Saya bukan anti orang yang suka warnakan rambut..Harap jangan ada yang salah faham ya? :) Saya juga seorang wanita, sangat sukakan kecantikan...memang suka pakai cantik, di rumah pun berbedak dan berminyak wangi lebih-lebih lagi kalau perfume tu suami yang belikan.. Jadi saya saya faham kenapa orang warnakan rambut,salah satu sebab untuk pastikan mahkota sentiasa hitam bersinar, sudah tentu nampak lebih cantik... mungkin nak tutup uban, ataupun memang suka tukar warna rambut, ikut selera masing-masing^^. Tapi ada yang saya nak kongsikan sesuatu di sini, saya jumpa artikel ini dari blog Dr Zubaidi, tentang bahaya mewarnakan rambut.


http://www.hmetro.com.my/articles/Wanitarebah_komalepaswarnakanrambut/Article

LONDON: Seorang ibu yang rebah dan berhenti bernafas beberapa minit selepas mewarnakan rambut di kediamannya berada dalam keadaan koma malam tadi dan dikatakan mempunyai lapan peratus saja peluang untuk hidup.

Julie McCabe, 38, mungkin mengalami tindak balas alahan terhadap bahan kimia produk L’Oreal Preference yang dipakainya itu.

Dia masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, tiga minggu selepas menggunakan pewarna rambut itu. Doktor memberi amaran kepada suaminya, Russell walaupun dia sedar semula dia bakal menghadapi kerosakan otak secara kekal. Belum ada kaitan dibuat dengan produk L’Oreal itu tetapi doktor yang merawat Julie, seorang ejen hartanah meminta sarung tangan dan bahan pewarna rambut yang digunakannya supaya ujian dapat dilakukan. L’Oreal menawarkan untuk membantu kakitangan perubatan dengan menyalurkan maklumat yang mungkin dapat menyelamatkan nyawa Julie.

Dibimbangi bahan kimia para-phenylenediamine (PPD) yang terdapat dalam 99 peratus pewarna rambut mungkin menyumbang kepada insiden yang menimpa Julie. Keluarganya yang mengatakan Julie mewarna rambutnya setiap enam minggu tidak pernah mengalami kejadian seumpamanya dan menimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah.

Kes Julie berlaku kurang sebulan selepas Tabatha McCourt, 17, rebah dan mati ekoran tindak balas yang terjadi 20 minit selepas dia mewarnakan rambutnya.

Apa Pendapat Pakar Tentang Isu ini? [ Dr. Zubaidi]


Setelah dua kes yang hampir sama, kita sebagai pengguna di Malaysia harus menimbangkan kemudharatan pewarna rabut yang mengandungi bahan kimia PPD ini kerana ia menggunakan secara meluas sebagai pewarna rambut yang kekal.

Penggunaan PPD sebagai pewarna rambut digunakan secara meluas kerana ia akan menyebabkan rambut kelihatan seperti mempunyai warna semulajadi. Ia juga kekal pada rambut walaupun telah disyampu atau diluruskan atau dikerintingkan menggunakan haba.

“Bolehkah kita mengenal pasti pewrna yang digunakan mengandungi PPD?”

Secara logiknya, cara terbaik ialah dengan bertanyakan sendiri kepada pendandan rambut itu. Pendandan rambut yang jujur akan memberitahu kandungan pewarna rambut yang digunakan.
Selalunya pewarna rambut yang menggunakan PPD disediakan dalam pakej yang mengandungi dua botol, satu mengandungi pewrana PPD dan satu lagi pula mengandungi oxidizer.

PPD adalah cecair pewarna rambut yang mempunyai sifat tidak berwarna (colourless). PPD memerlukan oksigen yang dibekalkan oleh cecair oxidizer untuk menjadikannya berwarna.
Dalam proses pengoksidan ini, PPD berada dalam keadaan semi-oxidised, yang menjadikannya bahan
ini alergik pada sesetengah orang. PPD yang telah menjalani proses pengoksidaan lengkap tidak menjadikannya alergik. Oleh itu orang yang alergik juga tidak mengalami alahan apabila terkena pada bahan PPD yang telah dioksidakan sepenuhnya.

PPD juga mempunyai tahap keracunan tosik yang rendah dan ia amat stabil pada suhu yang tinggi.

“Kalau ia selamat, macam mana ia menyebabkan pengguna boleh pengsan dan mati?”

Walaupun penyerapan PPD biasanya melalui kulit, badan juga boleh menyerap PPD secara tidak sengaja melalui hidung, mata dan mulut. Bayangkan PPD yang meruap akibat dipanaskan ketika meluruskan rambut, akan dihidu oleh pengguna secara perlahan-lahan.

Bagi pengguna yang biasa mewarnakan rambut dan pekerja salun, boleh mengalami alahan secara perlahan-lahan terhadap PPD. Oleh itu mereka haruslah berhati-hati supaya tidak menyentuh bahan itu secara langsung, dan menghidunya. Mereka harus memakai sarung tangan dan penutup hidung bagi mencegah keracunan secara perlahan-lahan ini.

Saya percaya pengumpulan bahan PPD ini secara perlahan-lahan dalam tubuh akan menyebabkan tubuh mengalami alahan anaphylaxis yang boleh menyebabkan dirinya rebah dan koma.

“Kalau begitu, selamatlah kalau kita hanya menggunakan inai saja..”

Saya tersenyum. Ramai di antara kita tidak menyedari kebanyakan inai yang dijual secara komersial di pasaran juga ada yang dicampur dgn PPD. Campuran ini akan menjadikan warna inai menjadi lebih terang dan menarik, serya kelihatan semulajadi. Jadi berhati-hatilah menggunakan inai yang ada di pasaran.

Pewarna yang dibuat dari daun inai tidak memberikan alahan pada kulit.
Jika mengesyaki inai yang dibeli mengandungi PPD kerana mengalami alahan setelah menggunakannya, buangkan saja sebelum ia menjadi parah.

Jika seseorang telah mengalami alahan pada PPD, beliau akan mengalami penyakit alahan pada bahan PPD seumur hidupnya. Jika terdedah pada dos yang agar kuat, beliau boleh mengalami anaphylaxis.

Jadi berhati-hatilah menggunakan pewarna tiruan.

Wallahu a’lam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itulah artikel yang saya kongsikan, di petik daripada blog Dr Zubaidi. Harap info ini dapat di manfaatkan supaya kita tak mendedahkan diri kita kepada bahaya bahan-bahan toksid yang boleh membunuh.




Supplemen ape yang  penting untuk membantu pertumbuhan rambut serta menguatkan kutikel rambut?

Basically,perlu konsisten mengambil :

vitalea (Multivitamin)-memenuhi keperluan 12 vitamin dan 7 galian 

Vitamin C -untuk memastikan sel dilindungi dari sebarang bentuk karsinogen serta memelihara sel rambut dari rapuh.

B complex memastikan agar rambut nampak terurus dan tidak kusam.

Zinc untuk menggalakkan pertumbuhan rambut serta menguatkan lagi kutikel rambut

*Trial Pack Set C mengandungi 4 jenis vitamin ni

Mahukah tuan dan puan merasa kebaikan dan khasiat Vitamin Shaklee? Mulakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh mulai hari ini.Mereka yang berminat, boleh hubungi saya di [admin@redcomelmall.com] atau sms/whatsApp 0196154956 Pn Ani. Semua kemusyikilan tentang pengambilan vitamin yang sesuai dengan anda (dan pastinya sesuai dengan bugdet anda,) boleh dikongsi dengan saya. TQVM.
Salam semua... saya jumpa list makanan favourite Nabi.. Nak share here so boleh kita take note.. Banyak khasiatnya kan?

Makanan Kesukaan Nabi – Makanan sunnah...

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut,membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang
peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan
diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
"Saya ni nak kurus...macam mana ye? 
Ala.. tak best la kalau tak dapat nasi lomak
Ha? tak boleh makan berat-berat waktu malam? Macam mana nak tido nyenyak?
Aduh..sedapnya tengok Big Apple Donut tu..
Aiskrim Magnum...aiskrim magnum..(Mengingau dalam tidur)"



Hihi ^^ berikut adalah dialog penggemar makanan sedap yang susah sangat nak kontrol selera makan apabila nampak makanan sedap. Orangnya tak lain dan tak bukan adalah saya.  Tapi percaya atau tak, berat saya dah turun banyak sejak dari Raya Haji haritu..Raya haji 63.3kg. Hari ni berat saya dah turun ke 58 kg. Ha, berapa yang dah turun tu? 5.3 kg. emm tak boleh nak bangga lagi sebab saya target 50kg.  Uish...jauh lagi perjalanan ku... Sekarang saya dah ada support group, kawan-kawan yang sama-sama nak langsing demi kesihatan.

