KEPERLUAN VITAMIN C



Pentingkah Vitamin C ni? 

Memang penting sangat sebab badan kita tak boleh hasilkan vitamin C sendiri.

     Tahu tak yang binatang seperti kambing dapat menghasilkan Vitamin C di dalam badan mereka sebanyak 12,000 mg sehari dan sesetengah haiwan yang lebih besar menghasilkan 20,000 mg Vitamin C dalam tubuh badan mereka? Kita, manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C dalam badan kita sendiri jadi kita harus memperolehinya daripada pemakanan kita. :-)

     Vitamin C tergolong dalam kumpulan vitamin larut air, ia bermakna kita perlu diambil setiap hari kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari.


     Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang- kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormon anti stress dan interferon, sejenis protien sistem imuniti yang penting. Vitamin C sangat penting untuk membina imuniti yang kuat, untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Keupayaan daya tahan tubuh kita akan menurun jika kita aktif beraktiviti tanpa disertai pola makan yang sihat dan teratur. Daya tahan tubuh yang terganggu juga diakibatkan oleh serangan radikal bebas yang datang dalam bentuk pencemaran udara dari asap kenderaan bermotor dan asap rokok.

     Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh dan jaringan kulit yang rosak akibat radikal bebas. Untuk merawat kecantikan, Vitamin C memainkan peranan penting dalam melancarkan peredaran darah sehingga kulit nampak lebih segar. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan. Vitamin C memiliki sifat sebagai water holder (menyimpan air) sehingga mampu menjaga kelembapan kulit dan mencegahnya dari kekeringan.

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

*Mudah tertekan (stress)
*Kulit sangat kering dan bersisik
*Tapak kaki keras dan kasar
*Luka lambat sembuh
*Mudah selesema atau bersin
*Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
*Mudah mendapat ulcer
*Mudah demam
*Penyakit skurvi

   Dahulu mengikut kajian sebiji limau mampu membekalkan kita 100 mg vitamin C, tetapi sekarang sebiji limau belum tentu dapat memberikan 15 mg Vitamin C kerana pestisid, cuaca dan sebagainya. Solusi? Supplemen pasti membantu.


0 comments:

Post a Comment