KULIT YANG CANTIK. SIAPA YANG TAK NAK KAN? ^^
Assalammualaikum.
Saya harap semua teman-teman spend masa hujung minggu dengan orang yang tersayang, suami, anak-anak dan keluarga. Yang masih belum berumahtangga sure seronok hang out dengan kawan-kawan atau santai-santai dirumah baca novel, macam saya selalu buat dulu-dulu masa belum berkahwin.
Masa darjah 6, masa dapat Johan Hoki antara sekolah-sekolah di Melaka. Saya yang dalam bulatan[ tersipu malu la konon padahal tengok kasut boot yang dah lenjan^^ ] |
Secara jujurnya, saya seorang yang aktif. Sejak darjah 5 saya wakil state untuk sukan hoki dan permainan hoki cukup sebati dalam diri saya sampai ke zaman universiti. Jadinya kulit saya hitam, errr..hitam manis. ^^ Cerah sikit je dari kiwi kasut. Serius memang gelap. Nasib baik tak lama lepas tu diorang invent fair and lovely. Tercapaila hasrat untuk dapat kulit cantik gitu.
Jadi bab-bab jaga kulit ni secara jujurnya mula bila saya dah kahwin, saya ingat bila nampak jerawat je suami saya mesti tanya " krim muka Ani dah abis ke? " " Haah" " Ambik duit ni, gi beli " hihi ..baguskan ? ( Dulu takde duit sendiri sebab kahwin masa study..^^) Saya takdelah beria nak sental kulit supaya dapat putih macam snow white tapi kulit merupakan organ terbesar yang kita ada, jadi ia mempengaruhi penampilan kita. Jadi wajib bagi saya ambil supplemen dan jaga kebersihan wajah untuk dapat kulit cantik. Bagi saya, melaburlah pada supplemen dan skin care yang bermutu, make-up belakang kira. Make up saya hari-hari ; bedak miyami, celak dan lip gloss jenama Lip Ice. Kalau ada majlis besar baru la make up heavy sikit. Itu pun boleh kira setahun sekali kot . Masa hari raya ke atau dinner? Itu pun lepas solat...make up tanggal. Tak kuasa tau make up tebal-tebal, Malaysia ni panas dan lembab, cair make up kalau pakai tebal2. Itu saya la, lainla kalau mereka yang keperluannya bermake up tebal contoh artis, or model.
So sini saya listkan supplemen yang saya ambil.Pengambilan vitamin yang membantu dalam mendapatkan kulit yang cantik ialah :
Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat akan mudah terhasil.
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
Vitamin E terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.Protein Shaklee dikenali dgn nama Energizing Soy Protein (ESP).Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.
Air; sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
Bagi yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan tompokan hitam bekas jerawat, boleh cuba amalkan pemakanan yang kaya dengan vitamin yang dinyatakan atau selain itu boleh amalkan pengambilan supplement jika mampu. Tidak salah kita peruntukan sedikit kewangan untuk kecantikan diri sendiri.
_____________________________________________________
Kata Maksu saya,"Ni artis Hong Kong" tak tahu pulak Hong kong dah ada Hijabsters. ^^ |
X Redcomel X
0 comments:
Post a Comment