Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.



Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk.
Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.


Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.


Selepas itu, saya memberanikan diri untuk mencuba satu jenama kosmetik tempatan. Kulit muka semakin pulih dan apabila saya berhenti menggunakannya, kulit muka ditumbuhi jeragat dan juga jerawat.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.

Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!

Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi.

Rangkaian Shaklee pilihan saya dan berjaya menjadikan saya lebih yakin dengan kulit saya sekarang. Alhamdulillah.


HUBUNGI Saya untuk mendapatkan konsultasi produk Shaklee untuk penyakit resdung
Pn. Ani 019-6154956

      Diabetes wanita semasa hamil adalah sejenis penyakit kencing manis (DM) atau diabetes yang dihidapi oleh wanita semasa mengandung ( Gestational Diabetes Mellitus atau GDM) lebih kurang 4% wanita hamil di kesan mengidap GDM. ia biasanya dapat dikesan semasa kandungan berusia 28 minggu hingga minggu ke 34. Namun penyakit ini selalunya akan hilang selepas bayi dilahirkan.



BAGAIMANA GDM BOLEH TERCETUS?

-Keadaan ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badan (estrogen, kortisol, dan juga lactogen dalam uri) dan juga pertambahan berat badan semasa hamil adalah satu perkembangan yang sihat. Namun perubahan ini menyebabkan badan mengalami ketidakcukupan hormon yang di panggil insulin , iaitu hormon pengawal gula dalam badan. Kekurangan hormon insulin mempenngaruhi hormon dalam placenta, kadar gula dalam darah meningkat dan ini akan menyebabkan berlakunya diabetes semasa kehamilan

RISIKO
 Risiko yang boleh dihadapi oleh bayi dalam kandungan adalah:

  • Pertumbuhan bayi lambat
  • Bayi menjadi lebih besar
  • Bayi berisiko menjadi lebih besar
  •  Bayi berisiko mengalami mati mengejut dalam kandungan
Walaubagaimanapun penyakit diabetes di kalangan ibu hamil akan reda selepas bersalin kecuali ibu tersebut memang ada sejarah keturunan atau faktor lain seperti obesiti .

 
Assalammualaikum..Saya Muhammad Faiz Bin Ahmad berusia 23 tahun. Saya ingin kongsikan #ShakleeEffect saya kepada semua. Sebenarnya saya sebelum ni anti-supllemen tau! Tu lah orang cakap, bila tak sakit memang kita tak cari supplemen-supplemen ni..Bila dah kena sendiri baru rasa kepentingannya.

Jom ikuti kisah saya..



Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya awal bulan 3 tahun ni. Semasa tu saya menunggang motosikal. Badan saya tercampak dalam gaung setelah saya cuba mengelak daripada sebuah kereta yang ‘makan’ jalan laluan saya. (Masa tu rasa macam superman plak badan melayang terbang). Akibatnya saya mengalami patah tulang belakang dan juga patah tulang di atas telapak kaki saya.

Menurut doktor tulang belakang yang patah tu tulang yang no 2 seperti carta di atas. Doktor cakap akan ambil masa untuk sembuh dan akan baik dengan sendiri sebab usia saya masih muda lagi baru 23 tahun. Tapi, ambil masa tu berapa lama? Doktor pun tak dapat nak pastikan dan saya pula takkan nak menunggu sahaja tanpa usaha apa-apa..

Sampai bila saya nak berkerusi roda dan terbaring atas katil sahaja tunggu tanpa buat apa-apa. Perlukan usaha juga kan sebab doktor hanya bagi ubat tahan sakit sahaja. Takkan boleh sembuh dengan ubat tu ja..Jadi, saya meminta kakak saya yang kebetulan pengedar Shaklee memberi cadangan supplemen yang mana boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan tulang saya ni.

Jadi, kakak saya cadangkan ESP, Zinc, Ostematrix dan AJHT. Alhamdulillah setelah mengamalkan supplemen tersebut dengan konsisten selama sebulan tanpa culas, tulang patah yang dialami oleh saya sudah bercantum semula!!. Dengan izinNya jua. Alhamdulillah...Menakjubkan!!

Doktor pun berkali-kali tengok xray macam tak percaya. Siap tanya dah berapa lama accident ni sehinggakan doktor tu pun panggil doktor yang dari pemerhatian saya lebih senior dari dia untuk mengesahkannya. Jadi balutan simen di kaki doktor terus buka dan menyuruh saya menggunakan tongkat pula sebab katanya tulang baru bercantum dan tak mau bagi tekanan yang kuat sangat ke atas kaki saya..

Lagi pula untuk menampung tulang belakang saya sebab doktor minta untuk teruskan pakai bengkung keras tu sekurangnya selama 6 bulan untuk memastikan tulang tu betul-betul kukuh dan bercantum dengan baik sebab melibatkan tulang belakang takut menekan saraf yang akan beri kesan buruk pada badan saya nanti.

Bulan ke -3 iaitu temujanji ketiga saya dengan doktor, doktor kata bengkung keras yang membalut badan saya tu dah boleh dibuka. Katanya tulang saya dah bercantum elok cuma dalam masa setahun ni saya tidak dibenarkan untuk angkat benda-benda yang berat dan juga menunggang motor.

Alhamdulillah gembira lah saya. Saya dah boleh bergerak dengan bebas tanpa perlu rasa seperti “Iron Man” lagi!! Saya juga tak perlu jumpa dengan doktor lagi dan hanya diberikan ‘open appoinment’ sekiranya terjadi apa-apa seperti rasa sakit dan sebagainya.

Alhamdulillah!!Sekarang ni saya masih konsisten mengamalkan Ostematrix dan juga ESP sahaja. Saya perlu mengambil bekalan kalsium secukupnya untuk pastikan tulang saya betul-betul kuat.

Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih

Vivix memang kegemaran ramai  dan bukan sekadar sebab semua orang menggemarinya, ini kerana keberkesanan Vivix dalam memperbaiki kesihatan. Saya ingin kongsikan pengalaman Puan Nur Afizah yang berumur 59 tahun, bagaimana beliau jatuh cinta dengan Vivix. <3>


Assalamualaikum W.B.T

Saya Nur Afizah Binti Shuib, berumur 59 tahun dan bekerja sebagai penjawat awam. Mempunyai 4 orang cahaya mata dan 4 orang cucu.
.

Daripada zaman saya muda-muda lagi, saya memang mementingkan kesihatan. Macam-macam suplemen yang saya cuba, yang murah yang mahal..Tapi kebanyakkan, tidak menunjukkan apa-apa kesan yang ketara. Saya amalkan produk Shaklee dah 3 tahun lebih. Saya kenal Shaklee daripada anak dan menantu saya. Alhamdulillah, saya jatuh hati dengan produk Shaklee terutamanya VIVIX!
.
.


