10 Tips Sihat Terbaik Dr Oz

10 Tips Sihat daripada Dr Oz

      Kenalkah anda Dr Oz?  Penonton acara talk show popular Amerika, The Oprah Winfrey Show, pasti mengenali Doktor Oz. Dia adalah seorang doktor yang kerap mengisi tema kesihatan di acara talk show paling popular di dunia itu.

 Selain rancangan Oprah, Dr. Oz juga kerap muncul di rancangan Larry King Live. Sejak tahun 2009, Dokter Oz memiliki program acara television yang berjudul The Dr Oz Show. Namun, tahukah anda siapa  sebenarnya  doktor paling terkenal di Amerika ini? Dr Oz memiliki nama lengkap Dr Mehmet Cengiz Oz. Beliau adalah ahli bedah jantung dari Harvard University.


Hari ini saya ingin kongsikan 10 tips daripada Dr Oz untuk mengekalkan  kesihatan dan kecergasan.

1. JADI KUAT BUKAN KURUS

 Tubuh tak mungkin sembuh jika kita tidak kuat. Beliau mencadangkan senaman yang seimbang termasuk kardio dan flexible training.Bersenam selama 7 minit setiap hari lebih baik daripada sesi gym yang panjang tetapi dibuat sekali sekala. Lupakan sesi treadmill yang membosankan, beliau mencadangkan anda mendapatkan pedometer dan tetapkan sasaran 10000 langkah sehari ( sekitar 5 batu untuk kekal langsing dan sihat)



2. SINGKIRKAN YANG PUTIH


Apakah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan tubuh? Buangkan sahaja sumber makanan yang berwarna putih! Kebanyakkan makanan yang berwarna putih adalah roti, nasi putih, pasta, gula dan tepung diperbuat daripada karbohidrat ringkas, jadi mengeluarkannnya daripada senarai diet  adalah alah satu cara paling cepat untuk mengurangkan berat badan.



3. MAKAN BROKOLI

Tahukah anda yang brokoli membersihkan hati dan memnentang kanser? Yabrokoli banyak khasiatnya. Dr Oz mencadangkan brokoli jadi sebahagian daripada diet. Cara memsak terbaik adalah dengan cara stim atau bakar bagi mengekalkan nutrien zat yang terkandung di dalamnya.



4. DAPATKAN VITAMIN D SETIAP HARI

Dr Oz mengatakan pengambilan Vitamin D membantu menurunkan berat badan dengan mengawal selera makan dan membantu sel lemak menjadi aktif secara metabolik. Cahaya matahari membantu tubuh menyerap kalsium yang penting untuk tulang, meningkatkan imuniti mengurangkan keradangan, dan mengurangkan serangan beberapa jenis kanser.




5. MINUM AIR LEBIH

Minum air yang banyak sangat penting untuk kekal sihat bertenaga dan mengurangkan berat badan. Ada banyak sebab mengapa kita kena kekal terhidrat kerana dahaga selalu menyamar sebagai kelaparan. Ia meningkatkan metabolisme . Sekurang-kurangnya minum air sebanyak 8 gelas sehari.




6. MINUM TEH HIJAU

Minum teh hijau adalah cara terbaik untuk merangsang penurunan berat badan dan kesihatan.Ia bukan sahaja menyemarakkan metabolisme tetapi ia juga mengandungi kepekatan catechins yang tinggi  iaitu sejenis antioksidan yang berupaya melindungi tubuh daripada serangan jantung dan kanser.



7. FOKUS PADA NUTRIEN BUKAN KALORI



Untuk kekal langsing dan sihat, ambil makanan yang tinggi serat, buah-buahan yang kaya nutrien, sayur bijirin dan daging tanpa lemak. Ambil makanan yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran.



8.LEWATKAN MAKAN PENCUCI MULUT


Tidak salah mengambil pencuci mulut, cuma perlu lewatkan kerana gula mengganggu penyerapan nutrien. Desert yang terbaik ialah coklat gelap (Dark Chocolate) . Kandungan Flavonoid yang terkandung dalam koko meningkatkan aliran darah ke otak, membantu penglihatan menjadi lebih baik.


9.TIDUR UNTUK KEKAL LANGSING

Menurut Dr Oz, kurang tidur mempercepatkan penuaan dan menghalang usaha menurunkan berat badan.  Otak mengidam karbohidrat apabila badan letih, jadi kurang tidur akan mensabotaj diri walaupun telah mempunyai pelan weight loss yang baik.

10. SARAPAN ADALAH WAJIB. 


Sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Tidak mengambil hidangan pertama boleh meningkatkan risiko obesiti lebih 4 kali ganda.


0 comments:

Post a Comment