makan lamb chop !^^]

Jadi sejak bila saya mula ambil vitamin? Saya berjinak dengan vitamin sejak Ghaus lahir, ( anak saya yang ketiga) disebabkan berlaku susutan tenaga. Sangat- sangat membawa perubahan sebenarnya. Satu family makan, saya dan suami. Saya akan menginjak ke usia 34 tahun tahun ini tapi orang selalu salah sangka ingat saya masih 26 tahun. [ ;-P]. Hihi.. Gurau je tau. ( Ala gurau pun tak boleh) ^_^ Salah satu rahsia sila melaburlah pada supplemen vitamin yang semulajadi dan dipercayai, produk penjagaan kulit yang elok, cuci muka sebelum tidur dan pakai krim malam, ambil air sembahyang selalu dan jangan mengumpat orang [ sifat negatif membuatkan badan kita cepat dimakan usia].



Ok, berbalik pada subjek, Kenapa saya berpantang tak makan jamu tapi makan vitamin. Bukan saya sombong dan lupakan yang lama, tapi memang saya tidak boleh makan jamu dalam pantang sebab anak saya, semua sejarahnya tinggi bacaan jaundis. Memang kesian bila anak kecil yang tak tahu apa-apa kena cucuk sana-sini sebab nak tengok bacaan bilirubin.

Anak saya yang sulung Tufah, paling teruk bacaan bilirubinnya.Sebab, saya makan jamu sebaik saja balik dari hospital. . Badannya kecil, lahir dengan 2.49 kg.Jadi kata doktor hatinya kecil untuk buang semua kuning-kuning tu. Saya paling sedih masa ni..Tengok dia dalam inkubator, tanpa baju atau pampers, air dimasukkan ikut tali pusat.. tiga hari saya tak tidur malam..Saya susukan dia sekerap mungkin. Doktor kata Tufah di tahap kritikal, kuningnya terlampau tinggi dan takut sampai ke otak. Hampir tukar darah.Alhamdulillah, pulang ke rumah tanpa prosedur complicated, anak sihat after 2 minggu dalam inkubator. Saya? berpantang di hospital  dan serik.Serik melihat anak saya sakit. Tekad untuk make sure anak-anak tak kena jaundis teruk lagi.

Tapi anak saya yang kedua, Faeiq lahir dengan berat 2.7 kg masih kena jaundis. ( Tapi bacaannya tak tinggi macam Tufah dan saya di wad seminggu. Phew.. Ghaus pun sama tapi cuma 2 hari di wad untuk duduk bawah lampu flourescent. Rayan? alhamdulillah, ada kuning tapi kata doktor sikit sahaja dan boleh di urus di rumah. Dengan berat badannya yang ideal, 3.25 kg, penyusuan badan yang berterusan, pastikan bilik terang di masuki cahaya matahari.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, berpantang cara tradisional penting. Berurut, berbengkung, pakai pilis, mandi air panas, semua itu penting. Apa yang saya skip ialah makan jamu. Jadi saya ambil vitamin.

Sebab:

1. Jamu adalah sebatian kompleks. Bila ibu makan jamu, elemen jamu di transfer ke baby melalui susu badan. Badan anak kecil, hatinya belum matang untuk tapis kepelbagaian unsur yang ada dalam jamu, ini membebankan hatinya. Nak tapis jamu lagi, nak buang bilirubin lagi. Sekaligus melambatkan proses penyingkiran bilirubin. Itulah punca prolong Jaundice.

2. Makan jamu untuk pulihkan badan semasa dalam pantang.Tapi disebabkan jamu 'berat' sangat untuk baby. Jadi saya amalkan vitamin.  Lagipun vitamin adalah nutrien yang mudah di kenali oleh badan. Jamu perlu di uraikan dahulu baru dapat dikenal pasti badan untuk diserap. Jadi prosesnya tak complicated, badan cepat sihat.Bila badan sihat, zatnya juga dapat kepada anak kita melalui susu badan. *BONUS* Bila makan vitamin, susu badan mencanak-canak macam air terjun ^^, badan sihat, baby sihat, semua happy, kan?

Sebelum Mengandung: Set A [Optimum Health]


Vitamin semasa mengandung: Set Ibu Mengandung

Vitamin semasa berpantang::Set C untuk ibu berpantang.
Hubungi saya untuk konsultasi ya! ^^



 Pengajaran untuk diri saya dan saya harap ibu-ibu di luar sana yang sedang mengandung take note. Jangan skip vitamin semasa mengandung kerana ini membantu tumbesaran baby dalam perut.  Bila baby dapat berat ideal, dia cukup sihat untuk berada di luar rahim ibu. Abaikanla mitos-mitos atau pesan lapuk yang cakap  "tak usah makan vitamin masa pregnant, nanti baby besar susah nak keluar!" Aduh, janganla macam tu, pengambilan supplemen penting. Sebelum mengandung, semasa mengandung, dan selepas melahirkan.

So take care of yourself ladies, enjoy your motherhood!

Salam sayang;

Khairani Bahaudin
Shaklee Id 866293
019-6154956

1 comment: