Showing posts with label khasiat susu ibu. Show all posts
Showing posts with label khasiat susu ibu. Show all posts
Assalammualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan satu artikel mengenai kebaikan penyusuan ibu yang meningkatkan IQ Si Manja anda. :-)




SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.

Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.

Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.

"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.

Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.

"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal

"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.

"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.
"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.

"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya

sumber

Begitu banyak kebaikan susu ibu. Jika ibu ingin mencari Vitamin Ibu menyusu, boleh menghubungi saya dan saya akan memberikan konsultasi dan cara-cara makan vitamin ibu ya..Jika Ibu mempunyai kekangan kewangan, kami mempunyai set low budget yang pasti mampu di milik oleh semua orang.

Cadangan Vitamin Ibu Menyusu. ^_^


Assalammualaikum dan Salam sejahtera. 



   Mendapat cahaya mata merupakan satu anugerah yang paling bernilai. Dan ramai ibu-ibu yang menyedari faedah menyusukan bayi kerana tahu khasiat susu ibu yang banyak. Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

      Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikan yang banyak, jika dia disusui secara eksklusif.  Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan  dicapai, ibu hendaklah
mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :

i) Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran
bayi.

ii) Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau
minuman walaupun air masak.

iii) Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung
pada permintaan bayi.

iv) Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam
bulan pertama.

v) Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau
rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

          Susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optimum khasiat susu ibu sangat banyak. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Khasiat susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

        Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.   Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga untuk menjimatkan wang.