Salam.

Saya berharap agar kita dikurniakan kesihatan yang baik. Hari ini saya mahu kongsikan set-set vitamin yang menjadi pilihan. Saya senaraikan di sini agar mudah anda membuat pilihan yang mana sesuai dengan anda.


Set A (Optimum) – Set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.



Set B (Breastfeeding) – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu). Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.




Set C (confinement) – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.



Set C+Milk Booster – set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan. Tambahan ESP dan ostematrix mengikut budget customer.

Set D (skincare) – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.



Set E (breastfeeding & bones) – set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium. Terdiri daripada vitalea, bcomp, vita C, alfalfa dan ostematrix.



Set F (feminin) – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.


Set G (5 serangkai) - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.




Set H (immune booster) – khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.
  


Set J1 – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2 – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.




Buddy Pack – set jimat untuk pasangan suami isteri, kandungan vitamin dan mineral yang sama dengan set B.

Lover’s Pack – khas untuk pasangan suami isteri bagi menghangatkan lagi hubungan anda. set yang sama dengan Buddy pack, tambahan vita E.




If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::



Assalammualaikum.

Set E adalah adalah antara set paling glamour, menjadi pilihan untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka. :) 

Apa  yang ada di dalam Set E ye? 



  • Multivitamin ( Vitalea)
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Alfalfa



  • Mengandungi Multivitamin dengan dengan zat besi, Vitamin B, vitamin C,  Kalsium & Alfalfa
  • Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS)
  • Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.
  • Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose.
  • Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.
  • Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk saraf, pembentukan tulang dan gigi. 



Saya ingin kongsikan berita gembira daripada seorang teman saya yang baru mencuba set E buat pertama kali, Kak Nani.Happy betul bila dapat private message dari beliau. ;-D


Seronok betul  bila Kak Nani pm saya   ^^

Inilah status kegembiraan seorang ibu^^


Ini pula feedback yang saya terima dari Kak Na  ;-) Kak Na juga mengambil Set E. Sekali pump dapat 10 oz dan didalam stok sudah ada 500oz untuk bekalan susu si manja..



Apa yang saya pasti, kedua-dua ibu ini sangat cekal memerah susu dan konsisten. Alhamdulillah.Syabas saya ucapkan. ^^


Tips untuk ibu yang memerah susu (credit)
  • Pam setiap 2 - 3 jam sekali. Jangan lebih sampai 4 jam dan jangan tunggu breast bengkak baru nak pam.
  • Minimum pam 6 kali sehari (read : minimum) tidak termasuk sessi direct-feeding
  • Amalkan tandem nursing. Lagi-lagi jika baby memang jenis bangun menyusu di tengah malam
  • Jangan tinggalkan sessi perahan antara jam 12 am - 6 am
  • Seminggu 3 - 4 kali amalkan Power Pumping


If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::





Salam. Hi all. Bulan ni ada promotion untuk mealshakes yang sedap lagi enak. Bukan setakat anak-anak gemarkannya, ibu- ibu,dan bapa-bapa juga sukakannya. Mealshakes merupakan supplemen yang lengkap seisi keluarga.Ia kaya dengan protein dan vitamin. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

 •    Sarapan segera yang berkhasiat
 •    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
 •    Hidangan segera untuk para atlet
 •    Kudapan menarik pada bila-bila masa
 •    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein.

FACTS ABOUT MEALSHAKES
Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.  

Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.

Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.

Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.

Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.

Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.

Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.

TESTIMONI MEALSHAKES




 Siapa yang perlukan MealShake?  

Basically,ia sesuai utk :   semua anak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese.   Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat) .   Especially mereka  yang tak gemarkan supplemen dalam bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat.   MealShake ni juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..


If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Assalammualaikum.

Saya perkenalkan, ini adalah Set Mighty 3 Gem yang menjadi kegemaran semua, all time favourite. Ia adalah rahsia untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan juga supplemen untuk mereka yang tak sukakan pil.

Tripple Gem ni terdiri daripada  ESP (energizing soy protein, MealShake (MS) dan Performance Drink~ketiga2 ni dalam bentuk serbuk..bancuh jadi minuman....bukan tablet yer....(especially untuk mereka yang tak suke mkn pil-lagi bagus kerana kadar penyerapan zat lebih cepat kerana ia berbentuk cecair.


 

Sekilas Fakta


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.siapa yang tak ambil sarapan akan makan dua kali ganda daripada biasa masa lunch.namun demikian, sarapan yang lengkap sempurna akan memungkinkan kita skip lunch meal tanpa rasa lapar, atau cuma perlukan sandwich bun yang penuh dengan khasiat untuk alas perut waktu lunch.



TRIPPLE GEM-the perfect breakfast on the go..sarapan yang sempurna untuk bertenaga sehari. R

amai tidak sedar bahawa sarapan adalah rahsia untuk kekal sihat.Ia menjadikan anda bertenaga sepanjang hari. Jika tidak mengambil breakfast. Anda mungkin kurang tumpuan,kurang peka,rendah produktiviti kerja,kandungan gula dlm darah rendah...Jadi tripple gem Shaklee ini menawarkan anda memulakan hari dgn sarapan yg lazat dan berkhasiat.





Kebaikkannya:Ia memberi tenaga sepanjang hari,membantu meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan,memelihara kesihatan secara menyeluruh.



Cara bancuh:
Mix 1tbsp & 2 tbsp Performance Drink into plain water(250ml) OR mix 1/4 cup MealShake & 2tbsp Performance Drink  into plainwater (250ml) minum 2x sehari ^^



Salam. Semasa saya mengandung, saya menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan dimana pengunjungnya terdiri dari segenap lapisan masyarakat. Dihujung check up, setelah mengambil vitamin di farmasi, ada seorang makcik menegur saya.

 " Ambil vitamin ke nak?"
" Iye makcik"
" Ish, takpayah makan, nanti anak kamu jadi besar, susah kamu nak teran keluar."

 Senyum saya mendengar celoteh makcik comel tudung biru. ^^ Jelas, kurang pendedahan dan pencerahan mengenai supplemen jadi faktor saya menerima nasihat sebegitu. Namun berbeza dengan generasi ibu- ibu sekarang. Ibu- ibu zaman sekarang lebih bijak memilih apa yang terbaik untuk diri dan anak.

 Saya ingin kongsikan sebuah artikel yang saya petik dari laman sesawang Dr. Zubaidi. [credit]Seorang doktor bertauliah,profil beliau boleh dilihat di laman sesawang tersebut.

   Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan. Ia juga membantu mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya, muntah dan tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan. Malangnya, ramai wanita yang hamil tidak mendapatkan bekalan nutrisi yang secukupnya kerana tidak mengetahui bahawa mereka terpaksa berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahem dan sangat memerlukan vitamin dan mineral tambahan. Antara suplemen yang penting bagi wanita hamil ialah zat besi (iron), kalsium, folic acid dan omega-3. Namun amalan pengambilan suplemen Prenatal Vitamin  tidak pula bermakna seorang wanita hamil boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air. Prenatal vitamins juga tidak menjanjikan anak yang yang bakal dilahirkan tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan atau kecacatan. Kalau boleh diberikan analogi, mengamalkan prenatal vitamin ibarat menggunakan tali pinggang keledar ketika memandu kereta, tapi dalam masa yang sama, tidak menjanjikan pemandu itu selamat dan tidak mengalami kemalangan jalanraya. Jika berlaku kemalangan pun, tentu kecederaan yang dialami tidak seteruk pemandu yang tidak memakai tali pinggang keledar. Setiap wanita bertanggungjawab memastikan suplemen multivitamin yang diambil tidak melebihi dari dos yang sepatutnya. Hal ini boleh ditanyakan kepada doktor yang merawat.   

