Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts
Assalammualaikum dan hai.. ^_^

      Pastinya kehadiran cahayamata amat bermakna buat pasangan suami isteri terutamanya buat Si Ibu.Tahniah pada ibu yang baru melahirkan. Kalau saya yang dah beranak 4 ni, setiap kali selepas melahirkan, mesti pada malamnya saya tak tidur kerana membelek baby saya. :-) 

      Buat ibu yang dah ada pengalaman, maksud saya yang dah mempunyai ramai anak, mesti tahu bila mana anak itu berasa lapar. Namun mungkin perkara ini tak semudah buat ibu yang melahirkan anak sulung, mesti keliru jika anak tiba-tiba menangis dan terus menerus menangis. Jadi mungkin saya boleh kongsikan serba sedikit tanda-tanda bayi sudah lapar.

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat kita perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika kita tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda awal si manja lapar
Tanda akhir bayi
mahu menyusu

    Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

    Susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet dan merajuk. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi. 

   Semoga ibu-ibu mendapat manfaat daripada entry ini. Selamat datang ke Dunia Keibuan. 

Assalammualaikum dan Hi Semua..


       Saya suka buat kerja waktu awal pagi seawal 5 am. Sebabnya Rayan si comel tu takdelah syebok-syebok sama menaip bila saya buka laptop ni dan suasana hening begitu mendamaikan hati. Bangun, mandi dan solat, lepas tu dah boleh update blog or update list customer, listkan apa jadual hari ni, packing order vitamin, nanti pukul 7 dah nak kejut bangun Ghaus pergi sekolah. Just browsing FB di pagi hari, saya jumpa satu artikel yang saya kira sangat informative tentang bahaya berikan air masak kepada baby yang umurnya kurang 6 bulan. Jemput baca ye? ^^


Walaupun dah berkali2 di ingatkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.
Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah. 
Merencatkan Tumbesaran   Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran. 
Merencatkan Akal   Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya. 
Mengancam Nyawa Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan. 
Mengakibatkan Sawan Tarik    Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya
credit: Islamic Articles

If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
salam,

Hi all.. Hari ni saya nak kongsikan penyakit yang sering di alami oleh anak kecil.

1. Demam
2. Selsema
3. Cirit Birit.
4. Jaundice
5. Kembung Perut/ Colic
6. Ruam Susu
7. Ruam Lampin
8. Nanah Telinga
9. Sawan Demam
10.Lelah/Asthma
11.Alahan, elergy pada makanan
12. Bisul
13. Sakit Gigi dan Gusi
14. Penyakit Cacing

Saya akan jelaskan serba sedikit dalam entry seterusnya. Stay Tune!


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::