Saya memang jaga pemakanan, saya kurangkan gula dalam minuman harian. Tapi disebabkan kencing manis dan darah tinggi ni penyakit 'keturunan’, memang tak boleh nak lari mana lah..Check-up di hospital baru-baru ni, menggunakan mesin penimbang elektronik yang baru tu. Apa ntah namanya mesin tu. Happy sangat bila doktor cakap bacaan b/p saya mcm 'anak dara', 120/80.
.
.
Tapi dari bacaan mesin tu, doktor inform yang umur dalam badan saya 51 tahun! Memang terkejut lah dengar, walhal umur saya tahun depan dah masuk 60 tahun. Alhamdulillah, awet muda..BMI saya pun normal. Bacaan kencing manis saya pun normal, 6.7 berbanding dengan bacaan 3 tahun dulu, 8.0..Doktor pun dah kurangkan dos ubat kencing manis yang perlu saya makan setiap hari. Lega rasa.. :-)
.
.
Pernah ada sahabat saya tanya, kat mana saya buat gigi palsu. Teratur cantik je..Hehe, saya kata ni gigi betul. Tak pernah lagi buat gigi palsu. Terkejutlah dia, di usia saya yang nak masuk 60 tahun ni, masih lagi ada gigi kekal yang masih elok. Bagi saya, penjagaan gigi sangatlah penting. Dari saya muda lagi, saya amalkan minum susu setiap hari.
.
.
Ini adalah antara vitamin yg saya konsisten ambil setiap hari dengan konsisten. Paling best, saya suka VIVIX. Rasanya dah 12 botol yang saya makan. (saya kongsi makan dengan suami tercinta).
.
.
Kulit saya yang dahulunya kusam dan tak bermaya, rasa lebih ceria dan awet muda berbanding sebelum ambil vivix. Memang Best! Bg yang belum tahu, vivix ni bukan sahaja suplemen untuk kesihatan menyeluruh, tapi vivix jugak berfungsi sebagai anti-penuaan.
.
.
Pada tahun 2013, saya berpeluang untuk melangkah kaki ke tanah suci Mekah bersama anak dan suami untuk menunaikan Umrah. Alhamdulillah, kesihatan saya baik-baik je kat sana. Tapi, suami saya mengalami athma yang teruk sehingga sampai sahaja di Malaysia, suami saya kena admit di Hospital Sg.Buluh. Doktor mengesahkan suami saya kena jangkitan di paru-paru yang berpunca daripada habuk di Mekah. Berkampunglah di hospital selama 8 hari.
.
.
Suami saya ni, memang susah nak makan vitamin melainkan kalau saya ambil dan bagi kat dia, baru dia makan. Tapi, di Mekah kami tinggal di bilik berasingan, sebab tu susah sikit saya nak berkongsi vitamin dengan suami. Alhamdulillah, kesihatan saya baik di sana tanpa demam atau batuk. Vitamin Shaklee saya bawa sekali kesana dan amalkan setiap hari sebelum mengerjakan Umrah.
.
.
Produk yang hebat dan berkesan ni, saya kongsikan kebaikan dengan kawan-kawan sepejabat saya. VIVIX the best choice suplemen untuk di amalkan setiap hari. Di tambah dengan vitamin lain seperti Vita-Lea, Vita C Plus dan Omega, kesihatan saya bertambah baik.
.
.
Bagi anak-anak yang tak tau nak bagi hadiah apa kat mak abah anda, boleh la hadiahkan sebotol VIVIX ni setiap bulan.
.
10 Tips Sihat daripada Dr Oz

      Kenalkah anda Dr Oz?  Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti mengenali Doktor Oz. Dia adalah seorang doktor yang kerap mengisi tema kesihatan di acara talk show paling popular di dunia itu.

 Selain rancangan Oprah, Dr. Oz juga kerap muncul di rancangan Larry King Live. Sejak tahun 2009, Dokter Oz memiliki program acara television yang berjudul The Dr Oz Show. Namun, tahukah anda siapa  sebenarnya  doktor paling terkenal di Amerika ini? Dr Oz memiliki nama lengkap Dr Mehmet Cengiz Oz. Beliau adalah ahli bedah jantung dari Harvard University.


Hari ini saya ingin kongsikan 10 tips daripada Dr Oz untuk mengekalkan  kesihatan dan kecergasan.

1. JADI KUAT BUKAN KURUS

 Tubuh tak mungkin sembuh jika kita tidak kuat. Beliau mencadangkan senaman yang seimbang termasuk kardio dan flexible training.Bersenam selama 7 minit setiap hari lebih baik daripada sesi gym yang panjang tetapi dibuat sekali sekala. Lupakan sesi treadmill yang membosankan, beliau mencadangkan anda mendapatkan pedometer dan tetapkan sasaran 10000 langkah sehari ( sekitar 5 batu untuk kekal langsing dan sihat)



2. SINGKIRKAN YANG PUTIH


Apakah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan tubuh? Buangkan sahaja sumber makanan yang berwarna putih! Kebanyakkan makanan yang berwarna putih adalah roti, nasi putih, pasta, gula dan tepung diperbuat daripada karbohidrat ringkas, jadi mengeluarkannnya daripada senarai diet  adalah alah satu cara paling cepat untuk mengurangkan berat badan.



