Hipertensi atau Darah Tinggi ialah kesan tekanan darah pada dinding arteri meningkat. Tekanan Darah Tinggi boleh menyebabkan risiko stroke, aneurisma, kegagalan jantung, serangan jantung, dan kerosakan ginjal. 


 Jika anda membuat pemeriksaan darah tinggi, boleh semak berpandukan jadual di bawah samaada tekanan darah tinggi anda normal atau tidak.

 

Antara gejala awal darah tinggi adalah:
  • Sakit kepala
  • Pendarahan dari hidung 
  • Pening
  • Wajah kemerahan
  • Cepat Merasa penat

Kesan Jangka Panjang Darah Tinggi
-Angin Ahmar
-Serangan Jantung
-Kegagalan Jantung (dimana pengepaman jantung jadi lemah) 

Faktor yang Meningkatkan Risiko Darah Tinggi

1. Usia- Arteri menjadi keras kerana usia meningkat, dan ini menghalang aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi
2. Keturunan
3.Jantina-lelaki lebih ramai mengidap penyakit ini berbanding perempuan. 

Tahukah anda apakah yang menyebabkan punca darah tinggi ini?
[PUNCA DARAH TINGGI]
  • Obesiti
  • Merokok
  • Alkohol
  • Garam berlebihan
  • Diabetes
  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit adrenal
  • Perancang kehamilan
  • Stress
  • Kurang bersenam

Kita perlu mengamalkan cara hidup sihat dan pemikiran positif untuk mencegah penyakit darah tinggi.Kurangkan stress dan  kekalkan berat badan yang ideal supaya penyakit ini dapat di cegah. Kurangkan garam dalam makanan. Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan makanan yang diproses dan yang di tinkan.

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk Mengawal Darah Tinggi:

OMEGAGUARD
CoQ10
Garlic Complex
Vitamin E
Vitalea
Vitamin C
B Complex

  

    Masalah berat badan sangat membimbangkan bukan? Bukan sahaja menjadikan penampilan kurang menarik, masalah berat badan juga menjadikan keyakinan diri berkurang. Bukan itu sahaja, masalah berat badan mengundang pelbagai penyakit jika tidak di bendung dan menjurus kepada masalah obesiti.

Jangan biarkan masalah ini berlarutan, sebab kalau dah naik memang susah nak turun dan penghujungnya kita akan rasa berputus asa nak turunkan berat badan.


8 PENYEBAB MASALAH BERAT BADAN YANG HARUS DI PERHATIKAN :

1. Kurang Tidur
Kurang tidur meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan berlebihan yang menyebabkan peningkatan berat badan.

2. Makan Berlebihan
Orang yang kegemukan lebih responsif berbanding dengan orang berberat badan normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau apabila tiba  waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan bila ia merasa ingin makan, bukan makan semasa lapar. Pola makan berlebih inilah yang menyebabkan sukar untuk keluar dari kegemukan jika  individu tidak memiliki motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.
 3. Kesan Sampingan Ubat
Semua jenis ubat yang biasa diambil seperti ubat antidepresi, perancang kehamilan, tekanan darah tinggi, dan diabetes dalam beberapa kes dapat menyebabkan peningkatan berat badan yang sangat drastik.

4. Hamil Pada Usia Tua
Ibu yang hamil di usia tua, lebih cenderung untuk memiliki anak dengan kelebihan berat badan atau obesiti dibandingkan dengan ibu yang hamil di usia muda.

5. Pasangan dengan Jenis Badan yang Sama
Pasangan yang memiliki jenis tubuh serupa dengan pasangannya,sama-sama gemuk, berisiko menurunkan gen keturunan yang menyebabkan kegemukan/obesiti pada anaknya.

6. Faktor Genetik
Kegemukan / Obesiti yang disebabkan oleh  generasi sebelumnya dapat tertanam di dalam gen generasi tersebut yang dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.


7.Pengaruh Emosional
Ada yang mengatakan kegemukan bermula dari masalah emosional yang tidak terkawal.  Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apa bila mereka tertekan,  tegang atau cemas,


8. Kurang bersenam
Orang yang duduk bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kurang bersenam menjadikan berat badan sukar diturunkan.Bersenam sangat penting dalam penurunan berat badanbukan sahaja kerana dapat membakar kalori,ia juga dapat dapat membantu mengatur metabolisme badan kembali normal.

Bahaya kegemukan  boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes,jantung ,kanser. Kesan buruk masalah berat badan pada wanita  seperti sering cepat lesu dan menurunkan semangat untuk menjalani aktiviti harian . Kegemukan juga meningkatkan risiko bahaya serangan jantung.



CARA MENGATASI MASALAH BERAT BADAN  YANG SELAMAT, SIHAT DAN EFEKTIF:


Jika anda mengalami masalah berat badan dan mahu mengatasinya, ada produk Shaklee yang boleh membantu anda.
  • LECITHIN
  • OMEGA
  • HERBLAX
  • ALFALFA
  • CINCH SHAKE
  • ESP 

Untuk tempahan "SET KURUS" dan konsultasi percuma,
Hubungi 
Pn.Ani 019-6154956
Pm/Live chat: www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com