TIPS CANTIK: Petua Mencegah Kedutan Wajah

Wajah muda dan tegang tidak akan berkekalan. Namun ada cara untuk mencegah kedutan agar prosesnya lebih perlahan.Kedutan wajah umumnya adalah disebabkan oleh usia, tekanan dan kulit kering. Kita perlu sentiasa menjaga kawasan sekitar mulut, mata, hidung dan leher dengan memastikan kawasan itu sentiasa lembap dan bersih. Ada beberapa petua yang oleh di ikuti agar kulit kita sentiasa cantik berseri.

Petua 1:
Ambil 1 sudu besar susu sejuk dan tambahkan 3-4 titik jus limau. Sapukan pes ini dengan baik keseluruh wajah sebelum tidur. Basuh keesokan harinya dengan air panas dan keringkan dengan tuala. Sekali lagi sapu dalam krim ini - ke arah yang bertentangan dengan kedutan. Tunggu selama ½ jam dan basuh, elakkan daripada menggunakan sabun.

Petua 2:
Gosok isi buah betik masak pada muka dan biarkan selama ½ jam sebelum membasuh.
Ia adalah toner yang sangat baik untuk kulit wajah kita.

Petua 3:
Sapu minyak badam pada wajah. Biarkan semalaman dan cuci dengan air suam keesokan harinya.

Petua 4:
Potong dan picit kapsul Vitamin-E Shaklee with grape seed extract, sapukan rata pada wajah anda. Cuci selepas 15 - 20 minit.

Petua 5:
Tambah ½ sudu kecil madu 1 sudu kecil serbuk beras. Sapu pada keseluruhan wajah dengan pes ini. Biarkan selama ½ jam dan basuh.

Petua 6:
Campurkan 1 sudu teh madu dengan 1 sudu teh krim susu.Sapukan di wajah dan cuci selepas 20 minit.

Nota: Rawatan untuk mencegah kedutan wajah ini perlu dilakukan setiap hari untuk tempoh 30 - 40 hari untuk mendapat keputusan yang boleh dilihat.





0 comments:

Post a Comment