Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. la mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Namun ada ibu-ibu yang risau apabila susu untuk si manja mula merudum. Ketahui punca-puncanya.
Pengaliran susu anda akan merudum kerana kurang rangsangan akibat faktor-faktor yang berikut :
1. Jika anda tidak membenarkan bayi menghisap sekerap yang dia mahukan.
2. Jika anda mula memberikan makanan tambahan terlalu awal atau memberi susu botol.
3. Jika anda beri bayi menghisap sebelah buah dada sahaja.
Susu anda juga akan merudum :
1. Jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusukan bayi
2. Jika anda menghadapi stress atau tekanan emosi.
Penyelesaiannya -
1. Susui bayi anda sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendakinya.
2. Cuba susui bayi anda pada setiap 2 jam.
3. Susui bayi anda dari kedua-dua belah buah dada.
4. Perbaiki pengambilan makanan anda. Lebihkan makanan membina badan (seperti ikan, ayam, daging, telur, susu, kekacang, biji-bijian dan kacang) dan makanan mencegah penyakit (seperti buah-buahan dan sayur- sayuran), atau ambil supplemen tambahan.
5. Yakini diri sendiri. Anda boleh menyusu bayi anda.
6. Cuba tenangkan diri anda.
Tips dan Petua yang perlu di amalkan setelah mengambil Set Penyusuan Ibu Shaklee
1. Sentiasa melakukan sesi perahan yang konsisten. Sesi perahan yang kerap yang membantu meningkatkan penghasilan susuibu.
2. Amalkan minum air masak sekurang-kurangnya 3L sehari.
3. Zikir dan doa tambah susu ibu.
4. Menjaga pemakanan, pengambilan supplement akan memenuhi lompong kosong zat dalam tubuh badan. Badan ibu sentiasa cergas dan sihat walaupun menyusukan bayi.
Punca Susu Ibu Merudum
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
0 comments:
Post a Comment