Penyusuan Ibu Untuk Si Manja
Susu pertama untuk bayi anda dinamakan kolostrum dan hanya terdapat dalam susu ibu. Kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu setelah melahirkan dan mengandungi banyak immunoglobulin, rantai antimicrobial (lactoferrin dan lactoperoxidase) serta molekul bioaktif lain.Cairan kolostrum seperti susu, kental dan berwarna lebih kuning. Biasanya kolostrum sudah ada dihujung kehamilan sehingga hari ke-7 kelahiran bayi.
Kolostrum mengandungi khasiat yang diperlukan oleh bayi anda untuk hari- hari pertama selepas lahir. Di samping itu, kolostrum juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan saperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema. Jadi, ternyata susu ibu amat penting untuk bayi kerana tiada makanan lain yang dapat memberikan khasiat sehebat ini.
MENGAPA PENYUSUAN SUSU IBU PALING TERBAIK UNTUK BAYI
Penyusuan ibu memberikan kelebihan
*Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar.
*Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang boleh melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
*Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.
*Susu ibu mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.
*la mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.
*Susu ibu memberikan khasiat terbaik untuk bayi.
*Berbeza daripada susu lain, susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.
*Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukannya.
*Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya, berbanding dengan cara penyusuan lain.
Bukankah ini yang terbaik untuk bayi kita? :-)
MENGAPA AMALAN PENYUSUAN SUSU IBU MEMBERI KEBAIKAN UNTUK IBU
Menyusu bayi dengan susu ibu juga balk untuk ibu. Berikut adalah sebab-sebabnya:
*Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan dengan itu boleh mengelakkan anda daripada mengandung.
*Berita balk! Boleh melangsingkan badan kalau anda juga membuat senaman.
*la membantu rahim anda kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.
*la mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.
*Penyusuan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, sangat menjimatkan kos perbelanjaan kerana ianya percuma.
Bukankah ini menguntungkan anda?
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
0 comments:
Post a Comment