SIJIL HALAL SHAKLEE

Assalammualaikum dan Salam Hormat.

Jika ada yang yang ragu-ragu dengan status halal Shaklee, di harap entry ini dapat melenyapkan keraguan itu. Gunakan dan ambillah tanpa was was kerana saya sendiri takkan menjadi pengedar Shaklee jika ianya tidak Halal.

Sijil Halal Shaklee ini dikeluarkan oleh Islamic Services of America yang diiktiraf oleh JAKIM. Insya Allah, sama- sama kita makan yang baik-baik dan halal agar terpelihara tubuh, anak-anak dan keluarga kita daripada perkara tidak baik.

Dari Abi 'Abdillah Annu'man bin Basyir RA telah berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.
Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rusak, rusaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati."

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

0 comments:

Post a Comment