 Folic Acid
Folic acid sangat penting bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dalam rahem di awal kehamilan. Ia harus diambil sebaik saja persenyawaan berlaku antara ovum dan sperma supaya kita dapat berikhtiar untuk menghalang kecacatan neural tube, di samping membantu pembentukan saraf dan sel-sel yang lain. Oleh itu, ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar pengambilan folic acid ini dimulakan sebelum kehamilan lagi. Mereka mencadangkan agar folic acid diambil sebaik saja selepas berkahwin kerana ada kalanya kehamilan berlaku tanpa dirancang. Dos yang dicadangkan bagi wanita yang bersedia untuk hamil ialah 400 micrograms (mcg) sehari, sementara wanita yang telah hamil ialah 1,000 mcg sehari. Sebagai makluman, ada pil suplemen vitamin di farmasi mengandungi folic acid dijual dengan dos 5mg (5000 mcg). Oleh itu harus berhati-hati memilih pil vitamin yang mempunyai dos folic acid yang sesuai mengikut keperluan.

 Iron
 Iron (zat besi) penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dos yang biasa cadangkan untuk wanita hamil ialah 27 mg, berbanding dengan dos bagi wanita yang tidak hamil ialah 18mg. Sebagai perbandingan, kebanyakan pil suplemen ferrous fumarate 325 mg mengandungi 106mg iron.   Oleh itu jangan mengambil pil suplemen zat iron melebihi satu pil, bagi mengelakkan kesan sampingan seperti sembelit dan pedih perut. Bagi menggalakkan penyerapan zat iron dengan lebih baik, elakkan pengambilan antibiotic seperti ciprofloxacin, doxycycline, norfloxacin dalam masa 2 jam sebelum atau selepas menelan pil suplemen yang mengandungi zat besi. Terdapat beberapa jenis makanan yang menggganggu penyerapan zat iron seperti ikan, daging merah dan hati. Oleh itu pengambilan suplemen zat iron harus dilakukan sejam sebelum atau 2 jam selepas memakan makanan seperti ini. Begitu juga jika memakan makanan jenis tenusu seperti susu, mentega atau keju. Elakkan juga suplemen yang mengandungi kalsium atau antacid (‘ubat angin’) yang mengandungi kalsium bersama supplemen zat iron kerana ia menghalang penyerapan iron ke dalam tubuh. Ini bermakna, pil suplemen zat iron tidak boleh dimakan bersama-sama dengan pil suplemen kalsium.

Kalsium
 Kalsium pula sangat penting bagi pembentukan tulang dan gigi. Bekalan kalsium dalam Prenatal Vitamin selalu mempunyai kadar yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan kalsium dalam multivitamin yang biasa. Sungguh pun begitu, Prenatal vitamin tidak membekalkan semua keperluan seharian kalsium yang diperlukan oleh wanita yang hamil. Ini bermakna mereka harus mendapatkan kalsium dari sumber pemakanan yang sihat. Tanpa bekalan kalsium yang cukup, wanita yang hamil boleh terdedah kepada risiko preeclampsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anaknya dalam rahem. Dos yang diperlukan bagi wanita hamil ialah 1,000 milligrams (mg) setiap hari.

Omega-3 
 Omega-3 diperlukan untuk perkembangan otak, membentuk sistem saraf  dan menjamin penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber terbaik bagi omega-3 terutama ikan salmon. Malangnya ikan salmon dibimbangi boleh menyebabkan keracunan merkuri, akibat pencemaran sungai di US. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi, dos yang dicadangkan ialah 200-300 mg sehari.


If you need consultation, contact me. Thanks^^
I'm your  Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.

Kehamilan merupakan satu proses dalam fasa menuju alam keibuan. Ada yang sepanjang tempoh kehamilan mudah tanpa banyak masalah, ada juga juga yang mengalami pelbagai masalah seperti mabuk, leg cramp, anemia dan sebagainya. Biarpun hamil, anda harus tetap menjaga kesihatan agar dapat menjalani kehidupan keharian dan pada yang sama menjaga penampilan diri. Tahap kesihatan perlu di tahap optimum untuk menjaga kesihatan mama dan baby.

Setiap ibu hamil harus menitikberatkan pengambilan vitamin dan mineral di samping pemakanan yang seimbang dan gaya hidup sihat. Jadi di sini saya kongsikan apa yang ibu hamil perlu ambil untuk memastikan tubuh badan sihat sepanjang tempoh kehamilan di samping menyiapkan diri untuk kelahiran cahaya mata.

NUTRIEN TERBAIK UNTUK TEMPOH KEHAMILAN ANDA!



