Assalammualaikum dan Salam sejahtera. 



   Mendapat cahaya mata merupakan satu anugerah yang paling bernilai. Dan ramai ibu-ibu yang menyedari faedah menyusukan bayi kerana tahu khasiat susu ibu yang banyak. Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

      Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif.  Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.

ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.

iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.

iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.

v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

          Susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optimum khasiat susu ibu sangat banyak. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Khasiat susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

        Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.   Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga untuk menjimatkan wang.

Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

       Semakin ramai yang menyedari kebaikan vitamin untuk kulit dan Set D merupakan antara set yang paling mendapat sambutan. Ini kerana bukan ianya bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan kulit ,Bonus untuk pengamalnya, ia menjadikan tubuh badan sihat, dan tubuh badan yang sihat memancarkan keserian kulit dari dalam.

     Kenapa penjagaan kulit penting dan kenapa kita perlukan vitamin untuk mendapat kulit yang cantik ? Penjagaan kulit bukan sekadar sains kosmetik , ianya sebagai pelindung utama tubuh badan kita PALING UTAMA memandangkan ianya merupakan organ terbesar yang kita ada dan paling utama untuk dijaga agar lapisan dalaman serta organ dalam terjaga rapi daripada di terjah oleh segala mak nenek virus dan bakteria yang ada di luar.KUNCI UTAMA KESIHATAN adalah KULIT. Kulit merupakan "First Line Defense" yang melindungi tubuh badan kita daripada virus, bakteria, fungus dan bendasing. Ia mengekalkan bendalir dalam badan supaya suhu badan stabil, dan kulit juga adalah tempat penyimpanan  dan penghasilan Vitamin D, vitamin yang penting untuk penyerapan kalsium yang penting untuk tulang.



SET VITAMIN KULIT (SET D)
  • Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,
  • Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.
  • Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

 MESTI ADD ON ESP YANG MARVELOUS!


Kulit menjadi kusam mempunyai kaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang.Tahukah anda bahawa kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah hidup selama 3 minggu dan kemudian akan bertukar kepada sel baru.Dan jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, bagaimana kolagen boleh terbentuk? bagaimana sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sebab tu kulit nampak kusam. 



Sel terbentuk daripada protein. Mana datangnya sumber protin? Sumber protien kita perolehi  dari ikan, ayam, telur, kekacang.Namun begitu protin yang kita perolehi sering termusnah akibat daripada cara masak yang tidak betul. Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka protien yang kita cuba perolehi dah musnah. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.
 


Saya sendiri mengamalkan set D dan ESP ni untuk kesihatan, tambahan pula saya menyusukan anak bongsu saya Rayan Comel dan bonusnya, kulit saya alhamdulillah bebas jerawat dan masalah kulit.





Hubungi saya di admin@redcomelmall.com ataupun di talian/ sms019 6154956. Konsultasi percuma.





Salam. 
Tiada apa yang boleh menandingi susu ibu. Ianya kaya khasiat, penuh dengan kasih sayang dari ibu untuk anak.

Dalam Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.
Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.
Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.
Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.
Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.
Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘
‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics selama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.
Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu.  Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.
Energizing Soy Protein – Vanilla


KELEBIHAN SHAKLEE ESP UNTUK ANDA

1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.


SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP?

1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Remaja
5) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
6) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
7) Orang yang inginkan kesihatan optimum
8) Orang yang ada masalah kesuburan
9)Lelaki
10) Wanita
Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik.


Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi

Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


  • Tumbuhan berprotein yang berkualiti tertinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal







Salam...
Ramai kawan-kawan saya baru melahirkan  cahaya mata. Happy for you. ^_^ Bak kata kawan saya, it's the beginning of your sleepless nights. Ya, memang betul. Jadi ibu-ibu jangan lupa pakai cream mata ( eye treatment cream) supaya keesokkan paginya puan-puan tidak bermata panda ke ofis. ^_~
Bila baby kita baru lahir, segalanya berubah, Semuanya on demand. kena check lampin selalu, tengok dia selesa atau tak.. Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk - namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.
Penyusuan Bayi: Apa yang Perlu Diketahui
Susu ibu merupakan makanan yang paling sesuai bagi bayi. Penyusuan susu ibu memberikan faedah daripada segi fizikal dan emosi kepada ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu bagi 6 bulan yang pertama adalah sangat digalakkan.
Menyusui bayi mengikut permintaan: Lebih kurang 8 hingga 12 kali sehari. Biasanya selepas 2 hingga 3 bulan bayi akan selesa dengan penyusuan sebanyak 6 hingga 8 kali sehari.
Mengikuti cara bayi anda menyusu: seperti mengocak (stirring), menggeliat (stretching), pergerakan menghisap dan pergerakan bibir.
Mengetahui bila bayi anda kenyang: apabila bayi berhenti menghisap, menutup mulut atau mengalih mulutnya dari puting, dia mungkin kekenyangan atau berehat sebentar. Cuba sendawakan bayi atau tunggu sebentar sebelum menyusukan sekali lagi. Sekiranya bayi kenyang, bayi akan mengelak daripada disusukan.
Menyusu dengan mencukupi: Ibu bapa sentiasa risau sama ada bayi mereka menyusu dengan mencukupi atau tidak. Beberapa panduan berikut mungkin dapat membantu. Perhatikan kepuasan bayi antara masa penyusuan, kesedaran bayi, kesihatan kulit dan peningkatan berat badan. Bayi anda mungkin tidak menyusu dengan secukupnya sekiranya dia kurang membuang air besar atau air kecil dan lampin perlu ditukar kurang daripada 6 hingga 8 kali sekali, atau dia sentiasa tidur sepanjang masa. Jika anda mengesyaki yang bayi anda mungkin tidak menyusu dengan cukup, anda perlu membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
Apabila bayi sentiasa menangis: lapar, perlu ditukarkan lampin, perlu sendawa, letih, perlu didodoi, hendak menukar kedudukan atau berasa tidak selesa.
Kita mungkin berasa tertekan sekiranya bayi  menangis secara berterusan tanpa henti. Namun, seharusnya mesti cuba terus tenang sepanjang masa dan jangan menggoncang bayi kerana ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius pada otak. 
Semoga dengan kelahiran bayi tersayang menjadikan kita insan yang lebih baik, penyayang dan bertanggungjawab. Enjoy and cherished the moment. Love, Redcomel.
Assalammualaikum dan salam sejahtera. :-) Jika mama sedang hamil dan masih belum mengetahui apakah jantina bayi mama, mungkin boleh perhatikan perilaku kita semasa sedang hamil. Saya petik entry ini daripada rakan Fb saya, Mamasofea. Saya akui walaupun tiada hujah jitu yang menyokong, tetapi melalui pengalaman saya yang mengandungkan 4 anak lelaki ini, ianya amat tepat sekali. Bagaimana dengan anda? Jom baca ^_^

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
• perut anda kelihatan bulat sempurna
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
• bentuk perut condong ke arah bawah
• sukakan makanan yang masam dan masin
• suka makan daging dan keju
• tapak kaki selalu berasa sejuk
• tangan selalu kekeringan
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
• hidung tampak lebih mekar
• selalu sakit kepala

TANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

• mengalami morning sickness di awal kehamilan
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
• bentuk perut condong ke arah atas
• perut tampak agak lonjong
• mengidam makanan yang manis
• sukakan buah-buahan
• suka minum air atau jus yang bersifat masam
• anda lebih cerewet semasa hamil
• mudah moody berbanding sebelumnya
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
• tidak suka makan roti bersama kulitnya
• payudara kelihatan mengembang
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur



      Tahniah mama kerana memilih untuk meyusukan bayi. Saya sendiri mempunyai 4 orang anak lelaki yang semuanya breastfeeding sehingga usia mereka 2 tahun. Namun saya pasti, buat ibu-ibu muda yang baru melangkah ke alam penyusuan ibu pasti ada banyak soal jawab yang bermain di fikiran. :-) Tak apa, percayalah, perjalanan menjadi ibu yang menyusukan anak memang indah, pasti ibu-ibu akan merinduinya tatkala anak-anak sudah membesar nanti.

Hari ini saya kongsikan teknik penyusuan ibu yang betul, semoga ia banyak membawa manfaat pada ibu-ibu
[source]
Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik
Posisi
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.

  • Gambar 1:Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
Pelekapan
  • Gambar 2:Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.



Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
  • Gambar menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul. Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
  • Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.

  •        Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi



Salam semua. Buat pengetahuan semua Vitamin C Shaklee sangat hot stuff sampai tak sampai 2 minggu dah kehabisan stok di HQ Shaklee. Phew..

Saya kongsikan sedikit tentang kebaikan Vitamin C yang menjadi kegemaran ramai ini.

Vitamin C tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, ia bermakna kita perlu diambil setiap hari kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari.

Tahu tak yang binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka? Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri jadi kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita. :-) Tapi dahulu mengikut kajian sebiji limau mampu membekalkan kita 100 mg vitamin C, tetapi sekarang sebiji limau belum tentu dapat memberikan 15 mg Vitamin C kerana pestisid, cuaca dan sebagainya. Solusi? Supplemen pasti membantu.

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN C?

Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, Vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit nampak lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Jika kita makan vitamin C secara konsisten, ia dapat melambatkan proses penuaan, menghalus kulit, sekaligus menghambat enzim tirosinase iaitu enzim yang bertugas membantu pembentukan pigmen di kulit. Jika proses pigmentasi terhambat, kulit pun akan kelihatan lebih bersih dan cerah.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Mudah selesema atau bersin
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi

Jadi, kitala yang paling tahu bila diri kita perlukan supplemen. Tepuk dada, tanya diri. ^_^

Take care everyone, have a nice day!
    credit to Yadzroom Digital Studio

         Semua pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pasti inginkan cahayamata. Adik biras saya Lina, akan mendapat cahaya mata pada hujung bulan ini dan saya doakan semoga kelahiran baby dipermudahkan. Amin. Dia bawa khabar gembira bila bertandang ke rumah saya semalam. Adik bongsunya ada mengalami masalah period yang tidak berhenti-henti, dan setelah mengambil GLA Complex masalahnya dah tiada lagi. Saya happy betul! ^_^ Belum habis sebotol pun kan Lina? Alhamdulillah. Walaupun setiap individu berbeza tahap penyembuhannya, namun kita harus berusaha supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan masalah sukar mengandung akibat period yang tidak teratur. Ada hujah yang mengatakan ianya di sebabkan ketidakstabilan hormon.


pix_middle


pix_topright

Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan.
Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita  yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya.    Ada juga berlaku  pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon  yang berlaku secara semulajadi.    Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran  haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal  atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin.    Malah keadaan  keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin  ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang,  memang kurang  subur.  Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa  kaedah rawatan kesuburan.
*************************************************************************** 
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, kitaran haid yang tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorang wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS), punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur. 
“PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
“Ia adalah masalah paling lazim yang menyebabkan seseorang wanita itu gagal hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yang menyedarinya.
Adakah supplemen Shaklee yang boleh membantu?


GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yangg normal. Ia membantu mengimbangkan hormon di dalam tubuh badan kita. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.



Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Jom tengok testimoni 


Moga entry ini dapat membantu mereka yang memerlukan.

Love,
Redcomel.

     
Watch "Edgar Ortiz lost 200 pounds using Shaklee's Cinch" on YouTube



Memeranjatkan ke? ^_^ Jangan terperanjat..Ini bukan kali pertama Cinch Shaklee dan Set Body Perfector Shaklee merubah imej seseorang.


Saya sukakan Cinch Shake Shaklee. Mempunyai 3 perasa iaitu Vanilla, Coklat dan Caffe latte. Rasanya sedap, saya suka shake dengan susu soya ataupun susu rendah lemak.


CARA DIET CINCH

Ramai yang bertanya macam mana nak berdiet style Cinch ni?
Cara saya: Gantikan 2 waktu hidangan utama anda dengan Cinch Shake ini.

1.Samaada sarapan & lunch, malam makan mcm biasa.

2. Samaada sarapan & makan malam, tengahari makan macam biasa. Selepas makan berat, ambil lecithin dan alfalfa.

Tetapi dengan syarat: waktu makan haruslah kurang minyak, kurangkan porsi nasi dan banyakkan sayur- sayuran. Kurangkan snek, strickly no kudapan manis-manis, dan juga tiada air manis untukmu. Amalkan hidup aktif, jika tidak boleh exercise, naiklah tangga, berjalan kaki sekurang- kurangnya 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu. Minum air masak 3L sehari ya! Jangan biarkan perut lapar, sentiasa makan buah- buahan ( epal, lai, oren) Ini kerana dengan berlapar diri kita jadi craving dan kita end up makan lebih banyak!
[Buah Mangga, Durian dan Tembikai tak termasuk dalam kategori buah- buahan yang menguruskan badan ya, ^_~]

Ini adalah penerangan tentang CINCH:

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary yang diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori.

• Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

•Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut.

•Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

•Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

•Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

•Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

•Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga.

•Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

•Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

SET YANG DI CADANGKAN

CINCH SHAKE
Lecithin
Vitalea
Vitamin C

Untuk Ibu yang menyusukan, Cinch boleh di ganti dengan Energizing Soy Protien.

Hubungi saya untuk konsultasi ya. Tq.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini. Alhamdulillah, diberikan umur dan kemurahan rezeki untuk berkongsi kebaikan dan ilmu. :-) Saya nak kongsikan tentang ESP yang SANGAT DIGEMARI oleh semua.

Khasiat-khasiatnya Adalah:

Kekal Muda 

Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi

kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki 


genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal

Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera 

Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi 

Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori 

Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya



Siapa yang Perlukan ESP?

ESP ni bukan sahaja baik untuk ibu menyusu , ia sesuai utk seisi keluarga.

1. Orang menjaga kesihatan dan menjaga berat badan.

2. Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga dan kurang makan makanan pejal.

3. Kanak-kanak bersekolah

4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak

5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan.

6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,

7. Ahli sukan dan bina badan

8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat dan yang inginkan kulit yang cantik.

9. Mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat.

ESP selamat di ambil oleh ibu yang mengandung dan menyusu :-)