Kehamilan adakalanya mengganggu hormon wanita menyebabkan hilang ‘mood’ hendak melaram  seperti sebelum hamil. Keadaan ini membuatkan sesetengah ibu hamil tampil tidak bermaya dan kurang bergaya.

Namun, biasanya ‘pembawaan budak’ itu hanya berlaku sekitar tiga bulan pertama kehamilan sahaja. Sebaik usia kehamilan masuk trimester kedua, ibu lebih berasa sihat dan bertenaga biarpun sedikit keletihan.
Ada sesetengah wanita yang beruntung kerana sepanjang bulan pertengahan kehamilan, penampilan mereka kelihatan lebih berseri. Rambut menjadi semakin berkilauan, pipi kemerahan dan kulit sihat dan licin. Tetapi tidak semua orang berkeadaan sihat begini. Paras hormon yang tinggi boleh mengakibatkan kesan yang kurang baik kepada kulit, kuku dan rambut.
Bagaimanapun jangan risau sekiranya perubahan berlaku kepada diri anda, sebarang perubahan yang kurang memuaskan biasanya hilang selepas kelahiran.

Ada beberapa perubahan ketara yang mungkin berlaku semasa ibu hamil. Antaranya ialah:
Rambut
Sekiranya rambut menjadi kering dan mudah berbelah, gunakan syampu yang lembut dan perapi rambut. Jangan sikat rambut terlalu kerap atau kasar. Basuh rambut yang berminyak dengan kerap supaya sentiasa berkilau. Ibu-ibu boleh cuba shampoo keluaran Shaklee ( Prosante yang tiada bahan kimia berbahaya)Ia takkan membahayakan ibu dan bayi tersayang.

Kulit
Kulit mungkin bertambah baik, kecacatan hilang dan tekstur kulit menjadi licin dan lembut. Bagaimanapun ibu mungkin memiliki kulit yang sangat kering, berminyak atau berbintik.  Bersihkan kulit dengan sempurna, sapukan pelembap dengan lembut di bahagian yang kering dan tambahkan minyak mandian dalam air mandian.

Kuku
Kemungkinan juga ibu mengalami kuku mudah patah dan merekah. Pakai sarung tangan ketika melakukan kerja rumah atau semasa berkebun.

Mengambil supplemen semasa hamil sangat penting dan jadi keperluan, untuk memastikan tumbesaran bayi dan juga untuk menyediakan tubuh badan ibu supaya sihat bertenaga untuk menyambut kelahiran yang tersayang nanti.



 Untuk membuat tempahan/menjadi ahli Shaklee dan mengetahui dengan lebih lanjut , anda boleh hubungi :
KHAIRANI BAHAUDIN ID 866293
✉ PM ke : www.facebook.com/messages/Redcomel
☎ Call/Sms/WhatApp : Pn Ani 019-6154956
www.redcomelmall.blogspot.com