Jadi setakat ni apa rutin saya ye? Saya makan macam biasa...tak pernah miss breakfast..tapi not heavy breakfast, no nasi lemak, no roti canai. no lontong okay... milo bancuh dengan ESP,
YUMMY! kadang-kadang cilok Milkshakes Faeiq..oowh thats double yummy! Tak pun kalau boring kellogs R. Buah mesti makan, Epal atau buah Lai pun sedap.. pukul sepuluh makan lagi...makan buah..Saya make sure perut saya tak lapar atau buat dia nyanyi lagu keroncong, sebab ia akan perlahankan metabolisme badan saya yang dah menurun sejak masuk umur 30 ni.. So tengahari makan macam biasa.. Saya ambil nasi tapi separuh aje, tak tambah. Sayur mesti, ikan atau ayam. Kurangkan daging merah. Petang pun makan, malam pun makan. Portion mesti kecil, mula-mula seksa, lama-lama dah biasa.:) Vitamin saya ambil Vitalea . Ini mesti supaya badan kuat dan metabolisme maintain especially saya menyusu baby Rayan tembam. Nanti mama sebok nak diet, tapi tak ambil multivitamin, Rayan pulak jadi cekeding...sian manja mama. Lagipun sungguhpun berdiet susu tak pernah kurang untuk Rayan, alhamdulillah, malahan bila menyusukan anak badan lebih cepat susut. ^^ . After lunch saya ambil Lecithin untuk serap lemak-lemak yang tersesat
dan untuk fiber saya ambil Alfalfa sbb senang penghadaman juga bertindak sebagai milk booster, untuk Rayan bambam.

Dan sini saya nak share senaman yang ladies boleh try di rumah, ( guys kalau nak cuba macam awkward la pulak haha) memang berpeluh-peluh dan yang paling susah nak menten adalah nak menten senyum dari mula bersenam sampai abis... Serius! ^^ cuba tau.. its fun and sexy.:)

So friends out there yg nak try set shape up Shaklee boleh contact Ani ye. admin@redcomelmall.com or sms/ whatsApp 0196154956. So, selamat berbelly dance.;)









Vitalea For Kids


Meal Shakes


Mesti risaukan bila anak tak mahu makan, sungguhpun orang selalu cakap budak lelaki memang susah makan. Bila saya minta advise dari doktor dan tiap kali saya ke doktor minta advise apsalla Faeiq ( yang baju belang biru) ni cerewet sangat makan, tahu tak doktor bagi apa? VITAMIN. :) Tiap kali ke klinik sebab risaukan kalau dia ada "penyakit
tak mahu makan" itulah penawarnya untuk budak yang tak mahu makan, sbb kata doktor selain tabiat tak suka makan, dia sihat walafiat. Awal tahun 2011 berat badannya 11 kg. Memang underweight. Jadi saya target by the end of this year mesti naik supaya dia taklah melayang-layang bawa beg sekolah darjah 1. Saya amalkan susu Pediasure dan multivitamin. Sungguhpun badannya kurus tapi Faeiq orang yang paling jarang demam ataupun selsema kat rumah ni. Kadang-kadang bila semua orang tak sihat bila musim demam, dia steady je melompat sana sini. Metabolisma badan dia tinggi sebab dia aktif orangnya, suka main basikal.:)

So by the end of this year, berat badannya dah naik lima kg lagi. Dan dia sangat sukakan Vitalea for kids dan Mealshakes dan seleranya semakin ok. Suka makan nasi lemak dengan ayam goreng dan Mee kari. Ok la dari dulu tak suka apa-apa makanan langsung. Dan dia masih minum
susu yang saya bancuh dengan Mealshakes dan percayalah cakap saya, mealshakes ni rasanya sedap sebab saya pun kongsi minum bila dah lapar tengah malam sebab tanak bukak peti ais makan coklat.^^

Kalau ada readers outthere yang ada masalah yang sama bolehla tinggalkan komen di sini ya! Bolehla kita kongsi info tentang anak yang cerewet makan ni..dan dapat manfaat dari sharing ni. Moga anak-anak kita semua membesar dengan sihat.^^
Resipi Jus Buah-buahan 

 Assalammualaikum..

oh, saya memang gilakan jus buahan-buahan. Tahun lepas saya turun berat badan 4 kilo hanya dengan amalkan minum jus epal hijau. :) Saya mahu kongsikan artikel ni. Lepas ni boleh pakat buat jus kat rumah, faedah dari segi kesihatan pun dapat. ^^

Jus buah-buahan ternyata mengandungi zat-zat yang bermanfaat dan fungsi yang berlainan.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis kombinasi jus buah-buahan untuk kesihatan badan.
[credit]

So lepas ni bolelah buat kombinasi jus jus ni.. Mesti Sedap!

Mempertingkat dan membersihkan sistem badan. Mengelakkan penyakit kanser, mengurangkan kandungan kolesterol dan mengurangkan sakit mulas dan sakit kepala. Meremajakan kulit dan menyingkirkan bau nafas busuk. Menyingkirkan bau nafas busuk dan mengurangkan kepanasan badan dalaman.
Memperbaiki kelembapan dan tekstur kulit serta mengurangkan kepanasan badan dalaman. Membuang kandungan garam berlebihan, menyihatkan pekencingan (bladder) dan ginjal. Meremajakan kulit. Meregulasikan kandungan gula.
Merintis kepanasan badan dalaman, membuang kandungan toksik, mengurangkan tekanan darah dan anti-oksidan. Kaya dengan vitamin C + vitamin B2 yang membantu meningkatkan aktiviti sel dan daya tahan badan. Kaya dengan vitamin C + E + besi yang membantu meremajakan kulit dan meningkatkan metabolisme. Kaya dengan vitamin yang berkhasiat dan membantu mengelakkan daripada masalah sembelit.
Assalammualaikum dan hi semua.

Sistem pencernaan merupakan sistem yang penting dalam dalam badan kita kerana ia merupakan pintu kepada bentuk nutrisi yang kita perolehi daripada pemakanan sehari-hari serta supplemen yang kita ambil.

Pencernaan yang bermasalah akan mengganggu proses pemecahan, penyerapan dan metabolisma khasiat makanan.Ini bermaksud tubuh anda tidak dapat memperolehi khasiat daripada makanan yang diambil, tanpa mengira jumlah makanan yang diambil.

Penyerapan khasiat yang lemah membawa kepada paras tenaga yang rendah, lalu mengurangkan produktiviti dan menjejaskan kualiti hidup. Apabila tubuh kekurangan tenaga, ia tidak berdaya untuk kekal aktif, cergas dan sentiasa bersedia untuk berdepan dengan tekanan hidupan harian.

Kekurangan khasiat juga mungkin menjurus kepada masalah gastrousus seperti sindrom iritasi usus, dyspepsia atau sembelit yang membawa kepada ketidakselesaan dengan simptom-simptom seperti sakit perut, kembung, perut berangin, cirit-birit, kelesuaan yang kronik dan lain-lain yang telah dijelaskan sebelum ini.

Simptom ini menjejaskan kesejahteraan emosi, kehidupan sosial, kerjaya serta percutian. Kekurangan khasiat yang berterusan akan mengakibatkan arthritis, masalah kulit dan rambut,alergi, barah, osteoporosis, diabetes, masalah jantung, penuaan dan penyakit-penyakit
lain.

Cabaran memenuhi keperluan nutrisi

Ramai yang berpendapat diet yang seimbang sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh. Namun begitu, pencermaran alam sekitar kehidupan masakini semakin membebankan sistem tubuh kita.

Gaya hidup yang kurang aktif, stres berlarutan, masa makan yang tidak teratur dan melebihkan makanan yang diproses meningkatkan lagi keperluan untuk mineral penting, vitamin dan mikro nutrisi yang lain.

Tiada siapa yang dapat lari daripada masalah ini, termasuk mereka yang prihatin dengan kesihatan diri dan pemilihan makanan. Makanan yang dihidangkan tidak lagi segar dan semakin kekurangan khasiat setelah melalui kaedah pertanian, pemerosesan dan pengilangan yang intensif.

Masalah ini diburukkan lagi dengan waktu lama yang diperlukan untuk penghantaran dan penyimpanan. Pendedahan kepada cahaya, pengoksidaan dan haba semas memasak juga mengurangkan khasiat sumber makanan kita.

Sejak beberapa tahun yang lalu, pakar pemakanan mendapati penurunan nilai khasiat yang mendadak dalam buah-buahan sayuran dan lain-lain makanan yang diambil.

Menangani Ketidakseimbangan Nutrisi

Keperluan nutrisi setiap orang adalah berbeza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan dan tabiat pemakanan. Aspek utama nutrisi ialah mencegah penyakit dan menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti untuk jangka masa panjang.

Suplemen vitamin dan mineral mungkin menjadi satu keperluan pada abad ini untuk mengatasi cabaran ketidakseimbangan nutrisi. Vitamin membantu sistem enzim dan mekanisme hormon, yang
penting bagi sel tubuh kerana ia mempengaruhi perkembangan dan fungsi pelbagai sel. Mineral pula ialah struktur bahan mikro molekul yang diperlukan untuk pengaliran oksigen dan cecair tubuh.

