Saya seorang yang rabun sedari kecil. Saya dah pun memakai cermin mata sejak saya darjah 5. Percaya atau tak masa kecil saya selalu curi-curi pakai cermin mata ibu dan tersangat la suka membaca sebelum tidur dalam keadaan gelap. Ni kes bila ibu dah suruh tidur tapi saya jadi burung hantu, ;-P Satu ketika dulu saya merasakan pakai cermin mata itu sangat kool dan comel, dan saya suka pakai cermin mata( dulu la..) Mungkin itu yang Tufah, anak saya; rasa bila saya memarahi dia cuba-cuba memakai cermin mata saya. Katanya dia nak jadi macam Harry Potter. Aduh! memang sifat anak kecil kuat berangankan? ^^ tetapi penjagaan mata amat penting buat anak-anak kecil jadi saya terpaksa berkeras,kerana tak mahu mereka rabun seperti saya.Kerana rabun yang tinggi boleh mendedahkan kita pada risiko penyakit Glaukoma.
.
Pernahkah anda dengar dengan Glaukoma? Glaukoma ialah sejenis penyakit mata yang disebabkan tekanan cecair yang tinggi di dalam bola mata seseorang.Statistik di Malaysia menunjukkan satu daripada 7 individu yang buta adalah mereka yang mengalami masalah Glaukoma. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga ruang penglihatan menjadi sempit dan akhirnya akan terus menjadi buta. Faktor yang membuat tekanan tinggi di bahagian mata adalah:
1.Penggunaan mata yang tinggi ketika bekerja
2.Penggunaan komputer yang keterlaluan
3.Gemar menonton televisyen pada masa yang lama
4.Tidak pernah membuat pemeriksaan mata
Antara golongan yang beriko tinggi adalah individu yang berusia 40 tahun keatas , penghidap
rabun jauh dengan kuasa penglihatan melebihi 300, faktor keturunan, penghidap Diabetes dan darah tinggi, dan juga penggunaan steroid dalam jangkamasa yang panjang di kalangan penghidap
eczema.
Penjagaan mata amatlah penting. Kerana itu, saya yang rabun ini mengamalkan Carotomax untuk kesihatan mata.Carotomax ialah antioksidan keluaran Shaklee yang menguatkan sistem imun, dan membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dan menjaga kesihatan mata, jantung, kulit, peparu, prostat serviks.
Pemeriksaan mata yang kerap perlu jika anda berumur 40-an ke atas dan mempunyai rabun jauh yang tinggi. Sila tidur awal, minimumkan penggunaan komputer dan bersenam agar kesihatan mata terjaga.Banyakkan makan sayur-sayuran dan amalkan Carotomax buat mereka yang mengidap rabun, agar kita dapat mengelakkan penyakit Glaukoma yang boleh mencuri penglihatan kita untuk selamanya.
I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com
::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
0 comments:
Post a Comment