1.Protien
Sangat besar peranannya dalam menghasilkan sel-sel darah .Protien membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein. Ia membantu mama mengekalkan kulit cantik dan sihat sepanjang kehamilan.





2. Karbohidrat/Lemak

Karbohidrat penting untuk memberikan tenaga kepada mama. Lemak seperti Omega 3 adalah terbaik kerana Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin.DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

3. Kalsium / Vitamin D

Ketika hamil, kalsium amat penting untuk membantu pertumbuhan bayi serta melindungi anda daripada risiko osteoporosis. Jika keperluan kalsium tidak mencukupi, kekurangan kalsium itu akan di ambil daripada tulang anda. 











4. Zat Besi

Sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah.  Paling penting untuk mencegah masalah anemia. Anemia ni merujuk kepada keadaan dimana kadar hemoglobin(hb) kurang dari normal.Antara tanda2/simptom anemia termasuklah pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan dan keletihan melampau dan ini akan menjadi teruk jika kandungan semakin membesar. Sewaktu mengandung tahap hemoglobin dalam darah tidak boleh kurang daripada bacaan 11. Zat besi yang cukup untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.


5. Folik Asid/ B Complex

Folic Asid merupakan salah satu daripada rangkaian B-Complex. Folik Asid harus di ambil sekurang-kurangnya 400mg sehari bermula  di awal kehamilan, ini akan mengurangkan risiko kecacatan sistem otak dan saraf tunjang janin sebanyak lebih 80%.. Untuk menjaga sistem saraf, otot dan jantung. 









6. Vitamin C




Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi dgn lebih baik.Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Kulit mama dan baby pasti cantik dengan pengambilan vitamin C





I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.


Pembangunan kecemerlangan anak harus di mulakan sejak dalam perut lagi. Menurut Datin Dr. Nor Laily, ketua Institut Pembangunan Keluarga NURY, mengilhamkan prinsip-prinsip NURY.



  • Setiap anak dalam kandungan berhak untuk  dilahirkan sempurna dan di kurniakan dengan kemampuan untuk membesar ke tahap cemerlang dari segi fizikal , rohaniah, intelek, emosi dan kewibaannya.
  • Pembangunan setiap anak mempunyai peluang besar untuk menjadi nyata hanya sekiranya ibu bapa sebagai PENDIDIK dan PENGASAS utama dan pertama, berusaha memberikannya stimulasi serta asas yang kukuh sejak anak itu dalam kandungan secara bererusan dengan keutamaan diberikan kepada usia 3 tahun pertama.
  • Ibu bapa perlu memperolehi pengetahuan dan kemahiran sehingga dapat menyempurnakan dengan penuh tawaddu; fungsi serta tanggungjawab sebagai Pengasas dan pendidik pertama kepada anak sendiri.

Jadi amat penting menjaga  pemakanan semasa mengandung.Selain memastikan piramid makanan di patuhi, Supplemen tambahan tidak harus dilupakan.Kalsium, Folik  Asid , Protien dan Zat besi  penting untuk peringkat awal kehamilan, kerana ia untuk menampung keperluan tambahan bayi. Ambil   Folik  Asid  setiap hari semasa hamil  kerana ia membantu mencegah masalah berkaitan otak dan saraf tunjang bayi anda. Sebaiknya mulakan pengambilan supplemen sebelum hamil lagi kerana tempoh 2-8 minggu adalah waktu kritikal untuk pembentukan otak dan saraf tunjang bayi dan biasanya kita hanya tahu kita hamil hanya setelah minggu ke 3 atau ke 4 kehamilan.

Kesan buruk sekiranya kekurangan zat makanan semasa dalam kandungan:

1. Akibat pada peringkat pembinaan struktur( 0-20 minggu janin) kecacatan tak boleh di perbaiki

2. Akibat pada peringkat pembesaran dan kematangan ( bermula pada 20 minggu janin )
  • Saiz neuron semakin kecil
  • Jumlah rangkaian neuron akan berkurang ( menjejaskan pertumbuhan otak)
  • Membantutkan pertumbuhan fizikal 

Jadi untuk mereka yang mahu mengambil supplemen, ini merupakan panduan Pemakanan Tambahan Buat Ibu Mengandung.
  •  B-Complex - 1 tab daily. Tak perlu ambil acid folic separately, because this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah folik asid.
  • Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea ni multivitamin. Jadi Tak perlu ambil obimin bila dah ambil Vitalea. :-)
  • Vit-C - 1 tab daily. Kuatkan antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.
  • OsteMatrix - 4 tab daily,  1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on-Baby center.com

  •  Protein (ESP) - Protein adalah sumber asid amino yang membina sel serta penghasilan darah. Wanita mengandung memerlukan lebih banyak protien pada trimester kedua dan ketiga ketika kandungan semakin membesar. Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupu juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.
  •  OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & jantung baby. Buat ibu pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan.



I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019 2107561
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam..



Ya Tuhanku, kasihanilah kedua-dua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil


Antara saat yang paling menggembirakan saya adalah apabila menerima kunjungan ibu ayah tercinta, ke teratak permai kami di Bangi ni.. Suami saya agak sibuk jadi memang jarang dapat pulang ke kampung jadi bila tiap kali ibu datang saya akan bersorak " Yak yak Yeay!"^^ sambil lompat bintang. Iye, sila abaikan, memang buruk perilaku T_T.

Jadi bila berkunjung ibu ayah saya tak selalu berlama- lama melainkan masa saya baru bersalin dulu, ibu duduk di rumah saya sebulan menjaga saya dalam pantang. Sampaikan bila ibu nak balik ke rumahnya, saya pulak yang menangis macam anak kecil. ^^".

Masa berbual- bual waktu sarapan, ibu tolong saya kemas-kemas.
" Tak payah bu, tinggalkan je, nanti Ani kemas."
" Mana vitamin kau ,Ni? " tanya Ibu.
" Tu, yang bersusun tu."
" Ibu makan ye, ibu terlupa bawa ibu punya."
" Ambilla bu.. "
" Ibu suka vitamin kau ni. Kurang rasa letih, kalau tidak, tengahari mesti berat je kelopak mata ibu nak tido. " kata Ibu saya.

Ibu saya makan set Set B( Multivitamin, B Compleks, Vitamin C, Alfalfa) dan Vitamin E untuk kulit cantik ibu saya. Ibu saya orangnya cantik tau.^^ Alhamdulillah di usia emas ibu dan ayah saya mereka tiada penyakit kronik seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis. Mungkin kerana mereka mengamalkan makan supplemen sejak muda. Sejak saya jadi secret ejen yang tak berapa nak secret ni untuk Shaklee ni diorang tukar jenama vitamin. Paksa rela? hihihi mungkin pada mulanya nak support anak bisnes tapi bila kesan baiknya di rasa Ibu saya suka dan kami jadi pengamal tegar Shaklee.Sampai kakak saya pun dah terkena penangan Shaklee.^^

" Ibu promote vitamin kau ni pada kengkawan ibu tau. "
" Ye ke? " saya tersengih sampai telinga. " Nanti Ani belanja ibu ye? Aiskrim tutti Fruiti? "
" Macam- macam la kau ni..macam budak kecik"

Itulah antara dialog tak berapa matang saya dengan ibu. Saya masih kekalkan momentum anak manja dengan ibu ayah,sebagaimana saya kekalkan momentum isteri kekasih setia untuk suami dan ibu penyayang yg tegas untuk anak-anak.

Moga- moga bila saya dah tua nanti, doa saya moga anak- anak saya menyayangi mama dan abahnya sebagaimana saya menyayangi ibu ayah saya sekarang. Amin.
Salam petang Jumaat. 
Sekejap lagi saya dah nak keluar ambil anak-anak pulang dari sekolah. Kesian anak-anak daripada pagi ke petang belajar, yang kecil-kecil tu dari pagi di nurseri, mesti tak sabar menunggu mama or abah ambil dari playschool diorang. Memang penat, dan begitu juga dengan anak-anak. 