3. MAKAN BROKOLI

Tahukah anda yang brokoli membersihkan hati dan memnentang kanser? Yabrokoli banyak khasiatnya. Dr Oz mencadangkan brokoli jadi sebahagian daripada diet. Cara memsak terbaik adalah dengan cara stim atau bakar bagi mengekalkan nutrien zat yang terkandung di dalamnya.



4. DAPATKAN VITAMIN D SETIAP HARI

Dr Oz mengatakan pengambilan Vitamin D membantu menurunkan berat badan dengan mengawal selera makan dan membantu sel lemak menjadi aktif secara metabolik. Cahaya matahari membantu tubuh menyerap kalsium yang penting untuk tulang, meningkatkan imuniti mengurangkan keradangan, dan mengurangkan serangan beberapa jenis kanser.




5. MINUM AIR LEBIH

Minum air yang banyak sangat penting untuk kekal sihat bertenaga dan mengurangkan berat badan. Ada banyak sebab mengapa kita kena kekal terhidrat kerana dahaga selalu menyamar sebagai kelaparan. Ia meningkatkan metabolisme . Sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.




6. MINUM TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah cara terbaik untuk merangsang penurunan berat badan dan kesihatan.Ia bukan sahaja menyemarakkan metabolisme tetapi ia juga mengandungi kepekatan catechins yang tinggi  iaitu sejenis antioksidan yang berupaya melindungi tubuh daripada serangan jantung dan kanser.



7. FOKUS PADA NUTRIEN BUKAN KALORI



Untuk kekal langsing dan sihat, ambil makanan yang tinggi serat, buah-buahan yang kaya nutrien, sayur bijirin dan daging tanpa lemak. Ambil makanan yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.



8.LEWATKAN MAKAN PENCUCI MULUT


Tidak salah mengambil pencuci mulut, cuma perlu lewatkan kerana gula mengganggu penyerapan nutrien. Desert yang terbaik ialah coklat gelap (Dark Chocolate) . Kandungan Flavonoid yang terkandung dalam koko meningkatkan aliran darah ke otak, membantu penglihatan menjadi lebih baik.


9.TIDUR UNTUK KEKAL LANGSING

Menurut Dr Oz, kurang tidur mempercepatkan penuaan dan menghalang usaha menurunkan berat badan.  Otak mengidam karbohidrat apabila badan letih, jadi kurang tidur akan mensabotaj diri walaupun telah mempunyai pelan weight loss yang baik.

10. SARAPAN ADALAH WAJIB. 


Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Tidak mengambil hidangan pertama boleh meningkatkan risiko obesiti lebih 4 kali ganda.


Assalamualaikum.

Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih.
.
.
Ok, saya nak share something yang bestt sangat dengan anda semua. Rugi sangat sapa yang tak baca sampai habis ni. Hihi..Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok.
.
.


First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set pantang ni lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set pantang Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je.
.
.
Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. 3Rezekii...Hehe...Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set pantang Shaklee ni 100%..Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni...Vitamin je pn...Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu...
.
.
14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg...Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan.Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada set pantang Shaklee.
.
.
Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set pantang Shaklee. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat.
.
.
Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, set pantang ni memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks.
.
.
Bila saya share cerita set pantang ni dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih set pantang ni sebagai pilihan mereka ketika berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee.
.
.
Thank you kepada semua yang baca kisah cinta saya dengan Shaklee ni sampai habis.







>>>>DAPATKAN SET PANTANG SHAKLEE >>>
Hubungi Pn. Ani 019-6154956