TIPS BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

    Sesungguhnya, amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan seorang wanita .Mengapakah amalan berpantang penting? Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

    Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (pantang dengan suami perlulah 100 hari). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi.


Di antara makanan-makanan yang dilarang dan perlu dielakkan semasa dalam pantang adalah seperti berikut:


1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.

2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.

Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.

Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.

PANTANG LARANG LAIN


Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini adalah untuk kebaikan ibu  sendiri.


1. Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.


2. Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu dan boleh menyebabkan rahim jatuh.


3. Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan.


Jika ibu risau tidak mendapatkan nutrien yang cukup daripada pemakanan kerana amalan berpantang ini, ibu-ibu bolehlah mencuba Set berpantang Shaklee. Ianya terdiri daripada rangkaian vitamin yang lengkap untuk penyembuhan dalaman dan luaran ibu. 


KEBAIKAN SET BERPANTANG SHAKLEE


1- Ibu akan merasa lebih cergas dan muka berseri-seri sepanjang berpantang.
2- Ibu akan dapati luka pembedahan ataupun luka bersalin anda lebih cepat kering dan sembuh
3-Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran dan tidak perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice kepada baby,dan ianya sangat mesra ibu yang menyusukan bayi.
4- B complex membuatkan ibu tenang dan kurang stress dan ini mengelakkan ibu terkena angin meroyan
5- Mendapat tenaga yang cukup untuk anda menyusukan bayi anda
6- Osteomatrix membantu ibu lawas dan tidak sembelit.
7- Sangat menjimatkan, harga berpatutan, serta anda boleh sambung untuk melengkap kan tempoh penyusuan bayi anda secara eksklusif.






APA YANG TERDAPAT DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?

VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA
Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.

Supplemen tambahan lain yang boleh diambil ialah OSTEOMATRIX (gabungan Kalsium/Magnesium/Vit D dan lain-lain) , GLA COMPLEX dan Soy Protein Isolate Powder (ESP). Kedua-dua ini boleh membantu menguatkan tubuh badan ibu, menstabilkan hormon yang sangat penting untuk mengelakkan ibu meroyan, memberi tenaga dan melancarkan penyusuan susu ibu.



Hubungi PN. Ani untuk Set Pantang anda.
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com


1 comment: