Gastrik merupakan masalah yang sangat
lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis
(keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau
peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Lazimnya apabila orang mengatakan merek ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi untuk mencernakan makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
TANDA-TANDA GASTRIK
Tanda-tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tanda-tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
*
Rasa senak, berangin atau pedih
*
Rasa tidak selesa
*
Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
*
Rasa mual (loya) dan muntah
*
Hilang selera makan
*
Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :
* Najis menjadi hitam seperti tar
*
Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
SIAPA YANG BERISIKO MENGIDAP GASTRIK?
Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
1-Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
Tempoh
pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara
individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu
boleh menyebabkan masalah ini
2-Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
3-Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :
i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan
ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini
4-Individu
yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau
mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah
gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru
menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan
kepada badan.
5 -Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
BAGAIMANAKAH UNTUK MENGELAKKAN GASTRIK?
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
*
Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
*
Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari
dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan
bersahur
*
Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
*
Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
*
Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
*
Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
*
Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini
berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
ADAKAH SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK GASTRIK?
Berikut merupakan vitamin-vitamin yang boleh diambil untuk mengatasi masalah Gastrik tanpa ubat-ubatan,
Ostematrix
- vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
- membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
- kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
B Complex
- bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit gastrik anda.
- melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita.
- berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.
Energizing Soy Protein (ESP)
- Sumber protein unggul daripada kacang soya dalam ESP merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
- nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pecernaan makanan
Untuk membuat tempahan/menjadi ahli Shaklee (RM65 shj) dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :
KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/ Redcomel
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com
KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
PM ke : www.facebook.com/messages/
Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com