Assalammualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan satu artikel mengenai kebaikan penyusuan ibu yang meningkatkan IQ Si Manja anda. :-)




SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.

Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.
"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya

sumber

Begitu banyak kebaikan susu ibu. Jika ibu ingin mencari Vitamin Ibu menyusu, boleh menghubungi saya dan saya akan memberikan konsultasi dan cara-cara makan vitamin ibu ya..Jika Ibu mempunyai kekangan kewangan, kami mempunyai set low budget yang pasti mampu di milik oleh semua orang.

Cadangan Vitamin Ibu Menyusu. ^_^
Assalammualaikum dan hai.. ^_^

      Pastinya kehadiran cahayamata amat bermakna buat pasangan suami isteri terutamanya buat Si Ibu.Tahniah pada ibu yang baru melahirkan. Kalau saya yang dah beranak 4 ni, setiap kali selepas melahirkan, mesti pada malamnya saya tak tidur kerana membelek baby saya. :-) 

      Buat ibu yang dah ada pengalaman, maksud saya yang dah mempunyai ramai anak, mesti tahu bila mana anak itu berasa lapar. Namun mungkin perkara ini tak semudah buat ibu yang melahirkan anak sulung, mesti keliru jika anak tiba-tiba menangis dan terus menerus menangis. Jadi mungkin saya boleh kongsikan serba sedikit tanda-tanda bayi sudah lapar.

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat kita perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika kita tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.
Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.
Tanda awal si manja lapar
Tanda akhir bayi
mahu menyusu

    Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

    Susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet dan merajuk. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi. 

   Semoga ibu-ibu mendapat manfaat daripada entry ini. Selamat datang ke Dunia Keibuan. 




JEMPUT KE REDCOMELMALL

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, ternyata Shaklee menjadi pilihan utama apabila ibu-ibu mencari Vitamin Ibu Menyusu. Ini kerana vitamin- vitamin ini tak sama seperti milkbooster lain yang ada di pasaran, yang semata- mata membanyakkan susu ibu. Vitamin Ibu menyusu Shaklee melengkapkan nutrisi dalam badan ibu, menjadikan ibu cergas, mood ceria dan cantik berseri.

Jika ibu- ibu tidak tahu set vitamin yang mana yang sesuai, bolehlah ibu- ibu membaca penerangan di bawah ya! ^_^

1.[ Vitamin Ibu Menyusu Set B]


  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan
  • Tujuan utama mengambil supplemen ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu.
  • Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu.
  • Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan alfalfa


2.[Vitamin Ibu Menyusu Eu-Four Pack]

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan Kalsium
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.


3.[Vitamin Ibu Menyusu Set E]

  • Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin, kalsium dan alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.
  • Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu
  • Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana alfalfa dan kalsium bertindak sebagai milk-booster


4.[Vitamin Ibu Menyusu Set 3M]
Mengandungi Set B, kalsium dan ESP

  • Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan
  • Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
  • Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak
  • Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat
  • Set ini set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhenti menyusukan anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap dan stimulasi yang berterusan untuk menggalakkan pengeluaran susu. InsyaAllah, pasti tidak menghampakan.
Ini merupakan testimoni seorang ibu yang gembira setelah berjaya mengumpul stok yang banyak.  Contoh set yang beliau ambil. ^_^ FANTASTIC MOMMY!
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin memperkenalkan, Formulasi Terulung daripada Shaklee

Alfalfa Complex

20 KELEBIHAN ALFALFA

>> Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
>> Melegakan sakit sendi dan belakang.
>> Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
>> Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
>> Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
>> Merawat arthitis
>> Bagus untuk elergi dan ekzema
>> Merawat athma
>> Mencuci usus bagi membuang toksik
>> Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
>> Meneutralkan asid dalam badan
>> Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
>> Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
>> Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
>> Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
>> Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
>> Meningkatkan stamina seorang suami
>> Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
>> Membuang angin dalam badan
>> Milk booster

Pesanan dan pertanyaan, Hubungi saya di 019-6154956 Pn. Ani

Terima kasih.
www.redcomelmall.blogspot.com


Assalammualaikum dan Salam sejahtera. 



   Mendapat cahaya mata merupakan satu anugerah yang paling bernilai. Dan ramai ibu-ibu yang menyedari faedah menyusukan bayi kerana tahu khasiat susu ibu yang banyak. Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

      Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif.  Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.

ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.

iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.

iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.

v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

          Susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optimum khasiat susu ibu sangat banyak. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Khasiat susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

        Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.   Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga untuk menjimatkan wang.

Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

       Semakin ramai yang menyedari kebaikan vitamin untuk kulit dan Set D merupakan antara set yang paling mendapat sambutan. Ini kerana bukan ianya bukan sahaja tertumpu kepada penjagaan kulit ,Bonus untuk pengamalnya, ia menjadikan tubuh badan sihat, dan tubuh badan yang sihat memancarkan keserian kulit dari dalam.

     Kenapa penjagaan kulit penting dan kenapa kita perlukan vitamin untuk mendapat kulit yang cantik ? Penjagaan kulit bukan sekadar sains kosmetik , ianya sebagai pelindung utama tubuh badan kita PALING UTAMA memandangkan ianya merupakan organ terbesar yang kita ada dan paling utama untuk dijaga agar lapisan dalaman serta organ dalam terjaga rapi daripada di terjah oleh segala mak nenek virus dan bakteria yang ada di luar.KUNCI UTAMA KESIHATAN adalah KULIT. Kulit merupakan "First Line Defense" yang melindungi tubuh badan kita daripada virus, bakteria, fungus dan bendasing. Ia mengekalkan bendalir dalam badan supaya suhu badan stabil, dan kulit juga adalah tempat penyimpanan  dan penghasilan Vitamin D, vitamin yang penting untuk penyerapan kalsium yang penting untuk tulang.



