Punca Penyakit Jantung - Adakah Kolesterol?
Penyakit jantung; seperti penyakit jantung koronari, serangan
jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital,
adalah pembunuh nombor satu di Malaysia.
Bilangan kematian akibat
penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247
orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolesterol yang tinggi
merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya
bahawa punca penyakit jantung adalah kolesterol.
Kolesterol dan Penyakit Jantung
Kita tahu bahawa kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak
baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding
arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Namun ianya akan
dibersihkan oleh kolesterol HDL. Semakin rendah nisbah antara jumlah
kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita untuk
mendapat penyakit jantung.
Kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik, dalam keadaan asal ia
baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, sel yang lain
dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup
kolesterol LDL daripada makanan, badan kita sendiri akan membuatnya.
Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk
(mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan
anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak
memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol bagi
menurunkan risiko mendapat penyakit jantung.
Penyebab Sebenar Penyakit Jantung
Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol
bukan penyebab utama penyakit jantung. Mengikut kajian, penyebab
sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang
diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh daripada mereka yang
mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal.
Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan
penyakit jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol,
anda sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan punca yang menyebabkan
radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam
pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.
Kolesterol LDL bukanlah penyebab masalah radang pembuluh darah. Punca
utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein
dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL
dioksida oleh radikal bebas.
Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak
akan bertukar menjadi tidak baik. Homosistein adalah bahan yang terhasil
ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas.
Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah
berlebihan.
Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan
strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam
darah yang tinggi.
Homosistein dan Penyakit Jantung
Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer daripada Harvard
Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan paras
homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit
jantung sebanyak tiga kali ganda.
Di dalam New England Journal of Medicine
keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa
paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko
penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan
menyebabkan strok).
Selain daripada itu Dr. Selhub juga melaporkan
bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga
mempunyai paras asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah
dalam tubuh mereka. Satu penemuan yang perlu diberi perhatian.
Pencegahan Penyakit Jantung
Sebelum ini dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah
kolesterol, tetapi kajian-kajian yang dijalankan di abad ke 21 telah
membuktikan bahawa homosistein juga merupakan puncanya. Untuk mencegah
daripada mendapat penyakit jantung, kita dinasihatkan untuk mengubah
gaya hidup.
Pengambilan makanan seimbang dan melakukan aktiviti fizikal
dapat membantu tubuh kita mendapat HDL (kolesterol baik)( Omegaguard) , anti-oksidan ( Vivix) ,
asid folik (B9), vitamin B12 dan vitamin B6 ( B Complex ) yang cukup, yang akan
melindungi kita daripada penyakit jantung.
nak cakap, tulisan ni menarik, info power !!!
ReplyDelete