Dulu dan Sekarang

16 tahun dulu.. masa saya umur 15 tahun


Suatu petang sepoi-sepoi bahasa di asrama puteri SEMESTI. Ada seorang pelajar 'homesick' tengah bercakap di pondok telefon sebelah bilik pengawas.


Ani: "Assalammualaikum.."


Ibu:" Hello..waalaikummussalam"


Ani:" ibu, Ani ni"


Ibu:" Iye, tau.. dah makan belum?"


Ani:" Dah, tapi lauk DM tak sedap..rindula nak makan kat rumah. Ibu masak apa hari ni?"


Ibu:" Daging bistik dengan sambal sotong je.."


Ani:" Ala, sedapnya..nak balik!!!" budak perempuan tu dah meleleh air mata di pipi.


Ibu:" Sabar... nnt lepas exam, cuti, balikla. Tiket bas dah beli?"


Ani:" Dah. Ibu, duit belanja dah abis... "


Ibu:" iye, nnt ibu masukkan dalam bank.  vitamin ada lagi tak? "


Ani:" Minyak Ikan tu dah abis. Vitamin pun ..."


Ibu:"  Nnt ibu hantar pos laju"


Ani:" Ok ibu, tinggal dua posen ni.. takde syiling dah...  "


Ibu:" Ok bye, dah.. tak mo nangis, nnt nak naik bas telefon dulu, ayah nantiambil kat bus stand"


Ani:" ok.. bye!"




SEKARANG


Ani:Assalammualaikum Ibu..


Ibu:Waalaikummussalam..


Ani:Apa buat tu? ^^


Ibu:Tengah baring- baring ha.. Dari pagi berkebun kat belakang tu. Kemaskan satu rumah.Sakit pulak kepala ha, baring kejap.


Ani:Alahai, kesiannya..takyah la buat semua-semua tu..kan dah pening.Kak Ngah ada telefon?


Ibu:Ada, baru cakap dengan dia hari tu..


Ani:OOO... Dah makan ke belum? Dah makan vitamin dah?


Ibu:Dah makan dah, Ubat pun dah makan.


Ani:Ibu masak apa hari ni?


Ibu:Masak asam ikan parang je...


Ani:Ala, sedapnya.. rindunya nak makan masak asam.


Ibu:^^ mengada kan...masak je la kat rumah, macam tak tau masak pulak


Ani: Bukan tak nak masak , nanti Ani je makan sorang- sorang..tau ajela cik abang Ani tu  bukan suka masak asam... jadi umah ni dah lama tak singgah masak asam


Ibu: Ani..Vitamin ibu dah nak abis dah.. lutut ibu ni sakit-sakit la..  nak solat pun susah..


Ani: Penat sangat kot, takyahla kemas-kemas beria kalau penat.. Nnt ani bagi Osteomatrix untuk sakit2 kaki, dengan Omega guard untuk lutut ibu tu..nnt Ani pos laju sekali dgn stok Vitamin ibu ye..


Ibu:Ha, iyela.


Ani: Ok la ibu, Rayan dah nangis-nangis..


Ibu: Yelah. Bye!


Ani: Bye..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah benar antara dua beranak yang sangat menyayangi antara satu sama lain. Maafla  kalau tak sesedap karya Ombak Rindu. ^^
Moral of the story: Dulu ibu belikan supplemen untuk saya, sekarang giliran saya pula ^^.







3 comments:

  1. sweet nyaaa....alhamdulillah

    saya juga gembira dpt menjadi anak yg boleh menjadi tmpt emak bercerita dan berteman. saya juga spt ani syukur Allah beri rezeki dan kelapangan untuk membeli supplement utk emak. emak saya kencing manis. dia bila makan Dr xeniji dr produk elken, darah dia cantik. maka sebolehnya saya tak mahu dia putus makan Dr xeniji tu.

    emak beribadat kita pun dpt pahala kan...

    ReplyDelete
  2. ^^ iye Aminah.. betul tu. Orang yang paling harus diutamakan ibu bapa kita...tak terbalas jasa mereka melahirkan dan membesarkan hatta dengan segunung emas.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete