Assalamualaikum.
Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya dan tak pernah jemu membaca artikel yang saya kongsikan. mengambil supplemen kini merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan kita. Tapi tahukan anda mengapa kita PERLU mengambil supplemen makanan tambahan ini?
Saya kongsikan hari ini 24 sebab kenapa kita perlu mengambil supplemen makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.
Terima kasih kerana sudi datang ke blog saya dan tak pernah jemu membaca artikel yang saya kongsikan. mengambil supplemen kini merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan kita. Tapi tahukan anda mengapa kita PERLU mengambil supplemen makanan tambahan ini?
Saya kongsikan hari ini 24 sebab kenapa kita perlu mengambil supplemen makanan tambahan yang diambil dari majalah Health Digest.
1.Penghadaman tidak baik/Poor Digestion
Walaupun
makanan yang anda ambil adalah baik, namun penghadaman yang tidak
efisyen akan menghadkan penyerapan vitamin ke usus anda. Sebab lain
mungkin anda tidak mengunyah secara sempurna dan makan terlalu laju. Ini
akan menyebabkan enzim tidak dapat menghadamkan saiz makanan yang
besar. Anda yang mempunyai masalah gigi juga menghadapi keadaan ini,
berbanding mereka yang mempunyai set gigi asal yang penuh.
2.Makanan dimasak terlalu lama/Overcooking
Makanan
yang dimasak terlalu lama boleh memusnahkan sesetengah vitamin seperti
vitamin B, C dan E. Merebus terlalu lama juga merosakkan vitamin larut
air ini dan sesetengah mineral. Mengukus secara perlahan dan
sederhana lebih digalakkan.
3.Makanan yang tersimpan lama/Food Storage
Makanan
yang tersimpan lama (freezing food) akan mengurangkan kandungan
vitamin dan mineral dalam makanan tersebut. Contohnya vitamin E.
Makanan yang bersumberkan vitamin E seperti roti, minyak adalah makanan
proses yang mengurangkan vitamin E atau menghilangkannya secara total,
yang mana jangka hayat penggunaannya lama tetapi kandungan nutriennya
sangat kurang.
4.Tanah yang kurang subur/Crop Nutrient Losses
Tumbuhan
seperti sayur-sayuran ditanam di tanah yang kurang subur. Tanah yang
ditanam secara intensif akan mengurangkan kesuburannya. Satu kajian yang
dilakukan mendapati 68% kesuburan tanah hilang dalam masa empat tahun.
5.Tekanan/Stress
Tekanan
emosi dan fizikal akan meningkatkan keperluan badan terhadap vitamin
B2, B5, B6 dan C dan lain-lain. Jika vitamin-vitamin ini tidak
mencukupi, lama kelamaan badan anda akan menghidapi penyakit-penyakit degenaratif yang disebabkan oleh tekanan stress itu tadi.
6.Alahan makanan tertentu/Food Allergies
Anda
yang alah kepada sesetengah makanan, mungkin akan mengalami kekurangan
nutrisi dari makanan yang anda alah tersebut. Ini kerana mengikut
kajian, tubuh badan memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan.
7.Sakit dan kemalangan/Accidents and illnesses
Jika
anda sakit, menjalani pembedahan atau mengalami kemalangan, keperluan
kepada sesetengah vitamin seperti zink, vitamin E, protin dan kalsium
meningkat untuk proses penyembuhan. Jadi mengambil vitamin dan mineral ini secara tambahan
adalah amat perlu.
8.Remaja/Teenagers
Jika
anda sedang meningkat remaja atau pelajar, terutama kepada remaja
perempuan, keperluan kepada vitamin dan mineral semasa proses pembesaran
fizikal, emosi dan biokemikal adalah amat tinggi. Satu data dari
kajian yang dijalankan mendapati 30-50 peratus remaja berusia 12 ke 16
tahun mendapat kurang dari dua pertiga pengambilan vitamin dari yang
dicadangkan (USRDA).
9.Wanita mangandung/Pregnant Women
Wanita
mengandung memerlukan vitamin dan mineral lebih tinggi dari keperluan
orang dewasa untuk pembesaran janin yang sihat dan juga ibu yang sihat.
Nutrisi yang meningkat semasa mengandung adalah seperti kumpulan
vitamin B, terutama B1, B2, B5, B6, acid folik, B12, dan mineral
seperti kalsium, iron, magnesium, zink dan banyak lagi. Satu kajian
yang dijalankan di USA, mendapati 80% wanita mengandung mendapat kurang
dari dua pertiga pengambilan nutrisi dari yang dicadangkan oleh USRDA.
10.Makanan tinggi karbohidrat/Convenience foods
Diet
yang tinggi karbohidrat seperti nasi putih, tepung, gula putih,
memerlukan permintaan yang tinggi terhadap vitamin terutamanya dalam
kumpulan B untuk proses karbohidrat tersebut. Kekurangan nutrien ini
akan menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan mengantuk.
