Kalsium Terbaik Untuk Kesihatan Tulang


          Ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja. Kesihatan tulang harus dititikberatkan jika telah mencecah usia 30-an.
         Penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian kerana menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung. 
         Tulang adalah  sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian.Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkat­kan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang ataupun Osteoperosis. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah. 

Bagaimanakah caranya  untuk menjaga kesihatan tulang? 

Kemerosotan tulang boleh bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan. 

        Penjagaan kesihatan  tulang harus di titik beratkan sejak awal lagi kerana rawatan tulang yang retak  menelan belanja yang  tinggi. Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai “pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.   Oleh kerana itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian. 


       Tahukah anda yang  kita kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku? 

 Ini kerana badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian. Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang. Dengan memastikan pe­ngambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan. 

    Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan, pengambilan supplemen dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu. 

Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi.  Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. 

      Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari ataupun mengambil supplemen kalsium Osteomatrik.



Untuk tempahan Vitamin Anda
Pn. Ani 019-6154956
www.facebook.com/messages/Redcomel
www.redcomelmall.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment