Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
SELALUKAH IBU MENGALAMI  KEKEJANGAN KAKI SEMASA HAMIL?
HB rendah?
PENAT DAN LETIH?
SELALU DEMAM?
TAK LARAT?
MABUK YANG KETERLALUAN?

Pastikan ibu ambil vitamin yang cukup agar simptom-simptom diatas ini boleh diatasi sepanjang kehamilan.

Ibu yang hamil wajib jaga kesejahteraan diri sepanjang kehamilan demi kesihatan diri dan si manja yang di kandung. Kerana HB yang rendah dan ketidakcukupan nutrisi boleh menjejaskan kandungan.


 Cuba tonton  Video ini dan tengok bagaimana Masalah Anemia yang ibu alami dapat di atasi

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.


Adakalanya ibu-ibu berdepan dengan situasi begini? " Eh, jangan makan vitamin, nanti baby dalam perut besar,susah nak teran keluar" Jangan sesekali kita ada pandangan sebegini ya, ia amatlah kolot dan ketinggalan zaman.

Dr Hamid Arshat, seorang Pakar Sakit Puan, membuat penegasan tentang betapa pentingnya pengambilan vitamin - vitamin semasa mengandung dan membuat status ini di wall FB pagesnya.

"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin saperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel-sel baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg bekualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita."

Jadi saya mahu kongsikan Vitamin yang diperlukan oleh ibu mengandung.




[Set J1] Vitamin Ibu Mengandung 1st Trisemester

Vitalea – Multivitamin terbaik dengan formula zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu mengambil vitalea, obimin tidak perlu di ambil lagi.

B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Ostematrix/Kalsium – keperluan ibu mengandung adalah 1000mg – 1300mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang ,kebas-kebas dan kekejangan kaki yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.

ESP- Energizing Soy Protien untuk membekalkan protien yang cukup, untuk memastikan pertumbuhan bayi yang sihat.

[Set J2] Vitamin Ibu Mengandung 2nd Trisemester

Vitalea

B Complex

Vitamin C

Ostematrix / Kalsium

ESP 

OmegaGuard - merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Omega diperlukan untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang hanya diperolehi melalui pemakanan.

Makanlah vitamin wahai bakal ibu, kerana dirimu dan anak yang di kandung begitu berharga. :-)


 Salam sayang;

Khairani Bahaudin
Shaklee Id 866293
019-6154956

    BELI SET KEHAMILAN SHAKLEE
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5f646a5880274ae390d1b52e4f372e5d
 

     Memulakan sebuah keluarga mengubah segala-galanya untuk bakal ibu. Ia bermakna berfikir untuk dua, perancangan untuk dua, dan sudah tentu, pemakanan yang sihat dan seimbang untuk dua. Sama ada anda mengandung, dan merancang untuk menyusukan anak anda, penting untuk membina asas pemakanan  yang sihat dan cukup nutrisi bagi kedua-dua anda, ibu dan bayi. 

Tahukah ibu-ibu keperluan nutrisi yang ibu perlukan? 

Adakah ibu pernah terdengar orang lama pernah berpesan supaya jangan makan vitamin kerana anak dikhuatiri bersaiz besar dan susah untuk diteran keluar? Itulah cumalah mitos! 

Tahukah ibu bahawa kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kecacatan pada janin, seperti tiada tempurung kepala, cacat saraf ?

Tahukah ibu yang ibu boleh kehilangan gigi yang banyak jika tidak mengambil kalsium yang cukup sepanjang kehamilan? 

Cukupkan nutrisi ibu dan bayi yang ibu kandung demi kesejahteraan dan kesihatan yang berpanjangan.




[Set J1] Vitamin Ibu Mengandung 1st Trisemester

Vitalea – Multivitamin terbaik dengan formula zat besi. Membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu mengambil vitalea, obimin tidak perlu di ambil lagi. 

B Complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folic. Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Ostematrix/Kalsium – keperluan ibu mengandung adalah 1000mg – 1300mg kalsium sehari untuk pembentukkan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilan kalsium juga membantu mengurangkan sakit belakang ,kebas-kebas dan kekejangan kaki yang lazimnya dialami oleh ibu mengandung.


[Set J2] Vitamin Ibu Mengandung 2nd Trisemester

Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix / Kalsium

OmegaGuard
 - merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA. Omega diperlukan untuk menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang hanya diperolehi melalui pemakanan.

Wajib ibu-ibu mengambil vitamin sepanjang kehamilan agar diri ibu cergas dan sihat serta demi kesejahteraan bayi  yang dikandung.
         Energizing Soy Protien Shaklee ataupun lebih glamour dengan singkatan nama ESP, merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

KENAPA IBU HAMIL PERLU AMBIL ESP? APA KEBAIKANNYA?

Kebaikan ESP untuk ibu-ibu yang mengandung,

1) ESP adalah supplemen terbaik untuk penyediaan badan ibu ke arah proses penyusuan bayi setelah ibu melahirkan nanti. Tidak dinafikan ada segelintir ibu-ibu yang mengalami masalh tiada susu, jadi, ini dia adalah satu alternatif yang boleh diusahakan supaya hasrat ibu untuk menyusukan bayi tercapai. (Ibu harus mengaplikasikan konsep Demand vs Supply)
2) Membantu ibu-ibu sihat dan cergas sepanjang kehamilan.
3) Meningkatkan sistem imun badan ibu, ibu merasa lebih sihat dan jarang dijangkiti penyakit.
4) Ibu hamil yang pernah mengambil ESP mengatakan berat mereka lebih mudah/cepat turun selepas bersalin.
5) Kulit ibu lebih halus dan gebu
6) Boleh diminum berterusan sehingga walaupun di dalam pantang bagi memulihkan luka dalaman dan menurunkan berat badan.


KEBAIKAN ESP UNTUK BAYI ANDA

1) Protein yang berasaskan soya NON-GMO yang sangat baik untuk perkembangan janin (sel terbentuk daripada protein) selain dari untuk tenaga berterusan.
2) Baik utk kulit bayi
3) Protein membantu membekalkan asid amino yg bertindak membentuk otot & organ bayi.
4) Keperluan protein yg cukup ketika hamil bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu.
5) Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi pertumbuhan fetus




Energizing Soy Protien


Hubungi Pn. Ani untuk Vitamin Shaklee Anda pada harga istimewa
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

Assalammualaikum..

Ibu yang sedang hamil pasti mahukan yang terbaik untuk anak pastinya bukan? Saya yang sedang hamil 5 bulan sangat menitik beratkan makanan yang saya ambil sepanjang kehamilan saya. Kegemaran saya salmon, buah-buahan, susu, sayur- sayuran. Saya juga mengambil supplemen tambahan seperti nasihat doktor saya iaitu Vitalea, B Complex, Vitamin C, Omegaguard dan ESP. Alhamdulillah, kesihatan saya sangat baik sepanjang kehamilan ini.

Mengapakah saya ambil ESP? Kerana Protin adalah zat makanan asas bagi pembentukan otak bayi dalam kandungan. Ia boleh didapati dari berbagai sumber pemakanan diantaranya daging lembu atau kambing, ayam, ikan dan lain-lain jenis makanan laut, tauhu dan tempe (dari kacang soya), kacang hijau, susu dan produk-produk darinya, telur dan lain-lain.

Dari semua itu, ikan dan makanan dari kacang soya dan susu merupakan sumber protin yang mudah hazam dan diserap ke dalam saluran darah dan seterusnya dibekalkan kepada bayi dalam kandungan. Ada yang percaya makan lebih makanan dari kacang soya menghasilkan kulit bayi yang cantik ! Mungkin benar? Kulit cerah dan berseri untuk mama dan bayi.

Dan pengambilan Omegaguard pula sangat baik untuk minda. Minyak ikan dipercayai juga penting bagi pembentukkan otak bayi. Makanlah minyak dan telur ikan dalam kadar yang lebih dari biasa mulai kandungan 5 bulan keatas. Amalan meratah ikan dan tauhu juga baik bagi wanita-wamita hamil. Boleh amalkan pengambilan supplemen minyak ikan dan pastikan ianya daripada sumber yang terbaik seperti Omegaguard Shaklee.

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini. Jika ada yang mahu meminta konsultasi supplemen yang mana sesuai dengan diri dan keluarga boleh hubungi saya ya. Terima kasih.


Khairani Bahaudin
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com








Assalammualaikum. Semoga hari ini ceria-ceria hendaknya.

Tahniah bagi pasangan yang bakal menimang cahayamata. Sebaik sahaja mama disahkan hamil, mama haruslah komited dalam memastikan kesihatan diri terjaga, komited memastikan penjagaan terbaik sejak kandungan berada di awal kehamilan sehinggalah anak mencapai usia 2 tahun. Ini kerana anak yang sihat, mempunyai sistem imun yang tinggi, jarang sakit akan membesar dengan baik, cergas dan riang.

Lima saranan penting kepada ibu hamil

1. Mendapatkan pemeriksaan antenatal pertama sebelum 12 minggu usia kandungan
2. Mengekalkan paras hemoglobin sekurang-kurangnya 11gm
3. Memastikan berat badan naik secara sihat
4. Menjaga kesihatan gigi dan mulut
5. Menyusukan anak sehingga usia 6 bulan dan seterusnya melengkapkan penyusuan sehingga usia 2 tahun.


Tempoh 9 bulan kehamilan, tahun pertama dan tahun kedua tumbesaran anak sangat penting dalam memastikan anak sihat, perkembangannya baik. Ia adalah tempoh 1000 hari peluang keemasan ibu bapa dalam melahirkan generasi genius.




Untuk Tempahan Vitamin Anda:
Khairani Bahaudin 866293
www.redcomelmall.blogspot.com
PM: www.facebook.com/messages/Redcomel
Pn. Ani 019-6154956



     



 Assalammualaikum.. terima kasih kerana sudi singgah di Blog Redcomelmall.. Moga hari-hari yang kita lalui ceria- ceria je hendaknya. Hari ni saya nak kongsikan nutrisi yang jadi keperluan ibu mengandung, ianya sangat penting kerana ibu yang mengandung akan sering letih, tak bermaya jika kekurangan nutrisi dan vitamin ini tidak di penuhi.

    Semasa saya mengandungkan anak saya yang ke 4, Rayan yang kacak, memang cepat sangat penat, letih, asyik mengantuk ke kejenye. Doktor kata HB rendah, kurang iron, so dia suruh saya jangan ngelat makan vitamin. hihi ( kan dah kene bebel) Jadi mama, jangan risau anak besar dalam perut kalau makan vitamin,( mitos tu!) biasanya anak besar disebabkan ibu ada Diabetes. So totally different story.
     Ibu yang mengandung memerlukan makanan lebih banyak daripada biasanya. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandungnya. Agar janin dapat berkembang baik, makanan ibu hamil harus memenuhi gizi dan vitamin berikut. So ini Vitamin cadangan utk untuk ibu- ibu vogue, supaya sihat dan cergas sepanjang kehamilan.Anak pun sihat. :-)

Kalori.
Pengambilan kalori harus ditambah 300- 400 kkal per hari selama tempoh mengandung. Tambahan kalori tersebut sebaiknya diperoleh dari sumber yang bermacam jenis yang terdapat di dalam piramid makanan. Idealnya, 55% kalori berasal dari bijirin dan nasi sumber karbohidrat, 35% dari lemak, 10% dari protein dan selebihnya dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Asid Folik.
Pada beberapa minggu sebelum dan setelah awal kehamilan, embrio janin memerlukan asid folik yang banyak untuk pembentukan sistem syaraf dan sel-sel. Tambahan 400 mikrogram asid folic per hari diperlukan selama trimester pertama kehamilan. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan janin tidak berkembang sempurna dan boleh menyebabkan kecacatan anenchephaly (tanpa tempurung kepala), spina bifida (tulang belakang tidak bersambung) dan bibir sumbing. Asid folik yang juga dikenal sebagai vitamin B9 banyak terdapat pada beras merah, sayuran hijau dan buah-buahan.

Protein.
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram per hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.

Kalsium.
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, otot dan sistem saraf.

Zat Besi.
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali ganda dari biasanya.

Vitamin C.
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi.

Vitamin D.
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang karena membantu penyerapan kalsium.

Jadi, ibu mengandung mesti penuhi keperluan tubuh badan demi kesihatan ibu dan bayi. Sentiasa bersifat positif dan ceria pasti menjadikan tempoh hamil satu pengalaman yang cukup manis bagi ibu.

Take care mama.
Redcomel.
Assalammualaikum.

Semoga sahabat-sahabat saya berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Seringkali kita dengar ibu yang hamil mengalami HB rendah atau kata nama yang lainnya Anemia. Apakah yang yang di maksudkan dengan Anemia ni? Ia bukan sahaja dialami oleh ibu hamil, sesiapa saja berkemungkinan mengalami situasi ini.

Apabila bilangan sel-sel darah merah atau kepekatan hemoglobin rendah seseorang itu dikatakan mempunyai anemia. Hemoglobin adalah protein (metalloprotein) di dalam sel-sel darah merah yang mengandungi zat besi dan membawa oksigen ke seluruh badan.

PUNCA ANEMIA

Kekurangan pengeluaran sel darah merah anemia
Dalam jenis ini anemia badan sama ada tidak menghasilkan cukup sel-sel darah merah, atau mereka tidak boleh bekerja dengan betul. Mereka yang mengidap anemia jenis ini mungkin mempunyai:

Anemia sel sabit - gangguan yang diwarisi yang menyebabkan sel-sel darah merah mempunyai bentuk bulan sabit. Sel darah merah memecahkan cepat, sebelum oksigen dan nutrien yang mencukupi boleh sampai ke organ-organ penting.

Tidak cukup zat besi (kekurangan zat besi) - kekurangan besi umumnya disebabkan oleh pemakanan yang kurang nutrisi, kehilangan darah, atau ketidakupayaan untuk menyerap zat besi yang mencukupi daripada makanan. Anemia disebabkan kekurangan zat besi di kalangan wanita hamil yang tidak mengambil suplemen zat besi adalah biasa.

Tidak cukup vitamin (kekurangan vitamin) - seperti vitamin B12, sering disebabkan kerana perut tidak boleh menghasilkan cukup bahan yang dipanggil faktor intrinsik. Ini faktor intrinsik adalah penting bagi vitamin B12 untuk diserap daripada makanan dan minuman. Orang yang mempunyai anemia jenis ini mempunyai anemia pernisius. Kekurangan itu mungkin disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat.

Supplemen Shaklee yang boleh membantu?
Vitalea dengan formula Iron, B complex, Vitamin C, ESP terbukti secara klinikal dapat memulihkan HB count pesakit Anemia. Dengan nutrisi yang cukup, HB akan menjadi normal.



Di Shaklee EPO lebih dikenali dgn GLA dan fungsinya lebih baik dr EPO

Apa itu GLA? (Gamma-Linolenic Acid)


GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


Nak tau ape kelebihan GLA Complex?

  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf



Alhamdullillah.

Sayangilah dirimu dan bayimu wahai ibu yang mengandung, hadiahkan dirimu atau isteri anda( jika yang membaca ini si suami) set vitamin untuk ibu mengandung kerana ibu perlukan nutrisi yang cukup serta kesihatan yang baik. Demi perkembangan janin yang sihat serta ibu yang cergas.

Mengapa anda ataupun isteri anda perlukan Vitamin semasa mengandung?

Apabila mengandung, keperluan nutrisi seorang ibu bertambah. Do you have to eat for two? :-) Tak la sampai macam tu, tetapi ibu kena pastikan ibu mengambil cukup nutrisi supaya badan ibu kekal sihat demi bayi yang di kandung dan tubuh ibu sendiri.

Oleh itu, ibu mengandung memerlukan:

-Vitamin yang mudah diurai dan diserap oleh tubuh
- Zat-zat seperti kalsium, vitamin B, zat besi, Vitamin C yang diperlukan hampir dua kali ganda semasa mengandung.
- Protein yang lebih dari biasa.

Oleh itu, ibu dicadangkan mengambil vitamin yang berciri berikut:
- Dibuat dan diproses secara semulajadi
- Mengandungi nutrien penting yang kadangkala tidak dibekalkan oleh preskripsi klinik (kebanyakan klinik memberi asid folik, bukan full spectrum B Complex)
- Tiada bahan2 sintetik terutama pewarna dan perasa (cuba genggam vitamin yang anda ambil sekarang, adakah warnanya melekat di tangan? Awas pewarna tiruan!)
- Mudah dicerna dan diserap oleh tubuh
- Tiada kesan sampingan. Memastikan ibu mengandung sentiasa kekal cergas bertenaga.

Adakah produk Shaklee untuk Ibu Mengandung? Ada. :-)

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Osteomatrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.

OmegaGuard : membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.

ESP : Membantu ibu- ibu mengandung untuk kekal cergas setiap hari. Dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama kepada ibu mengandung serta dapat menghilangkan rasa loya kerana perut kosong.Energizing Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


Ramai yang telah mendapat faedahnya, badan cergas, bayi di dalam kandungan sihat, kulit ibu cantik dan yang penting ibu sentiasa cergas menjalani rutin harian dan tak terganggu akibat mabuk yang keterlaluan dan loya kerana badan ibu sihat di lengkapi dengan nutrisi tambahan. :-)





Walaupun wanita yang mengandung atau yang masih menyusukan anak tidak mudah mengalami allergik akibat bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik penjagaan wajah yang di gunakan, ibu-ibu haruslah mengambil perhatian terhadap bahan kimia yang berkemungkinan membahayakan bayi sewaktu mengandung atau yang masih menyusukan anak. Menurut laporan doktor di BabyandPregnancy.co.uk , bahan kimia daripada produk penjagaan kulit boleh menyusup masuk ke salur darah dan berkemungkinan menyebabkan kecederaan janin, menjadi punca allergi dan menjejaskan susu ibu. Sebelum menggunakan sesuatu produk penjagaan kulit, baca label dan pastikan tidak mengandungi bahan-bahan yang saya senaraikan di bawah.


PETROLEUM
Ibu yang menyusukan bayi mesti mengelakkan produk yang berasaskan petroleum, sebab bahan ini akan memyebabkan kulit bayi yang sensitif merengsa. Nama bahan yang diperbuat daripada petroleum adalah seperti propylene glycol, mineral oil, paraffin, petrolatum dan  isopropyl alcohol.


FORMALDEHYDE
Formaldehyde adalah bahan yang biasa digunakan untuk memanjangkan usia  sesuatu kosmetik . . Formaldehyde boleh menyebabkan  allergies dan  reaksi allergik yang serius kepada bayi yang menyusu jika ibunya memakai kosmetik yang mengandungi bahan ini. Nama-nama teknikal yang digunakan untuk menunjukkan  formaldehyde terdapat dalam kosmetik tersebut iaitu  hydroxymethylglycinate, DMDM-hydantoin dan methenesmine.


PARABENS
Paraben merupakan 'nyawa' kebanyakkan kosmetik dan paling banyak digunakan dalam kebanyakkan kosmetik. Meskipun kandungannya rendah, namun pemakaian yang berterusan akan menyebabkan bahan ini berkumpul dalam badan dan kandungan yang tinggi akan menjejaskan system endoktrin bayi yang sensitif terhadap Paraben. Ia dikenali dengan nama isopropylparaben or methylparaben. 


RETINOIDS
Retinoids digunakan untuk mengurangkan kedutan pada wajah dan sangat popular. . Retinoids mengurangkan kedutan  dengan mempercepatkan penghasilan vitamin A, menghalang kemusnahan kolagen dan mempercepatkan penghasilan sel baru.Menurut laporan BabyCenter.com, retinoids yang dipakai secara luaran menyebabkan kecacatan janin dan tidak boleh digunakan oleh ibu yang menyusukan anaknya.   Retinoids terdapat dalam banyak nama seperti Retin-A, differin, tazorac, retinol atau retinyl.

SALICYCLIC ACID Salicyclic acid adalah bahan yang digunakan didalam krim anti jerawat dan krim pupur. Ia juga banyak digunakan dalam pencuci wajah dan dikenali dengan nama BHA, beta hydroxy acid dan salicyclic acid. Bahan kimia ini akan menyerap jauh kedalam liang-liang kulit. Walaupun menurut kajian penggunaan yang sedikit tidak membahayakan bayi yang menyusukan, namun  salicyclic acidyang terdapat dalan topeng muka dan krim pencerah badan lebih  toksik kerana dibiarkan lebih lama di wajah dan salicyclic asidnya tinggi kepekatannya dalam topeng muka tersebut.


Saya suka gunakan Nutriwhite daripada Shaklee yang tidak mengandungi Paraben ataupun segala bahan merbahaya. Always safe for me and baby. ^_^


Di Shaklee terdapat dua rangkaian penjagaan kulit yang bebas daripada segala bahan merbahaya di atas.

Enfuselle-Anti aging, normal, oily , dry skin
Nutriwhite-Whitens your skin gracefully and for sensitive skins

Nantikan entry seterusnya tentang skin care range Shaklee ya? ^_^



If you need consultation, or want to order your supplement, Please contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi  HP No. =019 6154956  Email = admin@redcomelmall.com
 ::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam. Semasa saya mengandung, saya menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dimana pengunjungnya terdiri dari segenap lapisan masyarakat. Dihujung check up, setelah mengambil vitamin di farmasi, ada seorang makcik menegur saya.

 " Ambil vitamin ke nak?"
" Iye makcik"
" Ish, takpayah makan, nanti anak kamu jadi besar, susah kamu nak teran keluar."

 Senyum saya mendengar celoteh makcik comel tudung biru. ^^ Jelas, kurang pendedahan dan pencerahan mengenai supplemen jadi faktor saya menerima nasihat sebegitu. Namun berbeza dengan generasi ibu- ibu sekarang. Ibu- ibu zaman sekarang lebih bijak memilih apa yang terbaik untuk diri dan anak.

 Saya ingin kongsikan sebuah artikel yang saya petik dari laman sesawang Dr. Zubaidi. [credit]Seorang doktor bertauliah,profil beliau boleh dilihat di laman sesawang tersebut.

   Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan. Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahem dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3. Namun amalan pengambilan suplemen Prenatal Vitamin  tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air. Prenatal vitamins juga tidak menjanjikan anak yang yang bakal dilahirkan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Kalau boleh diberikan analogi, mengamalkan prenatal vitamin ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta, tapi dalam masa yang sama, tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, tentu kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar. Setiap wanita bertanggungjawab memastikan suplemen multivitamin yang diambil tidak melebihi dari dos yang sepatutnya. Hal ini boleh ditanyakan kepada doktor yang merawat.   

 Folic Acid
Folic acid sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahem di awal kehamilan. Ia harus diambil sebaik saja persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan neural tube, di samping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain. Oleh itu, ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan folic acid ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. Mereka mencadangkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang. Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400 micrograms (mcg) sehari, sementara wanita yang telah hamil ialah 1,000 mcg sehari. Sebagai makluman, ada pil suplemen vitamin di farmasi mengandungi folic acid dijual dengan dos 5mg (5000 mcg). Oleh itu harus berhati-hati memilih pil vitamin yang mempunyai dos folic acid yang sesuai mengikut keperluan.

 Iron
 Iron (zat besi) penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dos yang biasa cadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg, berbanding dengan dos bagi wanita yang tidak hamil ialah 18mg. Sebagai perbandingan, kebanyakan pil suplemen ferrous fumarate 325 mg mengandungi 106mg iron.   Oleh itu jangan mengambil pil suplemen zat iron melebihi satu pil, bagi mengelakkan kesan sampingan seperti sembelit dan pedih perut. Bagi menggalakkan penyerapan zat iron dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan pil suplemen yang mengandungi zat besi. Terdapat beberapa jenis makanan yang menggganggu penyerapan zat iron seperti ikan, daging merah dan hati. Oleh itu pengambilan suplemen zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan seperti ini. Begitu juga jika memakan makanan jenis tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium atau antacid (‘ubat angin’) yang mengandungi kalsium bersama supplemen zat iron kerana ia menghalang penyerapan iron ke dalam tubuh. Ini bermakna, pil suplemen zat iron tidak boleh dimakan bersama-sama dengan pil suplemen kalsium.

Kalsium
 Kalsium pula sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin selalu mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Sungguh pun begitu, Prenatal vitamin tidak membekalkan semua keperluan seharian kalsium yang diperlukan oleh wanita yang hamil. Ini bermakna mereka harus mendapatkan kalsium dari sumber pemakanan yang sihat. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita yang hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anaknya dalam rahem. Dos yang diperlukan bagi wanita hamil ialah 1,000 milligrams (mg) setiap hari.

Omega-3 
 Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf  dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber terbaik bagi omega-3 terutama ikan salmon. Malangnya ikan salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri, akibat pencemaran sungai di US. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi, dos yang dicadangkan ialah 200-300 mg sehari.


If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.

Kehamilan merupakan satu proses dalam fasa menuju alam keibuan. Ada yang sepanjang tempoh kehamilan mudah tanpa banyak masalah, ada juga juga yang mengalami pelbagai masalah seperti mabuk, leg cramp, anemia dan sebagainya. Biarpun hamil, anda harus tetap menjaga kesihatan agar dapat menjalani kehidupan keharian dan pada yang sama menjaga penampilan diri. Tahap kesihatan perlu di tahap optimum untuk menjaga kesihatan mama dan baby.

Setiap ibu hamil harus menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral di samping pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Jadi di sini saya kongsikan apa yang ibu hamil perlu ambil untuk memastikan tubuh badan sihat sepanjang tempoh kehamilan di samping menyiapkan diri untuk kelahiran cahaya mata.

NUTRIEN TERBAIK UNTUK TEMPOH KEHAMILAN ANDA!



1.Protien
Sangat besar peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah .Protien membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Ia membantu mama mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang kehamilan.





2. Karbohidrat/Lemak

Karbohidrat penting untuk memberikan tenaga kepada mama. Lemak seperti Omega 3 adalah terbaik kerana Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin.DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

3. Kalsium / Vitamin D

Ketika hamil, kalsium amat penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan di ambil daripada tulang anda. 











4. Zat Besi

Sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah.  Paling penting untuk mencegah masalah anemia. Anemia ni merujuk kepada keadaan dimana kadar hemoglobin(hb) kurang dari normal.Antara tanda2/simptom anemia termasuklah pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan dan keletihan melampau dan ini akan menjadi teruk jika kandungan semakin membesar. Sewaktu mengandung tahap hemoglobin dalam darah tidak boleh kurang daripada bacaan 11. Zat besi yang cukup untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.


5. Folik Asid/ B Complex

Folic Asid merupakan salah satu daripada rangkaian B-Complex. Folik Asid harus di ambil sekurang-kurangnya 400mg sehari bermula  di awal kehamilan, ini akan mengurangkan risiko kecacatan sistem otak dan saraf tunjang janin sebanyak lebih 80%.. Untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung. 









6. Vitamin C




Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih baik.Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Kulit mama dan baby pasti cantik dengan pengambilan vitamin C





I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.


Pembangunan kecemerlangan anak harus di mulakan sejak dalam perut lagi. Menurut Datin Dr. Nor Laily, ketua Institut Pembangunan Keluarga NURY, mengilhamkan prinsip-prinsip NURY.



  • Setiap anak dalam kandungan berhak untuk  dilahirkan sempurna dan di kurniakan dengan kemampuan untuk membesar ke tahap cemerlang dari segi fizikal , rohaniah, intelek, emosi dan kewibaannya.
  • Pembangunan setiap anak mempunyai peluang besar untuk menjadi nyata hanya sekiranya ibu bapa sebagai PENDIDIK dan PENGASAS utama dan pertama, berusaha memberikannya stimulasi serta asas yang kukuh sejak anak itu dalam kandungan secara bererusan dengan keutamaan diberikan kepada usia 3 tahun pertama.
  • Ibu bapa perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran sehingga dapat menyempurnakan dengan penuh tawaddu; fungsi serta tanggungjawab sebagai Pengasas dan pendidik pertama kepada anak sendiri.

Jadi amat penting menjaga  pemakanan semasa mengandung.Selain memastikan piramid makanan di patuhi, Supplemen tambahan tidak harus dilupakan.Kalsium, Folik  Asid , Protien dan Zat besi  penting untuk peringkat awal kehamilan, kerana ia untuk menampung keperluan tambahan bayi. Ambil   Folik  Asid  setiap hari semasa hamil  kerana ia membantu mencegah masalah berkaitan otak dan saraf tunjang bayi anda. Sebaiknya mulakan pengambilan supplemen sebelum hamil lagi kerana tempoh 2-8 minggu adalah waktu kritikal untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi dan biasanya kita hanya tahu kita hamil hanya setelah minggu ke 3 atau ke 4 kehamilan.

Kesan buruk sekiranya kekurangan zat makanan semasa dalam kandungan:

1. Akibat pada peringkat pembinaan struktur( 0-20 minggu janin) kecacatan tak boleh di perbaiki

2. Akibat pada peringkat pembesaran dan kematangan ( bermula pada 20 minggu janin )
  • Saiz neuron semakin kecil
  • Jumlah rangkaian neuron akan berkurang ( menjejaskan pertumbuhan otak)
  • Membantutkan pertumbuhan fizikal 

Jadi untuk mereka yang mahu mengambil supplemen, ini merupakan panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung.
  •  B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah folik asid.
  • Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea ni multivitamin. Jadi Tak perlu ambil obimin bila dah ambil Vitalea. :-)
  • Vit-C - 1 tab daily. Kuatkan antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • OsteMatrix - 4 tab daily,  1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on-Baby center.com

  •  Protein (ESP) - Protein adalah sumber asid amino yang membina sel serta penghasilan darah. Wanita mengandung memerlukan lebih banyak protien pada trimester kedua dan ketiga ketika kandungan semakin membesar. Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupu juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  •  OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & jantung baby. Buat ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan.