11.Pengambilan antibiotik/Antibiotics
Pengambilan
antibiotik yang kerap, walaupun untuk melawan bakteria dan jangkitan,
tetapi juga membunuh bakteria baik di dalam usus. Kekurangan bakteria
baik ini akan menyebabkan masalah penghadaman dan pembuangan. Penambahan
makanan tambahan vitamin dan mineral adalah sangat perlu.
12.Diet yang tidak seimbang/Fad Diets
Diet
yang tidak seimbang akan mengurangkan vitamin dan mineral secara
serius. Bahkan makanan yang kurang lemak jika diambil keterlaluan akan
mengurangkan vitamin A, D dan E. Ini terutama mereka yang vegetarian
amat perlu menambah nutrient yang mereka tidak dapat dari daging dan
sumber haiwan.
13.Makan sedikit/Light Eaters
Sesetengah
orang makan amat sedikit, walaupun bukan matlamat mengurangkan berat
badan. Satu kajian pemakanan di US didapati purata wanita mengambil
kurang dari 756 kalori sehari, di mana pada tahap ini akan menyebabkan
mereka kurang tiamin, kalsium dan zat besi.
14.Orang-orang tua(Warga emas)/The elderly
Peningkatan
umur berkait dengan berkurangnya pengambilan vitamin dan mineral yang
terdapat dalam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh hilangnya selera,
lemahnya sistem penghadaman, menghadapi penyakit-penyakit tertentu
bahkan sistem penghasilan sel tubuh menjadi lambat.
15.Pengamal pil perancang/Oral Contraceptives
Jika
anda salah seorang yang mengamalkan pil perancang, anda perlu
mengambil tambahan vitamin dan mineral kerana pil – pil tersebut boleh
mengurangkan penyerapan folik asid dan meningkatkan keperluan vitamin
B6, C, zink dan riboflavin.
16.Pengambilan julap/Laxatives
Pengambilan
julap yang berlebihan terutama dari jenis jamu, akan mengurangkan
penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan kerana kadar transit
makanan yang singkat. Julap yang kuat ini mungkin akan menghilangkan
dengan banyak mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
17.Senggugut/PMT Sindrom
Kajian
menunjukkan 80 peratus wanita yang mengalami PMT atau sengugut akan
mengalami masalah dari simtom seperti sakit kepala, cepat marah, kembung
, kesakitan payu dara, kelesuan dan tekanan yang boleh mendapat
manafaat dari tambahan vitamin dan mineral.
18.Kurang mendapat cahaya matahari/Lact of Sunlight
Maksimum
pengambilan vitamin D sehari ialah 400 I.U. Jika anda bekerja sif atau
kurang terdedah dengan matahari, anda akan mengalami kekurangan
vitamin D, yang mana vitamin ini sangat diperlukan untuk penyerapan
kalsium, yang tanpanya akan menyebabkan osteoporosis dan ricket. Bahkan
anda pelu menambah vitamin D kerana cahaya matahari dah tercemar oleh
berbagai keadaan dan suasana sekarang.
19.Keperluan biologi individu/Bio-individuality
Keperluan
biologi individu adalah berbeza, terutama kepada yang menggunakan
kekuatan fizikal seperti atelit, buruh dan bergantung juga kepada berat
dan bentuk fizikal seseorang. Peningkatan dalam pengambilan protin
memerlukan kuantiti vitamin B yang berkait dengan keperluan kalori
seseorang.
20.Kekurangan simpanan tubuh/Low Body Reserves
Walaupun
badan kita boleh menyimpan sesetengah vitamin, tetapi kajian mendapati
sesetengah vitamin seperti A dan E merosot yang boleh dikategorikan
berisiko tinggi terhadap masalah kesihatan.
21.Ahli sukan/Athletes
Ahli
sukan memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih banyak
berbanding orang biasa. Kajian terhadap ahli sukan olimpik Australia dan
pemain bola Grade-A, menunjukkan kekurangan jumlah vitamin dan mineral
tertentu berkurangan dengan banyak.
22.Kesukaan kepada kopi, teh dan makanan pedas/Hot Coffee, tea and spices
Tabiat
suka kepada minuman panas, kopi, teh dan makanan pedas, boleh
menyebabkan inflamasi kepada usus, yang menyebabkan usus menjadi lemah
dan mengurangkan penyerapan vitamin dan mineral.
23.Merokok/Smoking
Seperti
yang telah diketahui umum, merokok menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan. Keperluan terutamanya vitamin C adalah 30 peratus meningkat
lebih dari orang yang tidak merokok dan juga lain-lain vitamin
antioksida.
24.Minuman Keras/Alcohol
Mengambil
minuman keras terlalu banyak telah diketahui akan merosakkan hati dan
buah pinggang, yang mana penting untuk penghadaman dan metabolik.
Alkohol memberi kesan kepada keupayaan dan penyerapan nutrien dan
meningkatkan keperluan badan untuk hampir kesemua jenis vitamin dan
mineral.