Seringlah mencuci muka, sebab air adalah zat alami yang sangat berguna untuk membersihkan kulit dari debu dan kotoran, disarankan cuci muka dengan facial foam atau sabun muka agar lebih fresh dan segar.

Jangan berganti-ganti kosmetik, usahakan pilih kosmetik tertentu dan itu sesuai, bila tidak sesuai maka bergantilah dengan kosmetik yang lain.

Sesuaikan jenis kosmetik dengan keadaan kulit kita,jika kulit berminyak, gunakan kosmetik khusus kulit berminyak, begitupun sebaliknya, jika kulit kering, gunakan kosmetik untuk kulit kering.

Keringkan wajah setelah mencuci muka dengan kain bersih dan steril

Minumlah air putih yang banyak, sebab kulit kita 70 % terdiri dari air, maka untuk menjaga agar tetap segar disarankan untuk meminum air putih yang banyak.

Makan lah sayur dan buah secara rutin, selain untuk kesehatan tubuh juga untuk kesehatan kulit pastinya.

Tidur yang cukup dan nyenyak, sebab tubuh dan kulit juga perlukan rehat .

Pastikan sebelum anda tidur muka harus dalam keadaan bersih, cuci muka terlebih dahulu sebelum anda tidur.

Berolahraga juga penting bagi kesehatan tubuh dan wajah, sesering kita mengeluarkan peluh dengan berolahraga, tubuh akan mengalami pembakaran lemak dan minyak yang mengganggu kesehatan tubuh dan kulit.

Amalkan pengambilan Vitamin E, Vitamin C dan Vitamin B untuk kulit yang berseri dan sihat.
Ingin saya kongsikan kebaikan susu ibu dan manfaat yang dapat diberikan buat bayi kita.
Semoga di bulan yang baik ini ibu-ibu akan terus bersemangat dan untuk menyusukan Si Manja. Chaiyo!^_^

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang berjuang di bulan Ramadan ini. Berjuang untuk memberikan yang terbaik untuk si Manja; susu ibu. Saya ingin kongsikan doa yang boleh di amalkan oleh ibu-ibu supaya susu badan sentiasa ada untuk di berikan pada anak tersayang.




Minggu lepas amat mengembirakan buat saya apabila seorang teman saya, Dina, ( Nama sebenar ibu comel cantik ini adalah Hanida Ismail) ^_^ Beliau memberikan feedback yang sangat mengembirakan saya setelah beliau  mengambil set supplemen SET TOTAL WELLNESS, Osteomatrix, Alfalfa dan add on Vit E.


Jom kita tengok apa yang ada dalam Set2 ni ya?


  • Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : ianya adalah multivitamin beserta iron sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.

  • B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil..dan wajah berseri..inlah rahsianya ..B for Beauty.

  • Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantikkk.

  • ESP @ Energizing Soy Protien : Komposis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.



 
 
  • Vitamin E: Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.

  • Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
  • Melindungi paru2 dari pencemaran udara.Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari




  • Kalsium@ Ostematrix : Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum...ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkir.
  • Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.


Dina juga beritahu saya yang beliau lebih bertenaga dan cergas setelah mengambil supplemen Shaklee. Ya, I feel the same also, sebab berpuasa sambil menyusukan anak or mengepam susu memang mencabar tubuh badan ibu kerana jika water intake yang cukup ataupun tidak cukup sihat, ibu boleh mengalami dehidrasi dan susu juga boleh berkurang . Ianya cukup jelas sehingga ada hadis menyatakan  ibu yang menyusukan anak di bolehkan berbuka puasa jika tidak mampu untuk berpuasa

Jadi buat ibu-ibu, pastikan water intake cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 3 liter, waktu berpuasa cuba cukupkan pengambilan air antara waktu berbuka dan bersahur, sentiasa disiplin dengan jadual makan supplemen. Insya Allah. Selamat berjuang!
Saya ingin kongsikan tips utk ibu yang menyusukan bayi mereka. Credit to Blog Susu Sihat. Moga ibu- ibu yang tabah dan cekal sentiasa sihat ya! ^_^
Assalammualaikum dan Hi semua.

        Dr. Linus Pauling, seorang penerima hadiah nobel, mengatakan bahawa Vitamin C merupakan penyembuh kepada selsema dan batuk. Vitamin  C juga merupakan antioksidan yang larut air. Vitamin C tidak boleh di hasilkan oleh badan manusia dan harus di perolehi melalui makanan ataupun supplemen tambahan. Vitamin C adalah sangat penting untuk sistem imun manusia. Satu kajian University California mendapati mereka yang mengamalkan suplemen hidup lebih lama dan lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil supplemen Vitamin C.

FUNGSI-FUNGSI VITAMIN C


1.  Membantu tumbesaran  kanak – kanak. 
2.  Memelihara kesihatan   kulit, gigi dan gusi. 
3.  Membantu penyerapan  ferum. 
4.  Pembinaan tius  perantaraan ( kolagen),  pembentukan  hemoglobin dan  endapan ferum dalam  
    hati.

5.  Menguatkan dinding  saluran darah. 
6.  Menguatkan sistem  pertahanan tubuh dan  mempercepatkan  pemulihan luka serta  serangan penyakit. 
7.  Antioksidan yang sangat baik untuk sistem imun dan mencegah penyakit kronik.

KESAN KEKURANGAN VITAMIN C


1.  Penyakit skurvi.
2.  Kulit kering,   kasar, gigi   longgar dan  gusi berdarah. 
3.  Kapilari darah di  bawah kulit  pecah. 
4.  Luka, lebam dan  penyakit kulit lambat sembuh. 

5.  Kurang daya  tahan. 
6. Wajah nampak lebih tua berbanding usia
7. Mudah tertekan
8.Mudah mendapat demam dan selsema





 Mengapakah Pesakit Kencing Manis Perlukan Lebih Vitamin C?

Ini kerana glukos dan Vitamin C memasuki sel melalui saluran yang sama, ia memberikan implikasi yang besar pada pesakit kencing manis. Apabila kandungan glukos yang tinggi dalam darah, glukos dan vitamin terpaksa bersaing untuk memasuki sel dan glukos akan menang kerana kandungannya yang banyak dalam darah. Ini akan menjadikan sel kekurangan vitamin C dan apabila proses ini berulang dan berterusan, ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C muncul. Hati-hati, apabila luka tidak boleh sembuh ini menyebabkan bahagian itu  terpaksa di potong.



Amputasi berlaku apabila luka yang dihidapi oleh pesakit kencing manis susah sembuh, ini mengakibatkan bahagian anggota badan itu terpaksa di potong.
Salam. hi semua, hari ni saya nak kongsi tentang vitamin C. Ini penerangan secara ringkas sahaja ya.. Saya akan kupas tentang vitamin C di entry yang akan datang.

Vitamin C atau Ascorbic Acid ialah vitamin larut air. Jumlah yang di sarankan di ambil ialah 90mg secara minima dan seelok-eloknya 500mg sehari.

Apakah tugas Vitamin C?
Vitamin menjalankan lebih 300 fungsi metabolik di dalam tubuh kita.
* Membina kolagen dalam badan
* Memetabolismakan Amino Asid
* Menyerap zat besi dalam tubuh badan.
*Antioxidant

Sumber Vitamin C daripada makanan
*Bayam
*Brokoli
*Jus tomato
*Kiwi
* Mangga
*Oren
*Anggur
*Strawberi

KEKURANGAN VITAMIN C BOLEH MENGAKIBATKAN

*Gusi Berdarah
*Kemurungan
*Badan mudah lebam
*Luka susah baik
*Sakit sendi
*Malaise
*Keletihan





Salam dear all. Kita akan menempuhi Ramadan tak lama lagi kan, di sini saya mahu kongsikan supplemen wajib yang menjadi pilihan ramai untuk berpuasa, Performance Drink. Minuman berperisa oren ini sangat enak bila di minum sejuk .Mari kita tengok apa kelebihannya Performance Drink ini ya?
Sekilas Fakta:

  • Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.
  • Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat yang penting untuk tenaga dan stamina berpanjangan.
  • Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi

  • Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan  untuk jenama unggul)
  • Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.


Siapa yang perlukan PERFORMANCE DRINK?

  1. Ibu yang menyusu, mengandung dan sedang berpuasa
  2. Ahli Sukan
  3. Mereka yang sibuk dan kurang minum air
  4. Mereka yang banyak berjemur atau bekerja on site
  5. Orang yang demam, PD mengelakkan badan menjadi dehidrated
  6. Anak-anak kecil yang bersekolah, terutama yang baru hendak belajar berpuasa.
  7. Semua individu di galakkan ambil performance drink bagi mengelakkan kelesuan dan agar kekal bertenaga




Penyahhidratan merupakan penyebab biasa bagi kelesuan dan tahap pencapaian yang kurang memberangsangkan. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air.  Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Secara ringkasnya minuman Performance drink ini sama fungsinya macam air 100 Plus, tapi air yang berada di pasaran mengandungi terlampau banyak gula dan tidak sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis dan darah tinggi. Berbeza dengan Performance Drink ini, ianya tiada pewarna, pemanis atau pengawet tambahan, selamat untuk semua golongan, daripada kanak-kanak hinggalah warga tua.




Apakah yang membuatkan  kita bertenaga sepanjang hari?
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.



Ianya tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Bagi penggemar product Shaklee, Performance Drink ini merupakan produk yang paling di gemari di bulan Ramadan, dan merupakan salah satu daripada gabungan Tripple Gem yang menjadi kegemaran ibu-ibu yang sentiasa aktif dan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dan ibu hamil.

Hubungi saya untuk mendapatkan Performance Drink anda hari ini ya?^_^


If you need consultation, want to order your supplement, or want to be a Shaklee MEMBER  and enjoy the benefits [Cash, Car & Conventions]
Please contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani Bahaudin]
Puncak Bangi  HP No. =019 6154956  
Email = admin@redcomelmall.com

 ::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::




Saya kongsikan gambar ini yang CNP daripada Gojez Kid Closet. Boleh menjadi panduan ibu-ibu bagaimana untuk menyimpan stok EBM .


Personally, saya sendiri sukakan Mealshakes ni.:-) bila buka bekasnya, aroma wangi vanilla yang memikat selera semua pasti memikat anda untuk mencubanya. Yang pasti, anak-anak tidak akan menolak jika anda hidangkan mereka dengan Mealshakes ini apatah lagi jika anda olah resipinya menjadi Oreo Mealshakes Yummy! ^_^


Apa istimewanya Mealshakes?

*Lengkap dengan protien dan 24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran.
*Meningkatkan selera makan anak-berat badan anak akan bertambah secara konsisten
*Meningkatkan dan menguatkan imuniti anak- anak jarang demam, jarang sakit.
*Membantu memperbaiki sistem penghadaman anak- kurang sembelit
*Mengurangkan masalah kulit sperti ekzema
*Anak lebih cerdas dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar
*Rasa vanilla yang SEDAP!

Jom cuba resipi Oreo Mealshakes untuk kudapan snek sihat anak anda! ^_^
     Pasti ramai ibu-ibu di luar sana yang sangat gusar bila anak tak mahu makan, takde selera makan tetapi pada masa yang sama aktif bermain. Ini boleh membuatkan anak kelihatan kurus, dan kurang berisi. Sama seperti anak saya, memang cerewet makan. Saya atasi masalah ini dengan memberinya Mealshakes Shaklee yang boleh menaikkan selera makan anak saya.

 Saya mahu berkongsikan resipi Mealshake Oreo yang sangat di gemari oleh anak saya, Faeiq. Sehari 2 kali pasti dia nak menikmati Oreo mealshakes ni ^_^ . Oreo Mealshake ni boleh la di sediakan untuk anak-anak yang tak minum susu dalam botol. Susu segar lagi sedap kalau sejuk dan baru dikeluarkan daripada peti ais.

Bahan-bahannya:

1. Mealshake Shaklee

2. Small crush Oreo ( boleh di beli di bakeri, RM 7.50 untuk sepeket) Yang ni intinya tiada ya, biskut sahaja. 

3.Fresh milk

Cara Bancuh:
Masukkan Mealshakes dan susu segar dalam shaker, dan shake, shake, shake.
Apabila Mealshakes dan sebati dengan fresh milk, masukkan Oreo crushed cookies.
Hidangkan untuk si Manja,





Apa yang best sangat Mealshakes ni? Ini mengikut pengalaman saya dan mereka yang telah mencuba Mealshakes

  • Lengkap dengan protien dan  24 jenis A-Z vitamin penting, minerals dan trace minerals yang di perlukan untuk tumbesaran.
  • Meningkatkan selera makan anak-berat badan anak akan bertambah secara konsisten
  • Meningkatkan dan menguatkan imuniti anak- anak jarang demam, jarang sakit.
  • Membantu memperbaiki sistem penghadaman anak- kurang sembelit
  • Mengurangkan masalah kulit sperti ekzema
  • Anak lebih cerdas dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar 
  • Rasa vanilla yang SEDAP! 
Siapa yang perlukan Mealshakes?
1. Semua kanak-kanak  terutamanya yang kurang selera makan, anak yang terlampau kurus,selalu demam dan sakit, selalu kena sembelit dan juga kanak-kanak obese.
2. Juga sesuai untuk sesiapa sahaja (Ibu-ibu mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemulihan selepas operation, mereka yang inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .
3.Mereka yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh menjadi minuman yg lazat.
4. Meal Shake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan.

Saya sendiri memberikan anak-anak saya mealshakes, Alhamdulillah, sungguh pun aktif dengan aktiviti sekolah sehari-hari, mereka jarang demam dan semakin tinggi membesar. ^_^

Jika mahu mendapatkan mealshakes untuk Champion anda, hubungi saya ya! 
1. Tahukah anda  binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg  sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka. Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri dan kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita. Masya Allah, hanya DIA yang Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian, dan kita manusia adalah sebaik-baik penciptaanNya. ^_^

2. Mereka yang mengambil supplemen Vitamin C setiap hari mengurangkan risiko  kanser dan penyakit jantung.

3. Vitamin melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas.

4. Vitamin C melindungi sperma lelaki daripada rosak akibat radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan Vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari.

5. Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen, . Mahu kulit cantik dan sihat? Vitamin C yang perlu anda ambil. ^_^

6. Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat.

7.Tahukah anda racun labah- labah hitam yang berbisa dapat di tawarkan dengan dos vitamin C yang sangat tinggi? ^_^

8. Vitamin C melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

9. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari?

10.Vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Mudah selesema atau bersin
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi



     Pemakanan bayi adalah susu. Penyusuan ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh anak. Pemakanan paling sihat adalah susu ibu dan banyak kebaikan yang diperolehi oleh baby dan ibu. Susu ibu terhasil dan zat di dalamnya terdiri daripada pemakanan yang di amalkan oleh ibu.

    Pentingkah menjaga pemakanan wahai ibu-ibu? Nampak remeh tapi membawa impak besar pada golongan yang bergelar ibu, lebih-lebih lagi  yang sedang  menyusukan bayi. Penting menjaga pengambilan makanan kerana:
  • Ibu-ibu perlu membekalkan diet yang lengkap dan sempurna serta cukup nutrient bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi.
  • Menggalakkan supply dan demand susu badan, susu yang cukup akan memastikan perkembangan yang sempurna bagi bayi.
  • Pemakanan yang sempurna juga boleh mengembalikan berat badan idaman ( masa mengandung ramai yang naik berat badan kan?)

Makanla mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

Bukan piramid makanan yang ini tau!

Pemilihan makanan yang bernutrient tinggi penting bagi memastikan  anak kita mendapat manfaat daripada penyusuan badan yang diberikan. Pelbagaikan makanan yang kita ambil, ikut portion yang betul dan imbangkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan beriadah dengan intake  food yang dia ambil agar tidak berlaku lebihan kalori. 

Apa yang penting, ibu  harus meminum air yang banyak, yang di sarankan adalah 8-10 gelas sehari kerana 87% daripada susu ibu adalah air.

Tips: Minum segelas air setiap kali sebelum meyusukan bayi atau mengepam, ini akan menghasilkan lebih banyak susu dan meminum air masak juga sangat membantu menurunkan berat badan.