Obesiti, Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin letih tidak bermaya. Obesiti sangat membahayakan kesihatan anda, jika mahu mengurangkan berat anda dengan cara semulajadi, saya ingin kongsikan 10 cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan yang boleh di lakukan di rumah.
Lebihkan sayuran |
1) Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau adalah makanan kalori rendah, jadi orang lebih berat perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan lebih kerap.
2) Untuk mengurangkan berat badan, harus mengelakkan pengambilan terlalu banyak garam. Garam boleh menjadi faktor peningkatan berat badan kerana lebihan garam akan menyebabkan water retention di dalam badan kita
3) Produk susu seperti keju, mentega harus dielakkan kerana ia kaya dengan lemak. Daging juga harus di kawal pengambilannya kerana daging sukar dihadam dan kegagalan menukarkan makanan ini menjadi tenaga akan menyebabkan ia menjadi lemak tepu yang menyumbang kepada kegemukan.
4) Rempah seperti halia kering, kayu manis, lada hitam dan lain-lain baik untuk mengurangkan berat badan dan boleh digunakan dalam beberapa cara.
5) Sayur-sayuran seperti peria , dan pelbagai sayuran pahit sangat baik untuk mengurangkan berat badan.
6) Mengambil madu merupakan home remedy yang sangat baik untuk obesiti. Ia menggerakkan deposit lemak dalam badan dan meletakkan ia ke dalam peredaran darah , yang digunakan sebagai tenaga untuk fungsi normal. Mulakan dengan kuantiti yang kecil kira-kira 10 GM dan perlu diambil dengan air panas. Ia adalah baik untuk diminum pada awal pagi. Satu sudu teh jus limau segar juga boleh ditambah ke dalam air madu tersebut.
7) Kubis dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk kehilangan berat badan kerana sayuran ini menghalang penukaran gula dan karbohidrat lain menjadi lemak. Oleh itu, ia adalah nilai yang besar dalam pengurangan berat badan. Ia boleh dimakan secara mentah atau dimasak terlebih dahulu
8) Senaman adalah satu bahagian penting dalam pelan pengurangan berat badan. Ia membantu untuk membakar kalori yang disimpan dalam badan sebagai lemak. Di samping itu, ia juga melegakan ketegangan otot-otot badan. Berjalan adalah senaman yang terbaik untuk permulaan dan boleh diikuti dengan berjongging, berenang,atau berbasikal.
9) Jus Lemon adalah baik untuk mengurangkan berat badan. Jus limau dicampur dalam segelas air suam dan manis dengan madu harus diambil setiap pagi ketika perut kosong.
10) Ukur porsi makanan anda setiap kali makan dan pastikan ianya diambil dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Sebagai contoh satu bahagian nasi tidak boleh lebih daripada kuantiti yang boleh dimuatkan di dalam genggaman anda. Makanan yang lebih kecil di selang tetap 4 hingga 5 jam akan menjaga metabolisme anda tinggi dan menghalang tubuh anda daripada menukar makanan yang anda makan menjadi lemak. Anda juga perlu termasuk senaman dalam rutin harian anda untuk membantu meningkatkan pengurangan berat badan.
Risiko kesihatan Akibat Obesiti
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:
• Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolesterol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
• Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus
banyak cara untuk kurus dan sihat.. yang penting jaga perut...
ReplyDeleteOoooooooooooooooooooooòòoooooooooooooooooooooooooooooooooooooòooooooooooooooooooòooooo
ReplyDeletesatu tips yg bagus dan berkesan untuk kita amalkan. banyakkan bersenam dan minum air masak. cara ini lebih bagus kerana banyak ia membakar lemak dengan cepat. shaklee ada supplement mengurangkan kolestrol dalam badan
ReplyDelete