Walaupun begitu, suplemen yang tidak diserap ke dalam sistem tubuh mungkin tidak akan mendatangkan manfaat yang diperlukan. Penyelesaiannya ialah untuk menguruskan masalah penyerapan pada sistem pencernaan terutamanya dalam usus.Jadi, sebelum mengambil sebarang supplemen, amat penting membuat detoksifikasi terlebih dahulu supaya semua nutrien yang dibekalkan supplemen diserap dengan baik.

Mengekalkan flora usus yang sihat dengan probiotik akan memulihkan kesihatan pencernaan dan merangsang penyerapan khasiat. Ini akan membolehkan tubuh sembuh secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.


Panduan Semasa Memilih Suplemen:


Keperluan pemakanan seseorang adalah berbeza. Oleh itu, suplemen yang baik untuk seseorang mungkin memberi kesan yang berbeza sama ada dari segi tempoh keberkesanannya atau jumlah kuantiti yang harus diambil.


Harga tidak sepatutnya menjadi ukuran kepada kualiti - suplemen yang paling mahal tidak semestinya yang terbaik.


Suplemen bukan pengganti kepada beribu-ribu khasiat dan mikro nutrien yang terdapat dalam makanan. Ini bermakna kita tidak sepatutnya mengambil vitamin sahaja. Pemakanan seimbang dan berkhasiat juga wajib jadi amalan.


Rujuk kepada pakar sebelum memulakan suplemen pemakanan, terutamanya jika anda sedang mengambil ubat-ubatan, sedang hamil atau menyusukan anak.

Multi-vitamin dianggap pilihan suplemen pemakanan paling selamat kerana ia mengandungi campuran vitamin dan mineral yang seimbang dan tiada risiko terlebih dos untuk vitamin atau mineral tertentu.

Periksa tarikh luput produk suplemen pemakanan sebelum membelinya.


...............................................................................................

Mahukah tuan dan puan merasa kebaikan dan khasiat Vitamin Shaklee? Mulakan penjagaan kesihatan yang menyeluruh mulai hari ini.Mereka yang berminat, boleh hubungi saya di [admin@redcomelmall.com] atau sms/whatsApp 0196154956 Pn Ani. Semua kemusyikilan tentang pengambilan vitamin yang sesuai dengan anda (dan pastinya sesuai dengan bugdet anda,) boleh di
kongsikan dengan saya.TQVM ^^
picture credit to Google


Assalammualaikum

Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi. Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala Eczema

Acute Eczema
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
Eczema Kronik
Eczema Kronik
Gambar  diperoleh dari Dermnet.com. 
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Punca Eczema


Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut,
    pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

Kitar Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan  "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:

Kitar Eczema

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

Penjagaan Kulit Sensitif dan Eczema


Amalkan: Elakkan:
Pakaian
  • Pakaian yang longgar.
  • Fabrik yang selesa seperti kapas.
  • Pakaian yang ketat.
  • Fabrik bulu biri-biri.
Diet Pemakanan
  • Keseimbangan diet untuk mengekalkan daya tahan yang kuat.
  • Makanan laut, kacang, susu dan telur yang paernah menimbulkan kesan-kesan alergi sebelum ini.
Persekitaran
  • Kebersihan dan pengudaraan yang baik di persekitaran rumah dan tempat kerja.
  • Tahap kelembapan di persekitaran yang sederhana.
  • Gunakan cadar dan selimut yang bersih dan sentiasa ditukar dengan yang baru.
  • Memakai sarung tangan jika perlu berkerja dalam keadaan yang basah.
  • Permaidani, barang permainan yang berbulu.
  • Persekitaran yang terlalu lembap atau terlalu kering.
Perangai Peribadi
  • Bersikap positif dan kekal riang.
  • Kuku jari yang pendek untuk mengelakkan kelecetan kulit akibat menggaru.
  • Mandi dengan air suam.
  • Mematuhi arahan doktor bagi penjagaan kulit.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari yang kerap.
  • Penglibatan dengan aktiviti di luar dan di dalam tempat berhawa dingin yang kerap.
  • Merendam dalam air panas atau air yang mengandungi klorin yang banyak.



Jika ada yang memerlukan penawar kepada penyakit eczema ini, boleh rujuk pada ENTRY ini. SET G UNTUK MASALAH ASMA, RESDUNG, ALERGI, GEGATA, ECZEMA.

Trial pack Di sediakan untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery.^^

Boleh isikan borang pesanan di ikon ORDER NOW atau sms kan kepada saya 0196154956, email saya di admin@redcomelmall.com untuk konsultasi atau tempahan vitamin anda. Terima kasih.