SET VITAMIN KULIT (SET D)
  • Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu,
  • Vitamin B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.
  • Vitamin E yang memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. (kedut of course!). Vitamin E bersifat anti-oksidan dalam bentuk fat-soluble (manakala Vitamin C tadi dalam bentuk water-soluble).

 MESTI ADD ON ESP YANG MARVELOUS!


Kulit menjadi kusam mempunyai kaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang.Tahukah anda bahawa kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah hidup selama 3 minggu dan kemudian akan bertukar kepada sel baru.Dan jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, bagaimana kolagen boleh terbentuk? bagaimana sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sebab tu kulit nampak kusam. 



Sel terbentuk daripada protein. Mana datangnya sumber protin? Sumber protien kita perolehi  dari ikan, ayam, telur, kekacang.Namun begitu protin yang kita perolehi sering termusnah akibat daripada cara masak yang tidak betul. Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka protien yang kita cuba perolehi dah musnah. Protein hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protein. Jika sel mendapat cukup protein, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.
 


Saya sendiri mengamalkan set D dan ESP ni untuk kesihatan, tambahan pula saya menyusukan anak bongsu saya Rayan Comel dan bonusnya, kulit saya alhamdulillah bebas jerawat dan masalah kulit.





Hubungi saya di admin@redcomelmall.com ataupun di talian/ sms019 6154956. Konsultasi percuma.





Salam. 
Tiada apa yang boleh menandingi susu ibu. Ianya kaya khasiat, penuh dengan kasih sayang dari ibu untuk anak.

Dalam Al-Quran menganjurkan para ibu untuk menyusukan bayi mereka. Sebaik-baiknya sehingga si bayi berusia 2 tahun.
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)
Terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam ayat ini. Melalui ilham yang dikurniakan Allah pada manusia, maka kelebihan susu ibu sudah dapat diteroka dan dibuktikan pada hari ini.
Kelebihan pada bayi
Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi kerana mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi. Ianya mudah diserap  dan dihadam oleh system pencernaan bayi, selain dapat melindungi bayi dari serangan penyakit seperti cirit- birit. Manakala bayi yang mengalami jaundice (demam kuning), susu ibu merupakan penawar yang terbaik yang dapat mengeluarkan sisa bilirubin dari tubuh bayi.
Pada hari-hari awal kelahiran, kelenjar payudara akan mengeluarkan cecair kekuningan yang dinamakan kolostrum. Ada sesetengah ibu yang membuang susu ini kerana menyangkanya susu basi. Sebaliknya, kolostrum mengandungi zat khusus untuk bayi di awal kelahirannya. Antaranya, kaya dengan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada serangan bakteria.
Melalui penyusuan susu ibu, terjalin hubungan kasih sayang yang erat antara ibu dan anak. Ini dapat memberi keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.  Bagi si ibu pula, penyusuan dapat melahirkan rasa kasih dan sedia berkorban buat anak tersayang.
Susu ibu bukan sahaja makanan semulajadi yang lengkap untuk tumbesaran bayi bahkan susu ibu merupakan makanan rohani dan akhlak. Seperti mana yang diketahui, makanan member kesan kepada sikap dan kelakuan manusia. Sebab itulah, si ibu bukan sahaja memberi makanan kepada bayi, tetapi juga mengalirkan pemikiran dan sikapnya dalam setiap titik susu yang diberikan kepada si anak.
Kelebihan pada ibu
Sepertimana bayi, ibu juga turut mendapat banyak kelebihan menerusi penyusuan susu badan.
Baginda Rasulullah SAW mengkhabarkan pada para ibu :
‘ Bagi hisapan pertama susu ibu kepada anaknya, si ibu mendapat ganjaran laksana ia memberikan nyawa kepada seorang manusia ‘
‘Setiap titisan susu ibu itu akan diganjari dengan satu pahala’
Rasulullah SAW turut memberi amaran keras pada para ibu yang tidak menyusukan anak mereka tanpa alasan yang kukuh contohnya jika si ibu khuatir jika hilang kecantikannya jika menyusu badan. Baginda menceritakan bahawa baginda melihat beberapa orang wanita yang dadanya digigit oleh ular-ular. Apabila ditanya, baginda diberitahu bahawa  wanita tersebut adalah wanita yang tidak menyusukan anak mereka.
Menurunkan berat badan yang bertambah akibat kehamilan merupakan agenda utama yang ingin dilaksanakan oleh para ibu. Menerusi penyusuan badan, si ibu dapat membakar lebih dari 600 kalori sehari. Seolah-olah si ibu melakukan senam aerobics selama 2 jam sehari!
Selain daripada itu, penyusuan susu ibu boleh menjarakkan kelahiran anak dan digunakan sebagai kaedah semula jadi  untuk merancang keluarga . Kaedah ini berkesan mencegah kehamilan, dengan syarat bayi berusia 6 bulan ke bawah dan disusukan secara ekslusif serta si ibu masih belum kedatangan kitaran haidnya.
Berita baik bagi wanita yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan dirinya. Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara dan kanser ovari. Penyusuan susu ibu juga dapat mempercepat pengecutan rahim ke saiz dan bentuk asals ebelum mengandung.
Masyarakat hari ini semakin sedar akan kepentingan susu ibu.  Moga semua ibu menguatkan azam untuk memberi yang terbaik untuk si manja mereka.