IBU INI TELAH AMBIL SET PANTANG SHAKLEE, DAN TANGGUNGLAH SENDIRI AKIBATNYA

Pernah dengar Set Berpantang Shaklee?
Bagus sangat ke?


     Sebelum baca lebih lanjut, tonton dulu video ini. Ibu ini telahpun mengambil Set Berpantang Shaklee. Ternyata, ia telah mengubah persepsi beliau terhadap pengalaman berpantang.

Ibu Muda Ini Serik Nak Beranak Lagi Sbb Seksa Pantang. Apa Yg Buat Dia Berubah? from iReach HD on Vimeo.

 AKIBATNYA?

 Ternyata ibu ini lebih sihat, lebih cergas dengan set berpantang Shaklee.


    Pengalaman berpantang berbeza bagi setiap orang. Namun semua orang punya hala tuju yang satu, mahu kembali sihat, cergas dan bertenaga. Saya mempunyai 5 orang cahayamata. Dan setiap kali saya melahirkan, pengalaman berpantang saya berbeza-beza. Tetapi memang ternyata berpantang dengan mengambil supplemen saya rasa lebih cergas berbanding ketika saya  tidak mengambil supplemen. 

    Adakah ini cara ibu moden berpantang? Sekadar supplemen tak perlu jamu bagai? Itu pilihan masing-masing. Saya menggalakkan ibu yang berpantang agar mengekalkan berurut, memakai stokin, berehat, jangan berjalan-jalan banyak sepanjang tempoh berpantang. Amalan turun temurun ini menjaga kesejahteraan kita sebagai wanita. Supplemen sekadar makanan tambahan yang menyokong proses penyembuhan dalaman, tetapi ibu-ibu masih kena ingat kita bukan Wonderwoman. Jadi janganlah mengangkat barang-barang berat ketika berpantang, bermain air sejuk, dan cubalah mengikuti program berpantang yang telah ditetapkan oleh ibu atau ibu mertua ataupun lady confinement  sebaik mungkin ya. Supplemen boleh di ambil bersama jamu tetapi perlu dijarakkan masa pengambilannya. Sebaik-baiknya jamu di ambil selepas 2 atau 3 minggu berpantang selepas ibu memastikan anak ibu tidak mengalami jaundice.


Apa objektif yang mahu kita capai semasa berpantang?

Macam saya yang telah pun 5 kali berpantang, ini antara key points yang saya mahu kongsikan dengan ibu-ibu:

1. Luka cepat sembuh
2. Tidak menderita sembelit
3. Anak tidak kena Jaundice
4. Susu meriah
5. Cergas bertenaga
6. Jangan sampai demam/jatuh sakit ketika berpantang
7. Kestabilan Emosi
8. Rehat yang cukup

Set Berpantang Shaklee sesuai untuk semua. Samaada bersalin normal atau Ceaser, ianya boleh diambil seawal hari pertama sesudah ibu selamat melahirkan.



APA YANG TERDAPAT DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE ?

VITA-LEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON FORMULA

Multivitamin lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seharian. Dalam masa berpantang ini, kadang-kala kita tidak akan segala vitamin yang diperlukan tubuh kerana berpantang makan. Uniknya Vita-lea Shaklee ini diformulasi dengan iron yang sangat diperlukan tubuh selepas bersalin kerana ibu-ibu akan kehilangan darah yang banyak.

B-COMPLEX
Bertindak sebagai anti stress, mengelakkan kemurungan (meroyan) dan menstabilkan hormon.

VITAMIN C
Sangat penting untuk menyembuhkan luka, pembentukan kolagen dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan luka ketika bersalin.

ZINC COMPLEX
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka terutama luka dalaman (rahim). Mengurangkan masalah keguguran rambut yang sinonim pada ibu-ibu selepas bersalin.


OSTEMATRIX (gabungan Kalsium/Magnesium/Vit D dan lain-lain)
Untuk mengurangkan kelesuan. Gabungan B Complex dan Ostematrix  sangat baik untuk membuat nyenyak tidur dan memberikan rasa tenang, mengurangkan stress. Ostematrix juga berfungsi melawaskan pembuangan air besar.

Supplemen tambahan lain yang boleh diambil ialah GLA COMPLEX dan Soy Protein Isolate Powder (ESP). Kedua-dua ini boleh membantu menguatkan tubuh badan ibu, menstabilkan hormon yang sangat penting untuk mengelakkan ibu meroyan, memberi tenaga dan melancarkan penyusuan susu ibu.

Supplemen ini boleh diambil seawal hari pertama kelahiran dan tidak perlu menunggu sekurang-kurangnya seminggu seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice kepada baby.

Hubungi Pn. Ani untuk Set Pantang Anda.
019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com


1 comment:

Anda mungkin sukakan artikel ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...