Anak-anak saya bila pulang dari sekolah mesti kelaparan dan sementara nak tunggu makan malam, biasanya snek petang ini yang saya sajikan untuk mereka. Berkhasiat dan kaya vitamin yang lengkap! Mealshake dengan susu, mealshake orea smoothies, mealshakes coklat...macam-macam resipi ada.^^


Mealshakes ni sampai kena sorok  di rumah saya.  Sebab memang sedap. ^^ Sebelum ni saya selalu risau nak bagi minum minuman kesihatan buat anak-anak saya yang aktif dan always on the go. Almaklumlah anak lelaki semuanya. ( Ya, anak saya semuanya lelaki, empat orang) .Diorang memang lasak. The best thing is, bila nutrient cukup, mereka tersangat jarang demam atau kena selsema. Setahun mungkin sekali dua.


Saya kongsikan serba sedikit info tentang Mealshake


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Bukan anak-anak kita sahaja yang boleh consume Mealshakes ni, satu famili boleh sebab lengkap dengan khasiat.



 
FACTS ABOUT MEALSHAKES

  • Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.

  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.

  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.

  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.

  • Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. 

  • Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.

  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.


Juga sangat sesuai untuk ibu-ibu menyusukan bayi, mereka yang aktif dan selalu tak sempat makan, body builder, mereka yang tak suka pil.

Ok, time's up. Nak pergi pick Tufah dan Faeiq dari sekolah. Bye!


I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
* Susu ibu merupakan susu terbaik untuk makanan awal bayi anda. Ia mengandungi segala zat yang diperlukan.

* Ia memudahkan perut bayi menghadamkannya dan baby kita takkan mengalami allergic yang akibat daripada susu formula.

* Kajian menunjukkan susu ibu memberikan booster kepada sistem imun anak

* Anak akan terlindung daripada risiko kembung perut, tersedak susu dan jangkitan telinga.

* Melindungi anak daripada reaksi allergik

* Meningkatkan IQ anak anda.

* Susu ibu melindungi anak daripada risiko obesity ( kegemukkan)

* Bayi yang menyusu badan kurang risiko menghidap penyakit leukimia dan diabetes type 1

* Anda akan jimat beratus-beratus ringgit kerana tidak perlu beli susu formula^^

* Ikatan ibu dan anak yang sungguh istimewa.

* Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser serviks- lebih lama anda menyusukan bayi anda, lebih baik!

* Penyusuan badan merupakan terapi menguruskan badan yang paling efektif kerana, ibu yang menyusukan anak membakar 800 kalori lebih banyak daripada ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi mereka. Cara yang paling mudah dan murah untuk dapatkan kembali bentuk badan anda yang menawan.^^

So, HAPPY BREASTFEEDING!^^




I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.

Saya kongsikan di sini pengalaman seorang ibu yang mana Mealshakes membantu mengurangkan bronchitis dari anaknya, anaknya kembali sihat dan ceria.

Well, yes, finally we met the 'one' product that suits us best. Shaklee it is. Kawan-kawan yang baca blog saya ni tentu tahu anak saya Irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan Irfan. So, saya bagi Irfan try Mealshake. Mula-mula tu Irfan nampak ada selera makan balik. Sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar sharp kol 8mlm dah. If not tak sempat nak main2 dengan Irfan dah dia nak tidur.

Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bg Mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau..! Sekarang ni, Irfan makan pun dah start with those contain cow's milk. AlhamduLILLAH.

Mealshake ni senang je nak bagi Irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa...

Shaklee Meal Shakes - French Vanilla

Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.

AlhamduLILLAH, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya.

So, untuk saya, saya cubaSet F consists of  of Vitamin E and  Alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. Kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. Kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur. As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je.

Lepas tu bila dah baca segala testimoni and recommendation kat blog Cery, tu yang beli set F ni. AlhamduLILLAH, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. Tidur pun dalam kol 10 ke atas. So, ada masa lebih nak buat keja2 rumah. Lepas ni ingat nak continue Set F tu and add-on VitaLea laks..

Pada saya harga vitamin2 ni berpatutan. Sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is the beginning of our healthy and happy life .. InshaALLAH.


credit to: Kak Cery

I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

Salam.

