Puting Leper (Flat Nipples) dan Puting Tenggelam (Inverted Nipples)
Semua ibu dilahirkan dengan keunikan yang tersendiri. Namun fungsi payudara tetap telah ditentukan untuk penyusuan susu ibu kepada bayi. (Kerana dari situlah kita dikategorikan sebagai mamalia).
Keadaan puting leper (flat nipples) dan puting tenggelam (inverted nipples) boleh terjadi di kalangan 3-10% daripada populasi. Namun begitu keunikan yang tersendiri ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang ibu-ibu terus berusaha untuk menyusukan bayi dengan susu ibu.
Bagaimana menentukan keadaan puting adalah normal, leper atau tenggelam?
Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.
Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Ibu-ibu perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif.
Ibu-ibu perlu:
* Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
* Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
* Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran). Rujuk Teknik Lekapan.
* Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
* Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan. Rujuk Posisi Penyusuan Ibu.
* Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
* Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
* Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya walau bagaimanapun keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Ingat! Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.
Sumber: askdrsears.com, breastfeedingbasic.com, breastfeeding.hypermart.net, babycenter.com
KHAS UNTUK IBU-IBU YANG MENYUSUKAN BAYI
Khairani Bahaudin
WAHM yang paling gembira dalam planet bumi.Mama yang ada 4 hero, seorang puteri comel,dan seorang superhero suami tercinta yang sangat menyayangi keluarganya.
newsletter
WRITE DOWN YOUR EMAIL
Enter your email address below to subscribe to our newsletter.
0 comments:
Post a Comment