Assalammualaikum dan Salam sejahtera.



           Masalah jerawat merupakan masalah yang sering berlaku terutama sekali remaja.Semasa baligh, peri menopaus dan menopaus, sebum (minyak) kelenjar kulit  menjadi lebih aktif. Liang  roma boleh menjadi tersumbat dengan sebum, bakteria dan keadaan kulit yang kering , menyebabkan jerawat dan tompokan merah muncul. Jerawat biasanya muncul di muka, bahu, kepala, lengan atas dan kaki, bahagian atas dada dan belakang. Lebih daripada 40 peratus daripada remaja mendapatkan rawatan dari pakar untuk keadaan jerawat mereka.

              Hormon jerawat cenderung untuk berlaku semasa ovulasi atau minggu sebelum haid. Di kalangan wanita, jerawat boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon.Apabila ini berlaku, androgen (hormon lelaki) yang dirembeskan berlebihan,  jerawat di sekitar garis rambut, dagu dan dada dan belakang. Untuk membetulkan jerawat disebabkan hormon, ramai doktor menetapkan pil kawalan kelahiran untuk menghentikan ovulasi. Supplemen  tambahan seperti GLA COMPLEX juga boleh menormalkan ovulasi dan menghapuskan masalah jerawat disebakan ketidakstabilan hormon.

              Walaupun pilihan makanan telah hangat dibahaskan sebagai penyebab jerawat selama bertahun-tahun, penyelidikan daripada Universiti Colorado mengesahkan bahawa diet yang tinggi dalam karbohidrat akan meningkatkan insulin dan ini menggalakkan pertumbuhan jerawat. Menurut Dr Loren Cordain, mengalami tahap insulin yang tinggi meningkatkan tahap hormon, merangsang pengeluaran minyak yang membawa kepada liang tersumbat, pertumbuhan bakteria dan jerawat. Makanan  tinggi glisemik seperti  roti, kek, gula dan soda adalah penyebab utama dalam jerawat. 


Tahukah anda?? di New Guinea dan Amazon mana diet mereka memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran gejala jerawat tidak pernah muncul dalam masyarat mereka. Mereka yang  mengalami masalah jerawat harus sedar pilihan makanan yang salah memburukkan lagi keadaan. Jerawat juga dikaitkan dengan keasidan perut yang rendah,  ketidakseimbangan dalam saluran penghadaman.
Apakah tips perawatan wajah yang sesuai untuk mengatasi jerawat?

1. Kurangkan pengambilan gula
Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. 

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E, B Complex dan Vitamin C .

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


5. Melaburlah untuk Produk Penjagaan Wajah yang Baik.
Pastikan produk penjagaan wajah yang anda gunakan bebas kimia dan paraben, bebas daripada bahan merbahaya. 
Adakah supplemen Shaklee yang boleh membantu mengatasi jerawat dan untuk perawatan wajah supaya kulit wajah halus mulus menjadi milik kita ? Ada. :-)


  • Vitamin C
  • Vitamin B Complex
  • Vitamin E
  • Collagen Powder
  • Nutriwhite 
  • GLA Complex



SET VITAMIN KULIT (SET D)
Vitamin C- untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,


Vitamin B Complex ( B for Beauty)- menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.


Vitamin E- yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

SET SKIN CARE SHAKLEE : NUTRIWHITE.

Saya sangat sukakan set skin care ini, sangat sesuai untuk kulit sensitif, apabila saya sapukan di wajah meresap terus diwajah tanpa rasa melekit. Bagi saya ia setanding SKII. ( kerana sebelum ini saya pengguna tegar SKII) Ia diperbuat dari 16 jenis ramuan semulajadi seperti bunga rosemary,Aloe vera, Daul Mulbery.Ianya mampu milik dan berbaloi memilikinya. Kenapa? kerana ianya selamat, tanpa Paraben yang boleh menyebabkan kanser kulit.

*Menghilangkan kulit wajah kusam
*Mencerahkan kulit secara semulajadi tanpa pengelupasan
*Selamat dan berkesan
*Kulit Muka tidak berminyak
*Tona wajah sekata dan cerah
*Tiada pewangi tiruan yang boleh menyebabkan iritasi kulit
*Menjadikan kulit lebih licin, cerah dan berseri

Fungsi-fungsi Kolagen

♥ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

♥ Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

♥ Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

♥ Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

♥ Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

♥ Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

♥ Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.



Untuk tempahan vitamin anda:
Pn. Ani 019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com
Adakah anda mengalami masalah jerawat batu yang teruk?
Hilang keyakinan diri dengan kulit wajah yang bermasalah?


Mari kita baca perkongsian Lisa  yang berkongsi pengambilan produk Shaklee yang menjadikan kulit wajah beliau kembali licin.



Salam buat semua,


Nama saya Lisa Laing. Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.


Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat,kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang dibagi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang dibagi doktor jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali dalam 1 bulan. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Itulah kisah saya tanpa Shaklee.

Permulaan saya bersama Shaklee bermula apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya merasa bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima Kasih sangat kepada pengasas Shaklee ini kerana telah mengeluarkan produk yang sangat terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.
( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:

1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon 
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.

Sekian.

Terima Kasih Shaklee.


**************************************************************************************************
Untuk membuat tempahan dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
☎ Call/Sms/WhatApp : 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com