I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
credit
 Saya pasti setiap ibu yang mengandung pasti akan menjaga makan..rajin mengambil supplemen dan menjaga diet seharian…kan. Kan..kalo biasa ngelat mkn vitamin..tp kalo prgnnt..terus jadi baik..hihi... Jom kita baca apa yg kaum ibu/makbuyung perlu makan

Produk tenusu + ikan sardin dalam tin = kuatkan tulang
Ayam + yogurt + kekacang = Pertumbuhan dan pembaikan sel tubuh
Ikan + minyak zaitun + avokado = Merangsang otak bayi
Kekacang lentil + makanan berbijirin penuh = Bantu cegah kecacatan saraf otak sewaktu kelahiran
Strawberi + lada benggala = Langkah pencegahan pra-matang
Telur + kekacang + daging tanpa lemak = Untuk pertumbuhan otot dan organ dalaman

Semua makanan diatas boleh didapati dalam pemakanan seharian kita..TAPI adakah kita mampu untuk makan semua itu semata-mata..adakah kita mampu hendak makan strawberi, brokoli, oren, plum, beri, mangga dan tomato setiap hari? Kekadang kita terliur gak tengok KFC, PIZZA, BURGER KING dan McD kan? Sudah tentulah diet kita telah tersasar..Haa, kat sini la perlunya vitamin-vitamin bagi menyokong dan menampung ketidakstabilan pemakanan seharian kita..menampung mana-mana ruang-ruang nutrisi yang tidak terdapat dalam pemakanan kita..Hasilnya untuk jangka masa panjang, untuk diri sendiri dan bayi yang dikandung..mesti kita hendak yang TERBAIK untuk bayi kita kan..Vitamin-vitamin yang disyorkan untuk kehamilan adalah

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin B Compleks - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Vitamin C - 1 biji sehari
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya..Ibu juga tidak mampu bergerak cergas dengan muatan yang lebih..Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..Semua di atas adalah mengikut kemampuan ibu semua. Jilkalau ibu tidak mampu nak beli semuanya..hanya memadai amik yang asas iaitu Set A yang mengandungi Vitamin C, B Kompleks dan VitaLea (multivitamin)..dan add on setin ESP…..tak rugi cuba…dan rasai kehebatannya..
SOALAN:
Mengapa ketika hamil ibu kerap mengalami kejang kaki, terutama di waktu malam?

Jawapan: Jantung, ginjal dan sistem peredaran darah bekerja kuat ketika hamil, di mana otot-otot yang menjadi tunjang kepada pertambahan berat badan turut menjadi tegang. Oleh yang demikian, adalah normal jika otot kaki yang kepenatan menjadi kejang, khususnya apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester kedua dan ketiga.

Terlalu banyak fosfor, kurang kalsium dan potasium dalam peredaran darah juga menjadi penyebab kekejangan. Selain itu, apabila kandungan makin membesar, saraf yang menghala pada kaki juga tertekan.

Credit: genkimomma

Pernahkah anda mengalami kekejangan kaki semasa hamil?

Sewaktu saya mengandung, selalu juga kena kejang kaki ni, suami saya yang kena bangun tengah
malam sebab saya menjerit^^. Kesian dia dan kesian saya. Situasi kejang kaki ini bukan sahaja berlaku pada ibu- ibu hamil sahaja, ia juga sering menyerang parents saya yang sudah berumur.

Tips merawat kaki kejang sewaktu hamil

Rendamkan kaki di dalam air suam yang dicampur dengan garam. Ia membantu melegakan kaki

Minum air secukupnya setiap hari.

Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan.

Pakai seluar panjang sewaktu tidur.

Bagi cara pencegahan pula :

Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama.

Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen kalsium magnesium sebagai supplemen sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.

Kejang otot

Wheezing(pernafasan berdehit)

Susah menelan

Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih

Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium

Kekejangan atau kram otot

sukar/susah nak tidur

Perasaan berdebar2

Eczema-penyakit kulit

Rapuh kuku

Sakit Sendi

Tekanan darah tinggi

Gigi reput

Paras Kolestrol timggi

Kebas-kebas kaki dan tangan

Rheumatiod arthritis

Rickets

[Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan
magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.]