Saya perkenalkan Mealshakes yang menjadi kegemaran semua orang, anak- anak saya paling sukakan mealshakes ni. Selain rasanya sedap, ia membekalkan semua zat penting yang diperlukan oleh badan terutama sekali anak- anak kecil dan remaja yang membesar. Pernahkah anda baca kisah anak saya Faeiq yang kurus kering dan susah makan? Iye, anak saya berat badanya sangat ringan akibat dia yang cerewet dan susah makan. Tapi kini tidak lagi, Thanks to Mealshakes.

Apabila zat badan tak cukup, tumbesaran terganggu dan membuat badan jadi lemah.Ini akan mempengaruhi sistem imun dan mereka mudah di serang selsema, demam, asthma, cirit birit dan sebagainya. Sekali setahun demam mungkin boleh diterima, tapi jika tiap-tiap bulan demam? Runsing? Dah tentu. Kasihan tiap kali demam anak di sogokkan dengan ubat demam ( paracetamol) dan antibiotic.


Tahukah anda bahaya paracetamol?
Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut.


Owh, macam mana tajuk sesedap Mealshakes dah jadi cerita seram tentang kerosakkan hati pada kanak- kanak.:-(

Apa-apa pun, back to basic, Mencegah lebih baik dari merawat. Kesihatan tubuh badan yang baik tunjang kepada sistem imun yang sihat, menjadi kelangsungan survival generasi cilik dan remaja kita. Cubalah khasiat Mealshakes, anak anda pasti sukakan nya!

p/s: Saya juga sukakan rasa Mealshakes. Selalu saya campurkan dengan ESP saya. Faeiq selalu complain kenapa Mealshakes dia cepat abis. Mana taknya, semua orang pun suka^^

I'm a Shaklee Independent Distributor, [Khairani]
Puncak Bangi
HP No. =019-6154956
Email = admin@redcomelmall.com

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::
Salam.

Saya nak kongsikan sedikit tentang realiti bekerja dari rumah. Saya petik dari wall rakan Facebook saya Kak Norashikin Ekin Wellness yang juga seorang peniaga internet yang berjaya.

Tips Bisnes Dari Rumah - Irfan Khairi

Menjalankan perniagaan dari rumah, banyak dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik! Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan
aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)
...............................................


Benar kata Irfan Khairi. Bekerja dari Rumah memerlukan disiplin tinggi. Jika belum pernah ada pengalaman dan baru mahu cuba lagi susah kalau tak cekal dan takde semangat tinggi lupakan ajelah niattu. Saya dah bermula sejak umur anak saya Ghaus berumur 3 bulan di saat saya berhenti kerja makan gaji di salah sebuah syarikat multinasional yang terkenal. Macam- macam bisnes saya cuba daripada buat gelang kristal, sampaila buat kraftangan sulam riben. Dan saya tak pernah putus asa untuk korek ilmu dan peluang. Saya buat dengan kapasiti saya dan sumber yang saya ada pada ketika itu. Saya sayangkan anak- anak saya dan saya hormati permintaan suami saya yang mahukan saya berada di rumah. Biarpun ada sesekali berdesing telinga mendengar cakap- cakap orang, tapi hey, come on, kalau rumah kita takde beras takde orang tolong pun:D
Jadi, kenapa peduli cakap2 orang?

KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA.

Hakikatnya ini mmg betul. Peminta sedekah terus jadi peminta sedekah sbb dia pecaya dia hanya layak jd peminta sedekah.

Orang berjaya boleh berjaya sebab dia percaya dia boleh berjaya.Saya percaya saya boleh berjaya dengan SHAKLEE walaupun saya saya duduk di rumah.Dan saya PERCAYA saya boleh berjaya dalam Shaklee, mencapai Masters Coordinator dan dapat menolong lebih ramai surirumah diluar sana atau sesiapa saja yang mahu BERJAYA.Insya Allah.

Saya tak kisah orang perli-perli Super Euphoria ke apa ke.. ^^ I'm honoured sebab mereka menyedari kehadiran group kami yang cemerlang. Thanks^^

After all cakap- cakap orang pun salah satu dugaan jadi WAHM.^_~ [AAK & MOJ.][ Ada Aku kesah & Mama Ok Je.] Peace!