[ WAHM ] Dugaan Bekerja Dari Rumah

Salam.

Saya nak kongsikan sedikit tentang realiti bekerja dari rumah. Saya petik dari wall rakan Facebook saya Kak Norashikin Ekin Wellness yang juga seorang peniaga internet yang berjaya.

Tips Bisnes Dari Rumah - Irfan Khairi

Menjalankan perniagaan dari rumah, banyak dugaannya. Katil sedang memanggil, sofa sedang memujuk dan TV mengsajikan rancangan-rancangan menarik! Memulakan perniagaan akan menjadikan anda majikan atau boss! Anda adalah majikan anda. Dan ini memerlukan disiplin yang amat tinggi. Tanpa disiplin, pastinya kita akan terleka dengan kemudahan yang ada di rumah.

Kini anda tidak lagi bekerja 9 hingga 5 petang. Oleh itu, waktu tersebut sudah menjadi waktu kerja baru anda. Walaupun dari rumah, hasilkan jadual yang terperinci dan tepat untuk anda ikuti- tetapkan masa rehat, makan, minum, solat seperti mana anda lakukan di tempat kerja. Hasilkan jadual seperti di sekolah dulu, di mana waktu tertentu digunakan untuk melakukan
aktiviti perniagaan tertentu.

Tanpa disiplin yang tegar, pastinya bekerja dari rumah hanya menjadi mimpi- terutamanya bila katil memanggil! ;)
...............................................


Benar kata Irfan Khairi. Bekerja dari Rumah memerlukan disiplin tinggi. Jika belum pernah ada pengalaman dan baru mahu cuba lagi susah kalau tak cekal dan takde semangat tinggi lupakan ajelah niattu. Saya dah bermula sejak umur anak saya Ghaus berumur 3 bulan di saat saya berhenti kerja makan gaji di salah sebuah syarikat multinasional yang terkenal. Macam- macam bisnes saya cuba daripada buat gelang kristal, sampaila buat kraftangan sulam riben. Dan saya tak pernah putus asa untuk korek ilmu dan peluang. Saya buat dengan kapasiti saya dan sumber yang saya ada pada ketika itu. Saya sayangkan anak- anak saya dan saya hormati permintaan suami saya yang mahukan saya berada di rumah. Biarpun ada sesekali berdesing telinga mendengar cakap- cakap orang, tapi hey, come on, kalau rumah kita takde beras takde orang tolong pun:D
Jadi, kenapa peduli cakap2 orang?

KITA ADALAH APA YANG KITA PERCAYA.

Hakikatnya ini mmg betul. Peminta sedekah terus jadi peminta sedekah sbb dia pecaya dia hanya layak jd peminta sedekah.

Orang berjaya boleh berjaya sebab dia percaya dia boleh berjaya.Saya percaya saya boleh berjaya dengan SHAKLEE walaupun saya saya duduk di rumah.Dan saya PERCAYA saya boleh berjaya dalam Shaklee, mencapai Masters Coordinator dan dapat menolong lebih ramai surirumah diluar sana atau sesiapa saja yang mahu BERJAYA.Insya Allah.

Saya tak kisah orang perli-perli Super Euphoria ke apa ke.. ^^ I'm honoured sebab mereka menyedari kehadiran group kami yang cemerlang. Thanks^^

After all cakap- cakap orang pun salah satu dugaan jadi WAHM.^_~ [AAK & MOJ.][ Ada Aku kesah & Mama Ok Je.] Peace!

6 comments:

  1. kak ani..kita Noi lah.. kawan aida rahayu,kita budak lekir jugak.Wah bagusnya kak ani dah bisnes,,Selamat maju jaya okeyy

    ReplyDelete
  2. Noi!!! itula bila akak pegi blog Noi akak teringat- ingat macam ku kenal, tapi di mana ye?? ^^ thanks sudi singgah.. jemput follow blog akak tau^^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Tq dear, feel free to leave your blog link so Ani boleh visit balik^^

      Delete